Darah tinggi ketika mengandung
Atasi Darah Tinggi Ketika Hamil Elak Komplikasi Buruk Pada Kandungan
08:00
Teringat kisah kawan saya ni dulu sebelum mengandung dia memang memiliki kesihatan yang baik. Dia 'fit', aktif bersukan dan sentiasa ceria.
Namun apa yang paling tak sangka ketika mengandung tiba-tiba dia cerita yang dia ada kes darah tinggi! Tak percaya pun ada. Ye lah, kita faham kan kalau orang aktif ni mestilah sihat. Tup tup masa check-up nurse bagitahu ada darah tinggi. Macam mana tak terkejut kawan saya tu.
Masalah begini sangat di pandang berat jika melibatkan ibu hamil kerana melibatkan nyawa. Bukan satu tetapi dua.
Penting sangat untuk kita ikhtiar Atasi Darah Tinggi ketika Hamil Elak Komplikasi Buruk Pada Kandungan agar keduanya selamat. Jadi mari kita fahami betul-betul pasal darah tinggi ketika hamil ni.
Golongan Ibu Yang Berisiko Tinggi
1. Ibu-ibu yang mengandung kali pertama
2. Ada sejarah darah tinggi dalam keluarga terdekat
3. Naik berat badan yang banyak
4. Bengkak atau sembab yang ketara
5. Air kencing mempunyai kandungan protein yang tinggi
Dan baru saya perasan yang perubahan fizikal kawan saya ni ketara berbeza masa mengandung. Nampak sangat kembangnya. Rupa-rupanya pertambahan berat yang tidak mengikut standard memberi masalah juga ya.
Bacaan Tekanan Darah
Setiap kali semasa check-up memang rutin nurse periksa tekanan darah dan ambil sampel urin.
Seseorang tu di golongkan dalam masalah tekanan darah tinggi apabila bacaan lebih tinggi dari bacaan normal 100-120 systolik (bacaan atas) dan sekitar 60-80 diastolik (bacaan bawah).
Terdapat tiga kategori darah tinggi berdasarkan bacaan tekanan darah:
Tekanan darah tinggi ringan (130/90)
Tekanan darah tinggi sederhana (140/100)
Tekanan darah tinggi serius (150/110 atau lebih)
Kesan Darah Tinggi Pada Kandungan
Apabila tekanan darah menjadi tinggi, salur darah yang terdapat pada uri juga mengalami tekanan.
Ini menyebabkan darah tidak sampai kepada bayi di sebabkan ada salur darah yang tersekat. Kesannya bayi tidak dapat membesar dengan optimum kerana semua nutrien dan oksigen tidak mencukupi.
Keadaan ini boleh menyebabkan IUGR (intrauterine growth restriction).
Bagaimana Mahu Atasi Darah Tinggi Ketika Hamil?
Perkara penting yang anda harus fahami adalah darah tinggi yang terjadi semasa mengandung mempunyai kaitan dengan pembentukan uri ataupun plasenta. Sanngat berbeza dengan darah tinggi akibat keturunan tau.
Tidak banyak yang boleh di lakukan oleh ibu selain dari mengawal pemakanan, mendapat rehat yang secukupnya dan mengawal tekanan.
Terdapat banyak kajian yang mengaitkan pengambilan beberapa jenis mineral dengan proses pencegahan darah tinggi semasa hamil. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat seperti aspirin untuk mengawalnya.
Selain itu di hospital terdapat suntikan magnesium sulfat yang dapat mencegah eklampsia bagi pesakit berisiko. Jadi anda tidak perlu terlampau bimbang ok?
Ikhtiar Menggunakan Suplemen Semulajadi
Selain dari ubat-ubatan yang di beri oleh doktor, golongan bakal ibu yang menghidap darah tinggi boleh juga berikhtiar menggunakan suplemen.
Antara suplement yang amat membantu adalah kalsium dan vitamin E (Rujukan: Buku Panduan Asas Kehamilan dan Kelahiran, Ibu Dibelai Anak Dibuai).
Ostematrix Shaklee, suplemen kalsium yang diperkasakan dengan tambahan magnesium dan vitamin D. Magnesium membantu 'membuka' salur darah yang sempit supaya darah dapat mengalir dengan lancar dan selamat sampai ke plasenta.
Apabila darah boleh di salurkan ke seluruh badan dengan lancar, ia dapat mengurangkan risiko terjadinya eklampsia - sawan ketika hamil. Nauzubillah, mohon jauhkan!
Selain itu manfaat pengambilan Ostematrix yang konsisten amat membantu dalam masalah sembelit di kalangan ibu hamil dan mengurangkan risiko kekejangan otot pada ibu. Menarik bukan?
Akhir kata jika anda mahu berikhtiar dengan Ostematrix sebelum doktor mula memberikan ubatan hospital pada anda, lekas hubungi saya. InsyaAllah ia boleh membantu dalam masalah anda. Jangan tunggu sehingga mudarat ya. Sayangi nyawa anda dan bayi.
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
1 respon
banyak info menarik dalam nie...tq kak :)
ReplyDeleteTinggalkan Komen Anda Di Sini