Tidak di nafikan selain suami, ahli keluarga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Selalunya detik-detik awal iaitu ketika berpantang boleh di katakan rata-rata berpantang bersama ahli keluarga.
Penyusuan
susu ibu bukanlah hanya satu cara memberikan bayi makan. Kini ia telah
menjadi satu gaya hidup. Maka seluruh ahli keluarga seperti Bapa, pasangan atok dan nenek, adik-beradik boleh terlibat menjayakannya.
Berikut saya kongsikan Cara Sokong Penyusuan Susu Ibu Buat Ahli Keluarga Supaya Ibu Kekal Positif.
Kredit: www.who.int |
1. Beri sokongan dan galakkan kepada ibu atas kesungguhannya untuk menyusukan bayi.
2. Beri sokongan emosi apabila ibu ingin berbincang mengenai kerisauannya.
3. Galakkan ibu untuk menjaga kesihatan dirinya dengan mendapat rehat yang cukup antara masa penyusuan dan mengambil hidangan berkhasiat dengan tetap.
4. Membantu membuat kerja-kerja rumah agar ibu dapat menumpukan masa dan tenaganya untuk menyusukan bayi.
5. Membantu menukar lampin dan memandikan bayi.
6. Beri sokongan emosi kepada bayi dengan memeluk dan bermain dengannya.
7. JANGAN sekali-kali mencadangkan untuk top-up dengan susu formula. Hormati pendirian ibu tersebut untuk memberikan susu ibu, sus terbaik di dunia yang Allah sediakan khas untuk bayi.
8. Baca buku, majalah dan pamplet yang menyediakan info tentang penyusuan supaya anda boleh menyumbang idea dan memberikan motivasi kepada si ibu.
Kesimpulannya, jika
ibu-ibu tidak mendapat sokongan yang baik, dorongan yang positif dan
persekitaran yang mesra penyusuan, tidak mustahil ibu tersebut tidak
berjaya menyusukan anak sendiri. Cabarannya tetap ada, di sinilah suami berperanan sebagai pembantu kepada isteri untuk menjelaskan kepada ahli
keluarga.
You can do it Mommies!
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang
TAWARAN HEBAT!!!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini