Anda bukan peminat air kelapa muda? Mungkin anda perlu fikirkan semula kerana terdapat 5 Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan Yang Ramai Belum Tahu.
Dan jangan pandang sebelah mata. Ada yang membuat kajian untuk menyokong pernyataan ini. Berikut kenyataan Mortin Satin, Chief of the United Nation's Food & Agriculture Organization mengenai air kelapa muda:
" Coconut water is the very stuff of nature, biologically pure, full of natural sugar, salts and vitamins to ward of fatigue and is the next wave of energy drinks but natural. Coconut water contains more potassium (at about 294 mg) than most sport drinks (117 mg) and most energy drinks".
5 Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan
1. Mengikut kajian penyelidik, air kelapa muda adalah antara minuman semulajadi yang paling berkhasiat seperti dalam kenyataan berikut
"Coconut water is one of the best natural drinks Mother Nature has packed for us within the kernel of coconut; this natural water is not only tasteful refreshing drink but can be considered as one of the best natural health drinks from herbal world."
2. Anda demam atau pun cuaca panas terik? Minumlah air kelapa kerana ia membantu menyegarkan minda dan menyejukkan badan terutamanya pada hari yang panas terik.
Komposisi yang unik membekalkan oksigen dan nutrisi ke dalam badan. Ia mampu membuatkan kita lebih segar dan lebih bertenaga setelah meminumnya.
3. Bagi yang mahu mengawal berat badan air kelapa juga sangat membantu. Pengambilan air kelapa secara berterusan dan komposisi air kelapa itu sendiri mampu meningkatkan imuniti badan secara semulajadi.
4. Air kelapa juga bagus untuk masalah pedih ulu hati. Ia kaya dengan fiber dan membantu proses penghadaman. Selain itu air kelapa juga bagus di amalkan oleh ibu hamil kerana ia termasuk dalam 5 Amalan Ketika Hamil Kurangkan Jaundis Bayi Baru Lahir.
5. Anak-anak ada masalah cacing? Air kelapa boleh di gunakan untuk merawat masalah cacing secara semulajadi.
Mengikut pendapat pakar, air kelapa seelok-eloknya diminum terus setelah dikopek. Semestinya tanpa campuran gula atau ais bagi mengekalkan khasiat aslinya.
Ia tiada kalori dan mengandungi asid laurik yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Ia juga telah ditapis dengan semulajadi dan ada pendapat yang mengatakan bahawa air kelapa lebih baik dari minuman isotonik yang ada di pasaran kerana kandungan gulanya yang tinggi dan berkarbonat.
Saya memang lama tak minum. Hanya setia pada Performance Orange sejenis minuman isotonik juga tetapi bebas gula dan tidak berkarbonat sesuai dengan perut gastrik saya ni.
Saya secara peribadi gemar minum air kelapa ketika menghadapi masalah muntah ataupun cirit birit kerana ia mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang. Masa mengandung dulu kalau kiraan baby lambat je nak cukup 10, saya mesti minum air kelapa. Dengan izin Allah, baby aktif lepas tu.
Cumanya ada nasihat menyatakan bagi wanita yang melahirkan anak kurang dari umur setahun tidak di galakkan minum air kelapa di bimbangi sakit urat. Wallahualam
Semoga bermanfaat.
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help~
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
1. 3 Makanan Ketika Sakit Perut Yang Anda Perlukan Jika Mahu Cepat Sembuh
2. 7 Faktor Mempengaruhi Berapa Banyak Air Perlu Diminum Sehari Agar Badan Tak Lesu
1 respon
Air kelapa pandan sedap! Lepas tahu tips ni, rasa nak beli kelapa pandan buat sotk kat rumah =)
ReplyDeleteTinggalkan Komen Anda Di Sini