Assalamualaikum
Pernah tak rasa, banyak sangat kerja, tak tahu nak buat mana satu. Ada masa rasa nak minta tangan macam sotong (padahal dah sempurna dah Allah bagi tu, kang bagi lebih banyak pulak cincin emas kena beli, hahaha). Pegang satu tak kena, pegang yang itu tak kena, pegang yang ini tak kena.
Last, pening nak buat mana satu, semua tak buat. Semua tertangguh. Semua tak jadi. Atau semuanya separuh jalan! Kerja tertangguh-tangguh sampai kesudah. Idea banyak, kerja tak jalan! Last-last tertekan.
Last, pening nak buat mana satu, semua tak buat. Semua tertangguh. Semua tak jadi. Atau semuanya separuh jalan! Kerja tertangguh-tangguh sampai kesudah. Idea banyak, kerja tak jalan! Last-last tertekan.
Walaupun saya sekarang duduk di rumah jaga anak-anak sambil usahakan bisnes dari rumah saya pun tak ketinggalan rasa tak cukup tangan ni. Banyak sanagt nak hadap setiap hari sampaikan rasa macam tak cukup masa. Masa mula-mula tukar karier tu memang huru-hara rasanya.
Tapi lepas saya tengok video ni saya dah ok sikit. Pandai la kawal emosi dan uruskan masa. Hidup jadi lebih ceria.
3 Tips Hadapi Kehidupan Yang Padat Dan Sibuk Agar Kurang Tertekan
1. BUAT SENARAI MESTI BUAT (TO-DO-LIST)
Senarai
ni perlu di siapkan pada sebelah malam tentang apa yang kita nak buat
keesokan harinya. Boleh tulis di atas sekeping kertas atau white board.
Lepas
tu kena tampal/gantung di tempat yang kita boleh tengok supaya kita
tahu itu adalah benda yang kita nak buat pada esok hari.
2. MESTI BUAT APA YANG ADA DALAM SENARAI TU BY HOOK OR BY CROOK
Senang
cerita, apa yang takde dalam senarai tu tak payah buat lagi. Bila semua
dalam senarai yang kita list semalam dah siap kita buat, barulah boleh
nak buat benda yang tiada dalam senarai.
3. DISIPLINKAN DIRI UNTUK KONSISTEN IKUT APA YANG DI TULIS DALAM SENARAI TU SETIAP HARI
Macam
mana nak konsisten? Caranya adalah dengan mendapatkan seorang kawan
yang boleh mendorong kita agar kita sentiasa buat apa yang ada dalam
senarai mesti buat.
Kalau boleh ikut apa yang kita tulis tu, gerenti mesti dapat punya apa yang kita target nak buat.
Akhir kata, Allah/Tuhan dah jadikan kita semua makhluk terbaik sangat! Dia pilih kita jadi khalifah (pemimpin) berbanding makhluk lain. Maknanya kita ni memang istimewa dan mampu jadi yang terbaik.
Jadi, jangan puas hati dengan pencapaian biasa-biasa sahaja ok?
Jom hidup luar biasa!
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini