Bila bercakap tentang minum air kosong, mesti ramai yang mengeluh. Banyak sangat alasan seperti nanti kerap ke tandas, air kosong tak sedap dan paling popular tak sempat minum.
Teringat seorang kawan pejabat dulu yang hanya minum masa waktu makan. Kalau kata segelas teh ais semasa makan pagi, segelas tu je la dia minum dalam tempoh pagi sampai sebelum makan tengahari.
Pada saya tu dah tak betul sebab badan kita memerlukan bendalir yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Maka saya ingin kongsikan 6 Kepentingan Minum Air Kosong Bagi Pastikan Organ Badan Tak Rosak.
Kepentingan No 1
92% air terkandung di dalam darah kita. Tanpa air, darah tidak mengalir (bahasa pasar orang panggil darah pekat), oksigen dan zat makanan tidak akan di pindahkan, sisa tidak akan di hapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
Kepentingan No 2
Di paru-paru, 90% air menukarkan oksigen (gas pernafasan) kepada karbon dioksida.
Kepentingan No 3
Di kulit mengandungi 80% air. Merupakan organ terbesar manusia. Kulit mendapat air yang yang mencukupi mampu menghasilkan kulit yang licin dan bersih di samping dapat mengawal suhu badan.
Kepentingan No 4
Air dalam otak manusia boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisma sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal.
Selain itu 75% air ini mampu mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan turut merendahkan peluang mendapat jangkitan.
Kepentingan No 5
Sebanyak 75% air di dalam otot membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Kepentingan No 6
Jangan tak tahu, di dalam tulang terdapat 22% air yang membantuk membentuk tulang dengan lebih berstruktur.
Osteoporosis berlaku sekiranya anda kekuranga air di dalam tulang.
Berapa Banyak Air Kosong Perlu Di Minum?
Secara amnya, 8 gelas air kosong atau 2 liter air perlu di minum oleh seorang individu biasa setiap hari. Tetapi banyak faktor lain juga perlu di ambil kira seperti umur, jantina, pekerjaan dan BMI. Ini saya akan kongsikan di lain entry ya.
Bagi memudahkan anda memantau pengambilan air seharian, di galakkan supaya anda menyukat air air di dalam botol yang mempunyai sukatan.
Dengan cara ini, amat mudah bagi anda untuk memastikan badan anda mendapat air yang cukup dan paling penting supaya Organ Badan Anda Tak Rosak di akibatkan kekukarangan unsur ini.
Selamat minum air kosong!
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini