Resepi

Resepi Kari Kepala Ikan Salmon Berlemak Tanpa Santan

03:28

Assalamualaikum

Anda suka makan kari kepala ikan? Mahal kan kalau beli di restoran mamak. Kari kepala ikan ni antara menu kegemaran saya. Suami tak pandai nak makan kepala ikan, jadi nikmat tau dapat pulun sorang-sorang. Hihi

Biasanya orang masak kari kepala ikan merah, jenahak, nyok-nyok dan pelotan. Tapi hari tu nampak kawan yang belajar di oversea masak kari kepala ikan salmon macam sedap je. Jadi saya pun rasa nak cubalah! Maka inilah Resepi Kari kepala Ikan Salmon Berlemak Tanpa Santan. Menu sihat gitu.


resepi kari kepala ikan


Bahan-Bahan

Bahan A

1 ketul kepala ikan salmon di belah dua - dibersihkan dengan air asam

Bahan B

Setengah biji bawang besar - di mayang halus
3 ulas bawang putih - di hiris
Setengah inci halia - di hiris
Setangkai daun kari
1 sudu besar halba campur

Bahan C

1 peket rempah kari ikan Babas
1 sudu teh serbuk cili - optional
1 tangkai daun kari
Air secukupnya untuk melarutkan semua bahan di atas

Bahan C

1 biji tomato di belah 4
2 biji bendi
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menumis 

Cara Menyediakan:

1. Panaskan periuk dengan api sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga layu.

2. Masukkan Bahan C dan masak sehingga rempah garing dan pecah minyak.

3. Masukkan Bahan A dan gaul sebati kepala ikan dan rempah dan biarkan seketika dalma 5 minit sebelum masukkan air asam jawa dan sedikit air untuk kuah (agak-agak).

4. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkanjuga tomato dan bendi tadi dan biarkan lebih kurang 5 minit.

5. Sedia untuk dinikmati.


Kari kepala ikan salmon ini tidak di masukkan santan kerana isinya sudah berlemak dan mengeluarkan minyak ikan. Jadi ia juga boleh di jadikan sebagai menu dalam pantang sekitar hari ke 30 dan ke atas. 

Memang terangkat ni makan dengan nasi panas-panas dan letak kicap manis sikit. Orang lalu belakang pun tak perasan tau.

Anda cubalah. Serius tak menyesal!

Your Trusted SID

  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 

You Might Also Like

2 respon

  1. first time nampak orang guna ikan salmon utk buat kari.. =)

    ReplyDelete
  2. Zumal tak pernah makan lagi ikan salmon nie, nanti nak try la ^-^

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts