Adab berpuasa

6 Adab Berpuasa Yang Mesti Buat Jika Tak Mahu Ia Sia-sia

03:34

Setiap  perkara yang kita lakukan mesti ada adab dan peraturannya. Ini termasuklah berpuasa di bulan Ramadhan. Ia penting bagi memastikan ibadah yang kita lakukan ini memberikan manfaat untuk diri serta orang-orang di sekeliling.

Hasil bacaan saya dari Majalah Dara.com Edisi Jun 2015 mahu berkongsi tentang 6 Adab Berpuasa Yang Mesti Buat Jika Tak Mahu Ia Sia-Sia. Mari sama-sama ambil peduli ya.

Adab berpuasa ketika Ramadhan
Gambar kredit: moiopretl.hol.es

Adab #1 - Makan Sahur


"Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu berkah". (H.R Bukhari dan Muslim)

Para ulama bersepakat hukumnya sunnah, jadi tidak berdosa dan tidak terbatal puasa seseorang itu jika tidak bersahur. Tetapi jika di lakukan ia menjadi pahala dan bermanfaat bagi mereka yang berpuasa.

Cukup jika hanya bersahur dengan seteguk air, itu sudah memadai untu kita mengambil pahala bersahur.

Adab #2 - Menyegerakan Berbuka


Sunnah bagi mereka yang berpuasa untuk menyegerakan berbuka dari terbenamnya matahari. Kebiasaanya kita di Malaysia ni hanya mendengar azan yang berkumandang. 

Jangan lupa rebut peluang berdoa bersungguh-sungguh apa yang dihajatkan ketika berbuka kerana itu termasuk dalam waktu mustajab doa.

Adab #3 - Berdoa Ketika Berbuka Puasa

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca doa yang bermaksud 

"Ya Allah, kerana Mu lah aku berpuasa, dan dengan Rezeki Mu aku berbuka".

Adab #4 - Menjauhi Hal-hal Yang Ditegah

"Tidaklah berpuasa itu dari hanya makan dan minum, tetapi berpuasa itu adalah dari perbuatan kosong dan keji. Maka jika kamu di caci oleh seseorang atau di perbodohkan, hendaklah katakan: saya berpuasa, saya berpuasa". (H.R Ibn Khuzaimah dan Ibn Hubban)

Adab #5 - Murah Hati Mempelajari Al-Quran

"Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan sifat dermawan itu lebih menonjol ketika di temui oleh malaikat Jibril. Biasanya, Jibril menemuinya setiap malam bulan Ramadha, dibawanya mempelajari A-Quran. Maka Rasulullah SAW lebih murah hati melakukan kebaikan daripada angin bertiup". (H.R Bukhari)

Adab #6 - Giat Beribadah Pada 10 Hari Terakhir Bulan Ramadhan

"Bahawa Nabi SAW bila telah masuk puluhan terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, di bangunkan keluarganya, dan diikatkan erat kain sarungnya". (H.R Bukhari dan Muslim)

Akhir kata, sama-samalah kita menjaga adab berpuasa ini agar apa yang kita perolehi setiap hari bukan sekadar rasa lapar dan dahaga. Ruginya kita jika tergolong di kelompok itu. 



Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 
 
Artikel Menarik Untuk DiBaca:


You Might Also Like

7 respon

  1. In Shaa Allah, amalkan adab-adab ni akan lebih lengkaplah puasa kita

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terima kasih perkongsian ni..jom pecut 10 malam terakhir.

    ReplyDelete
  3. Insyallah kalau kita pelihara adab-adab ini akan meningkatkan kualiti puasa kita supaya lebih baik lagi dari tahun lepas

    ReplyDelete
  4. saya pon bersahur dengan seteguk air jek.. xboleh mkn.. nnti cepat lapar...

    ReplyDelete
  5. Jom perbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini.

    ReplyDelete
  6. InsyaaAllah.. sama-samalah kita mengejar saham akhirat! :)

    ReplyDelete
  7. Nice sharing, moga jadi panduan semua...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts