Saya rasa ini merupakan masalah ramai ibu-ibu hamil di luar sana. Sangat tak selesa kan terutama ketika cuaca panas, rasa makin banyak lelehan faraj yang keluar. Lagi membawa masalah semasa ujian air kencing di lakukan. Nurse memberitahu kita ada masalah kencing kotor pulak.
Sebelum saya kongsikan tentang Lelehan Faraj Dan Keputihan Ketika Hamil: Apa Yang Perlu Dilakukan, eloklah saya ceritakan dulu kenapa ini menjadi masalah biasa kepada ibu-ibu hamil.
Kenapa Lelehan Faraj Terjadi?
Ia terjadi di sebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh. Hormon ini mengakibatkan penebalan pada dinding faraj dan menghasilkan lelehan cecair yang berwarna putih tanpa bau yang dikenali sebagai leukorrhea.
Lelehan ini adalah normal dan tidak perlu di risaukan walaupun ia menimbulkan sedikit ketidakselesaan bagi si ibu dan memberikan sedikit kesukaran ketika bersolat.
Apa Itu Keputihan?
Jika dijangkiti kuman atau jangkitan yis, lelehan ini akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mengakibatkannya menjadi keputihan, pekat atau kehijauan.
Akan berlaku juga gatal-gatal, kemerahan pada faraj dan bibir faraj serta menimbulkan kesakitan ketika membuang air kecil. Bila keadaan ini terjadi selok-eloknya anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengawal keadaan.
Rawatan Moden Keputihan
Mengikut pengalaman saya mengandungkan anak sulung dulu, doktor memberikan saya ubat tablet yang perlu di masukkan melalui faraj.
Menurut beliau wanita hamil tidak di galakkan mengambil ubat antibiotik secara oral kerana risau memudaratkan bayi.
Rawatan Tradisional Keputihan
Mengikut amalan perbidanan Melayu di dalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, penyakit keputihan atau lelehan faraj ialah penyakit resdung faraj atau resdung bahagian alat sulit.
Sembelit juga boleh mengakibatkan masalah lelehan faraj atau keputihan. Ikhtiar rawatan yang boleh di lakukan adalah seperti berikut:
Rawatan Dalaman:
Amalkan minum air rebusan sirih 3 helai bersama sebutir garam kasar serta secubit jintan hitam yang di rebus bersama 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal secawan. Biarkan sebentar dan masukkan sesudu teh madu lebah asli, diminum suam panas.
Rawatan Luaran:
Untuk mencuci bahagian alat sulit, rebus daun sirih, daun inai, garam kasar, serta daun mambu atau di tambahkan dengan jintan hitam, kunyit hidup dan tawas.
Rebusan ini adalah untuk mengatasi masalah lelehan berinfeksi/berjangkitan yang menimbulkan kegatalan. Gunakan ramuan ini untuk mencebok atau berendam.
Selepas berendam atau bercebok, sapu di bahagian yang gatal dengan ramuan kunyit, sirih dan daun kayu putih yang di masak bersama minyak kelapa tanak sehingga menjadi krim.
Rawatan Menggunakan Suplemen Semulajadi
Tiga produk yang di tawarkan untuk ikhtiar menggunakan suplemen adalah Garlic Complex, Nutriferon Dan Alfalfa Complex.
Kebaikan setiap produk ini adalah:
1. Garlic Complex 60 tablet RM47.50
Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang jangkitan seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
2. Nutriferon 30 sachet RM181.25
Merupakan penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo Jepun pada tahun 1954.
Nutriferon di perbuat dari 4 jenis tumbuhan semulajadi yang mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Dalam erti kata lain Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan seklaigus menguatkan tindak balas imun badan untuk mengatasi keputihan.
3. Alfalfa Complex 330 biji RM53.75
Ramuan di dalam alfalfa membantu mengurangkan masalah ketidakstabilan hormon dalam badan yang menjadi penyebab pengeluaran keputihan yang banyak bagi ibu hamil.
Selalunya saya hanya mencadangkan pengambilan alfalfa jika kandungan ibu-ibu sudah berusia 36 minggu dan keatas bagi mengelakkan masalah kontraksi awal.
Saya kongsikan feedback mereka yang berpuas hati dengan pengambilan suplemen ini ya:
Jadi tunggu apa lagi? Jangan biarkan keputihan membelenggu hidup ada. Malu kat suami tau bila bersama. Malu juga pada doktor yang nak check bukaan kita bila tiba masa melahirkan nanti. Mana nak sorok muka masa tu kan. Hubungi saya cepat untuk dapatkan produk suplemen semulajadi diatas. Saya tunggu anda dengan hati yang terbuka.
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini