Home Cook

Sambal Kuning Ikan Bilis Menu Praktikal Orang Bujang

22:43

Assalamualaikum

Mula-mula saya masak ni masa zaman bujang dulu di rumah sewa. Masak di hujung minggu bila tiba giliran kena masak. Alhamdulillah housemate yang tak pernah makan pun jatuh hati.

Sejak dari tu kerap juga la menu Sambal Kuning Ikan Bilis Menu Pratikal Orang Bujang ni menjadi juadah kami. Menu bajet la katakan. Tu pun bertambah nasi. Hihi..




Bahan-bahan

Bahan A

2 genggam ikan bilis
1 biji kentang - di hiris nipis

Bahan B

1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi (boleh tambah kalau mahu pedas)

Nota: Kesemua bahan ini di tumbuk

Bahan C

I biji bawang besar di potong bulat (optional)
1 keping asam keping
1 biji telur
sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air

Bahan D

Minyak masak

Cara Meyediakan

1. Goreng ikan bilis dan kentang sehigga garing secara berasingan. Tos minyak berlebihan dan ketepikan.

2. Tumbuk bahan B sehingga lumat. Tumis kesemua Bahan B sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air, asam keping, garam secukup rasa dan secubit gula.

3. Bila air dah sedikit kering, masukkan kentang dan ikan bilis yang di goreng tadi. Kosongkan bahagian tengah kuali kemudian pecahkan sebiji telur.

4. Kacau semua sebati. Pastikan telur menyelaputi semua ikan bilis dan kentang. Masukkan bawang besar. Masak sehingga sambal menjadi kering.

5. Sedia untuk di nikmati bersama nasi atau roti.


Simple kan bahan-bahannya? Jemu-jemu masak makanan yang banyak bahan, menu ni sangat sesuai untuk bertukar angin.

Selamat mencuba ya!


Your Trusted SID
 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts