Masalah Penyusuan

[Infografik] Tips Dan Tricks Power Pumping Untuk Tambah Susu

22:27

Ingat lagi saya semasa menyusukan anak kedua sekitar tahun 2012 dulu. Masa tu saya masih bekerja dan masih gigih mengepam tiga kali sepanjang tempoh bekerja di pejabat. Setiap hari.

Tapi ada satu masa tu saya memang rasa nak menangis bila sepanjang tiga kali mengepam sepanjang hari tu saya hanya dapat kumpul 4oz sahaja! 

Ya Allah memang nak takut bercampur risau sangat masa tu. Ikutkan mana cukup nak bekalkan pada pengasuh tu. Anak saya minum 12-16 oz sepanjang di rumah pengasuh setiap hari.

Di pendekkan cerita, rupa-rupanya perubahan hormon menyumbang kepada masalah kemerunduman susu saya tu. Sebabnya seminggu lepas tu saya datang haid. Tak salah saya masa tu bayi saya baru berusia 9 bulan. Cepat kan? Saya pun tak sangka.

Di sebabkan penghasilan susu yang merundum banyakkkkk (menunjukkan betapa kurangnya penghasilan susu masa tu) banyak jugak la stok ebm saya habis dari jangka masa yang sepatutnya. 

Tapi saya terus positif setelah menerima pandangan dari kawan-kawan yang pernah mempunyai masalah yang sama macam saya ni. Terima kasih kawan-kawan.




Salah satu perkara yang mereka cadangkan adalah paksa diri buat 'power-pumping' setiap malam tanpa gagal selama sejam. Oleh itu, saya rasa terpanggil nak kongsikan dengan anda Tips Dan Tricks Power Pumping Untuk Tambah Susu Ibu agar bayi tak menangis kelaparan di rumah pengasuh.

Teknik Power Pumping

Pam Tunggal (Single pump)

1. Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit.
2. Kemudian beralih ke payudara kiri pula selama 10 minit.
3. Tukar semula ke payudara kanan selama 10 minit dan seterusnya ke payudara kiri.
4. Lakukan secara berterusan selama 60 minit (sejam).

Pam Berganda (Double pump)

1. Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit.
2. kemudian rehat selama 10 minit.
3. Sambung kembali selama 10 minit.
4. Rehat 10 minit.
5. Sambung kembali selama 10 minit.
6. Lakukan berulang kali sehingga cukup 60 minit (sejam).

Tempoh Terbaik Power Pumping

  • Saya biasanya melakukan tepat pada tengah malam kerana masa ini penghasilan hormon dalam badan sedang berlaku. Ini bermakna hormon prolaktin yang terlibat dengan penyusuan juga sedang aktif di hasilkan dan dalam kadar yang tinggi dari waktu biasa.

  • Tidak salah mahu membuat power pumping di waktu lain sekalipun. Apa yang penting anda selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan selesa dan tenang.

  • Teknik ini memerlukan masa selama satu jam untuk satu sesi.

  • Ia perlu di buat berterusan selama 3-7 hari (bergantung kepada individu)

Tips Dan Tricks Power Pumping Untuk Tambah Susu

  • Pilih lokasi bersesuaian  di rumah/bilik agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.

  • Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau memcuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.

  • Saya meletakkan semua kelengkapan mengepam seperti botol, corong, pam ke dalam bag susu perahan berserta 'ice pack' untuk di bawa ke bilik tidur. Ia sangat menjimatkan masa dan tak perlu turun ke dapur untuk menyimpan susu. Keesokkan pagi baru saya label dan simpan di dalam freezer.

  • Setiap jumlah perahan susuibu di antara waktu perahan yang lain (antara sela masa 10 minit) boleh di campurkan. Namun pastikan setiap susu perahan itu di sejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping di gabungkan di dalam satu bekas.

     

    tingkatkan susu ibu
    KLIK untuk besarkan

     

 Sesuatu Yang Harus Anda Jangka Dari Power Pumping 

  • Pada peringkat awal mungkin susu yang di hasilkan hanya setitik dua. Jangan PANIK ya. Terus lakukan untuk hari-hari berikutnya.

  • Kesan daripada amalan power pumping akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga dua minggu.

  • Kaedah ini sedikit leceh dan memakan masa bagi sesetengah ibu. Jangan cepat mengalah Ibu-ibu. Si kecil sedang menanti titisan susu yang berharga dari anda. Berusaha! Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.

Alhamdulillah, setelah mencuba amalan power pumping ni pengeluaran susu saya kembali normal. Saya menjadikannya rutin setiap minggu saya akan pastikan saya melakukan power pumping paling kurang seminggu sekali. 

Selain itu jangan lupa berdoa supaya supaya susu anda cukup sehingga anak anda berumur 2 tahun. Dan banyakkan bersedekah kerana setiap kali kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita. InsyaAllah.

Benarlah seperti di kata, kita tidak akan mahir selagi belum datang masalah pada kita. ya, saya amat bersetuju dengan pendapat tersebut. Alhamdulillah anak saya tak putus susunya sepanjang berhadapan dengan masalah tersebut.

Dan yang paling penting saya tak abaikan tip-tip asas penghasilan susu, makan makanan seimbang dan sudah semestinya Set Menyusu Shaklee untuk mencukupkan zat-zat dalam badan dan memastikan badan saya sentiasa sihat serta bertenaga. 

Sampai sini sahaja perkongsian saya kali ini. Jika anda ingin bertanya tentang teknik power pumping atau Set Menyusu terbaik yang mana anda harus pilih, hubungi saya segera ya. tiada masalah yang tiada penyelesaian. Jangan bertangguh kerana ia akan lagi memburukkan keadaan anda.


Your Trusted SID


ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar  
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!


You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts