Home Cook

Resepi Ketam Butter Paling Mudah Nak Masak

10:30

Assalamualaikum

Hari tu saya terpandang resepi best berasaskan ketam di Page Rujukan Ibu Sedunia. Ketam Butter namanya. Bila tengok tu terbayang nikmat makan ketam di sebuah restoran di Bangi masa tinggal di sana dulu.

Tapi semenjak berpindah ni, tak pernah jumpa lagi restoran yang offer menu ni. Lamanya tak makan. Teringin sangat memandangkan saya dan anak-anak memang hantu ketam. Semua pasal ketam semua sedap! LOL

Bila tengok cara penyediaannya, memang ni Resepi Ketam Butter Paling Mudah Nak Masak. Bahan dan teknik sesuai la dengan level amatur macam saya ni. Hihi

ketam butter


Jom cuba!

Bahan-bahan


Bahan A

1 kg ketam - di bersihkan dan di potong dua
4 sudu besar rempah kari (saya pakai rempah kari ikan Babas)
2 sudu besar kunyit
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan B

4 biji telur - Kuning sahaja di kacau lembut di dalam mangkuk

Bahan C

3 tangkai daun kari
8 ulas bawang putih - di tumbuk kasar/di cincang dadu
5 biji cili padi

Bahan D

Setengah biji butter - di potong 2 bahagian
Setengah cawah susu cair

Cara Menyediakan

1. Gaul semua bahan A dan perap seketika dalam 10-15 minit.

2. Panaskan 1 ketul butter di dalam kuali.

3. Kuning telur di kacau lembut dan di tuangkan ke dalam kuali sedikit demi sedikit. Semasa menuang, anda perlu kacau dengan garfu tanpa henti untuk membentuk jaringan halus.

4. Angkat telur tadi, toskan di atas kertas tisu dan ulang membuat jaringan sehingga telur habis. Tips: Lebih senang mengangkat jaringan telur dengan menggunakan penapis jaring mini.

5. Masukkan seketul lagi butter dan goreng ketam yang telah di perap. Anda boleh menambah lagi butter jika minyak butter tidak mencukupi.

6. Sambil menggoreng ketam, masukkan Bahan C. Gaul sebati dan biarkan goreng ketam sehingga menjadi sedikit garing.

7. Masukkan susu cair. Boleh tambah ikut cita rasa anda.

8. Gaul sebati semuanya di dalam kuali. Setelah siap hidangkan di dalam pinggan.

9.Taburkan jaringan telur yang anda buat tadi di atas ketam.

10. Sedia untuk di nikmati sehingga menjilat jari.


Memang seperti di jangka, ketam habis sekelip mata. Bertambah-tambah anak-anak makan sampai nasi langsung tak terusik. 

Suami saya seperti biasa makan seketul dua. Dia kurang sikit dengan ketam sebab leceh nak makan. Lelaki memang malas makan ketam eh?

Tak pe, nanti kita cuba buat pakai udang besar pula. Macam sedap jugak je. Tapi kena tambah telur lagi sebab macam kurang je jaringan tu. 

Nikmat juga memasak ni kan. Kepuasan. Tak tergambar perasaan bila orang suka makan makanan yang kita masak. Sebulan sekali ok lah kan, reward famili bila bonus Shaklee masuk. 

Ok, sampai sini dulu. Anda boleh Like Rujukan Ibu Sedunia untuk pelbagai lagi koleksi resepi, ilmu keibubapaan, Tips Penyusuan dan sebagainya.

Cuba tau resepi ni. Jangan tak cuba.

Selamat menjamu selera.


Your Trusted SID



ID 868991



Riza Afzan Asri 



SMS/Whatsapp 012-4637064 



Email: rizaafzan@gmail.com



COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts