Resepi

Resepi Puding Jagung Mudah Lagi Sedap

10:00

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsi hidangan pencuci mulut pula lah. Lauk utama selalu sangat dah kan. Oleh itu dengan besar hati saya persembahkan Resepi Puding Jagung Mudah Lagi Sedap.


resepi puding jagung


Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastard
1 tin cucu cair (400 ml)
1 cawan gula halus
2 sudu makan marjerin
4 cawan air
1 tin jagung dalam tin

Nota: Pastikan anda menggunakan cawan yang sama saiz untuk menyukat kesemua barang.

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga naik wap dan kelihatan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil ataupun loyang. Kemudian sejukkan.  
4. Hiaskan dengan butiran jagung. 

TIPS: Sebaik-baiknya masukkan marjerin semasa adunan sedikit kental supaya puding nampak berkilat.

Nota: Kebetulan ada buah strawberi dalam peti ais, saya hiaskan pakai strawberi. Ok jugak gabungan rasa tu. 

Jadi agak-agak buntu ada jamuan tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ni ya. Modal pun tak mahal. Tapi boleh dapat banyak. 

Selamat mencuba!


Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

8 respon

  1. Best sangat ni kalau buat dessert masa buka nanti...

    ReplyDelete
  2. Wah macam sedap je puding jagung ni....terima kasih admin sudi kongsi resepi.

    ReplyDelete
  3. takde ingredient nak buat. haha

    ReplyDelete
  4. baru semalam Ros buat puding jagung. agak lembik lah. ada tips nak bagi keras sedikit?

    ReplyDelete
  5. Ros tak cuba lebihkan sikit tepung?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts