Tips

5 Tips Kawal Kewangan Tinggi Agar Tak Bankrup

17:01

Umum maklum dengan kenaikan harga barang dan bebanan cukai yang kita perlu tanggung sejak akhir-akhir ini. Walaupun katanya kita tidak akan rasa terbeban, tetapi hakikatnya memang sedikit sebanyak terasa tentangnya bukan.

Saya kongsikan 5 Tips Kawal Kewangan Tinggi Agar Tak Bankrup yang saya baca di Utusan Malaysia bertarikh 8 November 2014. Semoga ia dapat membantu kita menjimatan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari.

Tip #1 - Kurangkan Makan Di Luar

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar amat tinggi sehingga tiga kali kos menyediakan makan sendiri di rumah.

Jika anda mahu keluar, adalah lebih baik makan dahulu di rumah sebelum keluar. 

Selain tu membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. 

Tip #2 - Catat Perbelanjaan

Amat di nasihatkan supaya anda catat perbelanjaan harian anda, seperti berapa duit masuk dan berapa duit yang keluar.

Kaedah ini amat membantu memberikan kita maklumat untuk mengawal perbelanjaan serta memerhatikan trend kewangan kita.

Selain itu ia boleh di gunakan untuk kita mengkaji dan menghalang pembaziran. Seelok-eloknya rumusan perbelanjaan harian di buat pada sebelah malam untuk mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk supaya kita dapat mengubahnya secepat mungkin.

Tips #3 - Menyimpan

Berapa orang kat sini menyimpan hasil lebihan wang hasil penolakan perbelanjaan daripada pendapatan? 

Jika anda mengamalkannya, ketahuilah bahawa cara itu slah sama sekali!

Jadi mari kita ubah supaya setiap kali kita dapat gaji atau pendapatan lebih ialah menetapkan satu jumlah daripadanya sebagai simpanan.

Saranan yang popular adalah sebanyak 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan bulanan mereka.

Satu lagi perkara pastikan kita menyimpan di Institusi Kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. 

Walaupun sedikit dan berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.

Tip #4 - Jaga Harta Benda

Tahukah anda membaikpulih sesebuah peralatan terutama yang sering menjadi keperluan untuk kita gunakan akan menyusutkan pendapatan dan simpanan kita?

Sebagai contoh jika kita mempunyai kenderaan, anda perlulah memandu dan menggunkannya secara berhemah. 

Elakkan menggunkan dengan cara kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan. Jadi ia mungkin akan melibatkan kos lebih dari Rm100 untuk tujuan baik pulih bukan?

Tip #5 - Kurangkan Penggunaan Kad Kredit

Tunai lebih baik kerana anda akan berbelanja dengan duit 'real' yang ada di tangan. 

Mungkin anda rasakan apa nak risaau, dapat gaji nanti boeh bayar semula. Anda mampu bayar semula apa yang telah 'di gores' menggunakan kad kredit.

Tetapi hakikatnya mungkin anda tak sedar nanti anda akan berbelanja lebih dan menggunakan sejumlah besar pendapatan anda hanya untuk bayar kad kredit.

Jadi berhati-hati awal adalah lebih baik.

Semoga perkogsian ini bermakna terutama di musim perayaan ini. Tapi jangan sampai tak balik kampung ya.

Redha ibubapa merupakan rezeki terbesar yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Mungkin jalan keluar permasalahan kewangan anda ada bersama mereka. Jangan hampakan mereka ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia
 

You Might Also Like

3 respon

  1. tips yang baik, tapi orang kita ni pantang ada duit, selalu akan cepat capai dompet nak beli barang walaupun tak perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu tak boleh ada banyak cash dalam wallet. No kredit card juga.

      Delete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts