ibu hamil berpuasa

Menu Seimbang Untuk Wanita Hamil Berbuka Dan Bersahur Agar Tak Tinggal Puasa

01:57

Jika anda sedang hamil di trimester kedua dan bercadang mahu berpuasa, ia tidak ada sebarang masalah. Selalunya ketika ini anda sudah melepasi tempoh 'kritikal' alahan yang mungkin mempengaruhi perjalanan puasa anda. 

Apa yang penting adalah anda perlu tahu keperluan Menu Seimbang Untuk Wanita Hamil Berbuka Dan Bersahur Agar Tak Tinggal Puasa. Cadangan yang akan dikongsikan ini sangat membantu memberikan kecergasan dan kesihatan yang optimum walaupun ketika berbadan dua.


Sumber gambar: Google

Berikut adalah contoh pemakanan lengkap dan sihat yang yang boleh di jadikan panduan untu ibu hamil berpuasa:

1. Makan kurma, Minum Susu dan Jus

Pengambilan makanan sunnah seperti kurma sangat digalakkan setiap kali ketika berbuka dan bersahur. Selalunya saya amalkan 3 biji kurma semasa berbuka dan bersahur. 

Pengambilan minuman seperti susu dan jus buah-buahan segar juga amat di galakkan bagi membantu proses hidrasi badan. Ketahui dengan lebih lanjut 6 Tips Minum Air Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar.

2. Ambil Sumber karbohidrat

Pengambilan bijirin seperti nasi, mihun, pasta dan roti adalah perlu. Ia penting bagi pembekalan tenaga yang optimum ketika berpuasa.

3. Jangan Abaikan Protein

Pengambilan protein seperti ayam, ikan, telur, tauhu dan tempe sebagai pelengkap kepada menu anda. Namun pastikan ia di sediakan dengan cara masakan yang sihat.

4. Serat Elak Sembelit

Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ketika bersahur dan berbuka amat membantu meberikan rasa kenyang lebih lama. Selain itu ia mengelakkan anda dari sembelit ketika hamil. Seksa tau!

Satu lagi saya nak share perkongsian kawan saya ni yang tetap yakin berpuasa tanpa risau membahayakan kandungan dan tak rasa lembik lunyai pun.

Nak tahu apa tips tambahan yang beliau amalkan? Tonton video ini sampai habis anda akan jumpa jawapannya.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Amacam? Best tak rasanya kalau dapat berpuasa tapi dalam masa yang sama kita segar bugar je? Jadilah umat yang bertenaga walaupun berpuasa. Sesungguhnya kita sedang menyerapkan aura ini kepada anak dalam kandungan kita bukan?

Akhir kata jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan perkongsian video di atas, hubungi saya cepat-cepat ya. Ramadhan datang setahun sekali je. Ayuh lakukan ibadah ini sebaik mungkin. 

 
Your Trusted SID
 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 
 
Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

4 respon

  1. Huhu.. itulah.. kalau badan penat jer masa mengandung memnag tak best nak beramal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena usaha bagi badan bertenaga. kalau di layan memang seronok

      Delete
  2. Makan kurma tu memang bagus walaupun bukan di bulan puasa...kan..kan... :)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts