Dah lama rasanya tak bermekap bagai. Sejak lahir anak masa tahun 2010 kot. Sebelum tu rajin jugak la berlama-lama depan cermin. Konon fefeling macam Che Ta cantik dengan bulu mata lentik. Kuat betul aura Che Ta dalam bab bulu mata ni ye.
Entah kenapa hari ni teringat tentang mekap. Maskara pulak tu. Mungkin sebab itu benda asas yang saya selalu pakai dulu. Naik merah mata semata-mata nak lentikkan bulu mata. Jadi hari ni rasa terpanggil nak kongsi Tips Cantik Cara Memilih Maskara yang Bagus.
Yang suka pakai maskara, wajib tahu 3 tips UTAMA ni :
A. Pilih maskara yang di inginkan dan sesuai dengan keperluan
2 jenis maskara:
1. Strong separate mascara - di gunakan untuk melentikkan bulu mata. Maskara di lengkapi berus berbentuk kecil dan rapat sehingga kawasan sudut
2. Long curl mascara - di gunakan untuk memanjangkan bulu mata. Berus elastiknya mampu membuatkan bulu mata lentik dan kelihatan panjang.
B. Memilih maskara yang sesuai dengan aktiviti harian
1. Bersifat waterproff (tahan air)- untuk seseorang yang aktif
2. Bersifat larut air - pemakai mekap harian, mudah di bersihkan
C. Pilih maskara yang sesuai dengan warna kulit
1. Kulit gelap: maskara warna hitam dan coklat
2. Kulit cerah: lebih fleksible dalam memilih warna maskara
Tips Tambahan
Pilih maskara yang mengandungi vitamin yang berfungsi untuk merawat bulu mata apatah lagi jika anda kerap memakai maskara.
Teliti kandungan vitamin dan mineral akan terkandung di dalam maskara sebelum membeli bagi memenuhi tujuan ini.
Tetapi betul ke dengan pakai maskara je boleh terus cantik? Mestilah tidak kan. Subjektif. Tiada jawapan yang betul. Tiada jawapan yang salah.
Macam Sis Farizan ni, definisi cantik bagi beliau lain. Bebas dari jerawat dan parut berlubang di muka yang sudah di deritai sejak sekian lama sudah cukup buat beliau rasa cantik. Tak perlu tambahan lain.
Macam mana agak-agaknya beliau bebas dari derita 7 tahun selepas salah memilih produk dan konsultasi? Tengok sendiri perkongsian beliau ni:
Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
Kesimpulannya setiap wanita memang tak boleh di pisahkan dari bab kecantikkan. Memang kawan baik. Oleh itu buatlah pilihan yang tepat seperti Sis Farizan ni ya.
Jangan malu-malu hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. Sesungguhnya anda kecantikan itu milik anda yang mencarinya. Mana tahu selepas ini tanpa mekap tebal pun kita lebih yakin untuk keluar rumah. Best kan?
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini