Masalah Penyusuan

Kriteria Pilih Botol Dan Puting Botol Yang Sesuai Untuk Bayi Susuibu

21:03

Selepas kegagalan menyusukan anak pertama banyak sangat perkara yang saya belajar. Memang sah. Kejahilan dan kekurangan ilmu masa tu menjadi faktor penyumbang. 

Perkara paling simple yang tak pernah terfikir adalah tentang botol dan puting botol yang turut memainkan peranan. Masa tu tak tau pun memang ada perkaitan sebenarnya.

Disebabkan saya tak nak anda pun jadi macam saya, saya rasa nak sangat berkongsi tentang Kriteria Pilih Botol Dan Puting Botol Yang Sesuai Untuk Bayi Susuibu agar tak mengganggu proses penyusuan langsung dari payudara.

Cara pilih puting sama dengan puting ibu


Jom semak!

Kriteria #1

Beli botol yang mempunyai leher yang lebih lebar (wide neck). Ini kerana ia meluaskan bukaan mulut bayi seperti melekap di payudara ibu ketika menyusu. Jadi bayi kurang confius.

Kriteria #2

Beli botol dengan puting yang lubangnya kecil. Ia penting sangat supaya susu tidak keluar sebelum bayi menghisap bagi mengelakkan kes tersedak susu.

Tambahan ini sangat penting bagi mengelakkan bayi keliru puting. Iya lah, apabila menghisap di payudara bayi perlu bekerja keras menggunakan rahang, lidah dan lelangitnya untuk menghisap sebelum susu keluar. 

Dan bayi boleh berhenti seketika untuk mengambil nafas sebelum meneruskan penyusuan tanpa sebarang susu menitis ketika itu.

Cuba bayangkan jika anda membeli puting yang berlubang besar, tuang je terus keluar? Kemungkinan bayi tersedak sangat tinggi terutama ketika dia 'lali' mahu tidur tetapi susu tersebut terus menitis. Scary kan? Ia amatlah bercanggah dengan konsep payudara ibu bersifat non-nutritive sucking.

Dan paling merisaukan bila bayi menjadi 'malas' mahu menghisap di payudara dan hanya mahu jalan mudah minum di botol. Ini yang berlaku pada saya dahulu semasa menyusukan anak pertama. Kesudahannya kuantiti susu mulai merudum dan perlahan. Bayi jadi tak puas dan marah ketika menyusu.

Kriteria #3

Beli puting yang sederhana panjang supaya ia dapat terletak di belakang mulut bayi seolah-olah menghisap puting ibu. Tetapi pastikan ia tidak menyebabkan bayi tersedak ya.


Kriteria #4

Pilih puting yang mempunyai leher lebih lebar (wide neck) untuk fit dengan botol leher lebar di Kriteria #1. Pengalaman saya, untuk anak kedua, saya memang setia menggunakan puting wide neck peristaltic nipple jenama Pigeon, Y cut yang memang tidak akan menitis selagi bayi tidak menghisap. 

Walaupun tertulis untuk 6 bulan, tapi saya tetap pilih atas kriteria tidak menitis selagi belum di hisap. Jadi saya rasa agak selamat bila tinggalkan anak menyusu dengan pengasuh ketika itu. Anda pun boleh beli dan cuba terbalikkan botol. Memang tak menitis.



Selain dari itu saya memang membuat sedikit pelaburan beli botol susu stainless steel. Jenama Organic Kids dan Pura Kiki. Memang sedikit mahal. Saya akui. 

Tetapi saya boleh berjimat tanpa perlu menukar botol setiap 6 bulan sekali seperti saya pakai botol plastik BPA Free. Saya just perutukkan bajet untuk tukar puting botol sahaja.



Tak di nafikan memang ada bayi yang agak 'fussy'. Setiap bayi adalah unik dengan keperluan dan ragam berbeza. Ambil masa dan tidak semestinya anda bermula dengan jenama yang mahal.

Tapi yang penting anda perlu bersabar sedikit memberi mereka cuba pelbagai jenis puting ya. Syaratnya, bukan anda yang beri susu dari botol tersebut. Minta bantuan orang lain untuk melatih bayi anda seperti suami, mak, adik atau sesiapa sahaja.

Akhir kata, satu perkara yang paling saya ingat adalah pesanan dari seorang kenalan berbunyi,

"Akak jangan beli botol dan puting awal-awal. Sekurang-kurangnya tunggu bayi berusia 1 bulan. Masa tu dia dah 'establish' minum susu kita dan kurang risiko nak keliru puting.

Plus kita pun tak rasa nak 'mengelat' bagi botol awal-awal pada dia. Jadinya akak akan lebih berusaha penuhi permintaan baby".


Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar  
Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

1 respon

  1. assalam..nak tanye pasal botol pura kiki. kenapa ye susu meleleh melalui ring cap bila baby hisap botol? puan ada alami tak? atau salah penggunaan puting. saya guna pura kiki 3 oz punya botol. thanks.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts