Sedekah Ramadhan

Keutamaan Sedekah Pada Bulan Ramadhan Yang Kita Perlu Rebut

17:28

Bila tiba bulan Ramadhan seronok sangat melihat kemeriahannya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengimarahkan bulan ini sebaik mungkin.

Banyak majlis berbuka puasa contohnya di anjurkan oleh syarikat-syarikat untuk meraikan golongan kurang bernasib baik. Antara Keutamaan Sedekah Pada Bulan Ramadhan Yang Kita Perlu Rebut adalah:



1. Sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Selain itu ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa lalu.

2. Allah akan memurahkan rezeki orang yang bersedekah, terhindar dari bala bencana, dipanjangkan umur, di cegah dari kematian yang buruk.

3. Orang yang bersedekah akan mendapat naugan daripada panas terik di Padang Masyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

4. Mereka yang menafkahkan harta di jalan Allah adalah sama dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji lagi.Allah melipat gandakan (ganjaran) pada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah luaskan (kurnianya) lagi Maha Mengetahui. -Al-Baqarah:261-

5. Sedekah menjinakkan hati supaya tidak cinta akan dunia yang menjadi punca kelemahan umat Islam masa sekarang. Sedekah juga mampu mengukuhkan tali persaudaraan.

6. Bersedekah secara sembunyi merupakan sikap terpuji untuk elakkan timbulnya riak, malah pelakunya termasuk daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah.

7. Memberi sedekah untuk penuntut ilmu lebih mulia berbanding memberi makan pada bulan Ramadhan kerana mengisi dada supaya sarat dengan ilmu adalah lebih baik dari mengisi perut dengan makanan.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita. Jom rebut pahala bersedekah di saat-saat akhir Ramdahan yang penuh keberkatan ini.

Your Trusted SID

 

  ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

4 respon

  1. Bulan Ramadhan nilah waktu unutk kita mendidik diri bersedekah bagi yang baru nak memulakannya kan =)

    ReplyDelete
  2. Rebutlah peluang yang masih ada ini, selagi ada kesempatan untuk melipat ganda amalan..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tahun hadapan belum pasti kita berjumpa Ramadhan lagi

      Delete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts