Cara memulakan penyusuan

9 Persediaan Penyusuan Susu Ibu Perlu Dilakukan Sebelum Bersalin Jika Mahu Berjaya

18:45

Semasa mengandungkan anak sulung dulu, memang selalu doktor yang memeriksa kandungan menasihatkan saya banyakkan membaca dan mencari ilmu mengenai penyusuan. Alasannya mudah, kerana sebelum bayi lahir kita ada banyak masa mahu membaca dan mengikuti kelas penyusuan.

Tapi masa tu saya macam buat endah tak endah. Saya fikir apa yang susahnya. Susu kan sentiasa ada. Bagi je lah. Rupanya saya silap kerana saya tak buat 9 Persediaan Penyusuan Susu Ibu Perlu Dilakukan Sebelum Bersalin Jika Mahu Berjaya.

Penyusuan susu ibu
 

Sebab itu cukup je anak setahun, saya tak sabar mahu mengandung semula dan saya beli banyak buku dan menghadiri kelas-kelas berkaitan. Tebus balik kesalahan dulu. 

Berikut antara perkara yang saya lakukan:

1. Mengumpul segala ilmu dan pengalaman daripada mereka yang pernah menjayakan penyusuan susu ibu. 

2. Sumber ilmu:

  • Kelas-kelas persediaan penyusuan susu ibu
  • Blog-blog persendirian yang banyak membincangkan bab teknikal & 'trouble-shooting'

3. Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di sekitar tempat tinggal atau tempat kerja. Masa ni saya tinggal di Bangi, maka saya terus ke cawangan susuibu.com sahaja di seksyen 9. 


Selain dari itu saya menghadiri seminar dan kelas penyusuan. Breastfeeding Peer Councelor (MBfPC) merupakan satu pertubuhan rakan pembimbing penyusuan yang di latih memberi sokongan kepada ibu-ibu yang memerlukan. Boleh layari web wwww.malaysianbfpc.org.


4. Amatlah penting untuk kita berkongsi hasrat menyusukan anak sepenuhnya dengan susuibu bersama pasangan dan ahli keluarga terdekat. 


Boleh ajak suami mengikuti kelas penyusuan, dan kongsi segala pengetahuan berkaitan penyusuan dengan suami, ibu, mak mertua supaya mereka memahami dan menyokong usaha kita.


 

5. Penting sangat untuk anda memilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu. Berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut kelahiran anda (hospital swasta). Nyatakan impian anda mahu menjayakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bersalin. 


Pesan juga kepada suami/peneman anda di dalam bilik bersalin agar mengingatkan doktor dan nurse yang bertugas tentang niat anda itu. Kebanyakan hospital sekarang sudah di iktiraf sebagai hospital rakan bayi.


6. Jika anda bekerja, berbincanglah dengan majikan dan rakan sekerja berkaitan hasrat anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu setelah anda mula bekerja. 


Mungkin anda boleh berbincang tentang giliran kerja/tugasan yang perlu di lakukan ketika anda perlu mengepam susu kelak.


7. Mencari pengasuh ataupun taska yang mesra penyusuan susu ibu. Sesetengah mereka merasakan menyediakan ebm untuk bayi itu adalah perkara yang leceh. Jadi, buat survey dulu berdasarkan pengalaman kawan-kawan.


8. Berlatih menggunakan anak patung bagi memegang dan mencuba posisi yang sesuai menjayakan penyusuan susu ibu. Saya berpeluang melakukannya ketika berkunjung ke pusat penyusuan di Bangi.


9. Mulakan sesi 'berhubung' dengan payudara dengan mengurut payudara secara perlahan-lahan. Setiap kali mandi, jangan lupa bersihkan puting dengan menggunakan air untuk membuang.


Setelah lahirnya anak kedua, saya memang celik mata mengenai penyusuan susu ibu. Memang saya engaku peri pentingnya ilmu. Bukan setakat ilmu yang di baca, pengalaman seseorang dalam menjayakan penyusuan lagi mahal harganya.

Pesan saya, jika mahu berjaya berkawanlah dengan orang yang dah berjaya melakukannya. Letakkan diri anda di dalam logistik yang betul. Contohnya kisah Puan Farah ni yang bekerja sebagai nurse di IJN memang mencabar kisah penyusuannya. Tapi beliau mampu bangkit dan meneruskan penyusuan untuk anak tersayang. 


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Dia ibu bekerja tapi berjanji & berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yg dia sanggup buat...


Bulatkan tekad memberikan anak anda susu yang terbaik di dunia. Selebihnya usaha dan doa pada Yang Maha Berkuasa agar di cukupkan susu (walaupun tak banyak melimpah ruah) buat anak anda sehingga usianya 2 tahun. InsyaAllah anda mampu melakukannya.

You can do it!

Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 
 
Artikel Menarik Untuk Dibaca: 

You Might Also Like

1 respon

  1. Menyusukan baby adalah perkara yang sangat istimewa. Susukan lah bayi anda dengan susu ibu yang sangat bagus sekali khasiatnya.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts