ibu hamil

6 Tips Cantik Ketika Hamil Bakal Ibu Perlu Buat Agar Suami Tetap Sayang

01:14

Kehamilan bukan la satu alasan yang boleh digunakan untuk bakal Ibu merasa malas menjaga penampilan diri. Ada kepercayaan mengatakan bahawa kalau kita malas berhias ketika mengandung tu tandanya bayi dalam kandungan kita lelaki.

Sebaliknya kalau bayi perempuan kita suka bercantik-cantik. Ye ke? Wallahualam. Macam-macam versi saya dengar. Kalau ada yang betul tu mungkin secara kebetulan kot. 

Tapi tak kisah la kan. Yang penting sangat penting ibu-ibu jaga penampilan dan kebersihan diri semasa hamil. Ye lah, kecantikan kita kan untuk suami kita juga bukan? Kali ni saya nak kongsi 6 Tips Cantik Ketika Hamil Bakal Ibu Perlu Buat Agar Suami Tetap Sayang.

Kredit gambar: Sinarharian


Tip #1

Minum air secukupnya paling minimum 2 liter air untuk memastikan anda dan bayi sentiasa hidrat. Penghidratan yang baik membantu kulit anda sentiasa lembap dan toksin dapat di angkut keluar dari badan.


Tip #2

Pastikan anda jangan culas mengambil semua jenis vitamin yang di perlukan oleh anda dan bayi melalui pemakan seharian. 

Sebagai contoh Vitamin C dan Vitamin B Complex yang amat membantu untuk kulit ibu kekal cantik dan mengurangkan masalah jerawat.

Tip #3

Jaga pemakanan harian. Pilih menu yang seimbang iaitu sayur-sayuran, bijirin, karbohidrat dan protein.

Elakkan mengambil terlampau banyak makanan berminyak dan berlemak ya. Selain membuatkan anda cenderung mengalami pertambahan berat badan, ia juga boleh mengakibatkan wajah anda mudah berminyak.

Tip #4

Walaupun hamil, anda perlu juga melakukan senaman-senaman ringan. Bentuk senaman yang di sarankan adalah seperti berjalan-jalan anak atau senaman dalam air.


Tip #5

Rajinkan diri menyapu sebarang jenis krim pelembap kulit terutama di bahagian yang kerap mengalami masalah regangan seperti perut dan payudara.

Tip #6

Untuk ibu hamil yang beragama Islam boleh sentiasa pastikan diri dalam keadaan berwudhuk. Lazimi lidah dengan berzikir, rajinkan diri membaca ayat-ayat Al-Quran. 

InsyaAllah Nur ceria dan bahagia itu akan terpancar dan membuatkan anda terus kelihatan cantik di mata suami tercinta.

Mudah tak nak amalkan 6 Tips Cantik Ketika Hamil ni? Jangan malas-malas tau. Si kecil dalam perut tu pandai tau 'scan' perangai Ibu dia. HiHi... 

Selamat mempraktik!


Your Trusted SID

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

1 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts