Jaundis

6 Jenis Rawatan Alternatif Jaundis Yang Popular Tapi Sebenarnya Perlu Elakkan

22:56

Semasa anak ketiga saya jaundis panjang tempoh hari, pelbagai cadangan dan saranan saya terima sebagai ikhtiar mengurangkan bacaan. Baca perkongsian saya tentang Pengalaman Berhadapan Dengan Jaundis Berpanjangan Prolonged Jaundice Ketika berpantang.

Pada pendapat saya, baik-baiknya kita sebagai ibu bapa tidk terus melakukan melakukan rawatan ini tanpa mendapatkan pandangan daripada doktor dahulu. Ini kerana di khuatiri mahu sembuhkan satu penyakit, tetapi bayi kita dapat penyakit lain pula contohnya seperti sakit perut.

Berikut saya kongsikan 6 Jenis Rawatan Alternatif Jaundis Yang Popular Tapi Sebenarnya Perlu Elakkan.

bayi kuning

1. Menjemur Bayi

Ini memang amalan dari generasi ke generasi yang sangat popular. Menjemur bayi di bawah cahaya matahari dipercayai dapat menghilangkan kekuningan.

Lazimnya amalan ini di lakukan pada awal pagi sekitar jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Ia tidak mengambil masa yang lama. Hanya di lakukan antara 10 hingga 15 minit sahaja.

Sekiranya bayi di dedahkan terlalu lama kepada pancaran matahari, sangat dibimbangi ia boleh menyebabkan MASALAH lain seperti kerosakan retina dan strok.

Kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan kerana hanya rawatan fototerapi di hospital sahaja dapat memberi kesan positif pada jaundis yang di alami oleh bayi. 

2. Minum Susu Kambing

Memberi bayi minum susu kambing boleh memberikan kesan buruk pada bayi. Hal ini kerana sehingga kini belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi.

Malah pemberian ini boleh menyebabkan masalah-masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus. Ini kerana susu kambing mengandungi zat-zat galian yang lebih tingi berbanding susu ibu dan susu lembu. 

Kandungan yang terlampau tinggi ini amat tidak sesuai dengan usus bayi yang belum matang. Sebaliknya ibu boleh minum susu kambing berkenaan supaya dan ia kemudiannya di salurkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu.

3. Makan Jamu, Halia dan Lada Hitam

Amalan memakan banyak jamu amat merbahaya kerana anda tidak mengetahui kandungan spesifik dan dose yang yang di letakkan di dalam jamu tersebut.

Kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi menyusu susu ibu.

Oleh sebab itu, ibu yang anaknya mengalami jaundis perlu megelakkan diri daripada mengamalkan jamu dan makanan yang 'panas' untuk sementara waktu sehingga bayi anda bebas jaundis.

Ini juga turut melibatkan pengambilan lada hitam yang dipercayai boleh menyebabkan tahap bilirubin meningkat.

4. Memberi Air Glukos

Terdapat ramai yang mencadangkan agar saya memberi bayi minum air glukos sepanjang tempoh prolonged jaundice dulu. Tapi setelah membaca, memang tak boleh ya.

Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan bayi mengalami kembung perut dan pada masa yang sama bilirubin tidak dapat di keluarkan melalui najis.

5. Ekstrak Air Sengkuang Cina dan Anggur Hitam

Yang ini pun big NO NO NO juga ya. Jangan mudah terikit cadangan yang tidak terbukti kesahihannya. 

Perlu di ingatkan hanya dua peratus (2%) bilirubin di buang melalui air kencing dan manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi di beri air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan bayi tadi kurang menyusu susu ibu.

Mungkin ia berkesan untuk anak orang lain tapi bukan anak anda. Saya percaya anda ibu bapa yang bijak boleh menggali sebanyak mungkin ilmu dan pertimbangkan sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.

6. Mula Memberi Susu Formula

Ini adalah penyelesaian yang paling pantang di lakukan ya! Jangan sesekali memberikan susu formula kepada bayi sebaik sahaja tahu dia mengalami jaundis.

Sebaliknya anda di galakkan melakukan lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menyusu terus daripada payudara. 

Ini yang saya lakukan semasa anak kena jaundis dulu. Susukan sahaja mengikut permintaan. Tak kisah la sekerap 30 minit sekalipun. Ingat, lagi banyak dia minum, lagi banyak dia berak, lagi cepat bilirubin di singkirkan dari badan kerana susu ibu adalah susu yang paling cepat dicerna.

Ketahuilah, pemberian susu formula sama seperti pemberian susu kambing mahupun air glukos yang mana langsung tidak dapat membantu bayi mengeluarkan bilirubin daripada tubuhnya dengan sempurna.

Sejujurnya bila bayi jaundis ni badan agak penat sedikit kerana kita perlu berulang-alik ke klinik kesihatan untuk periksa darah mereka. 

Lagi mencabar jika asyik perlu keluar masuk wad di sebabkan bacaan bilirubin yang meningkat tanpa rawatan fototerapi. ini yang di alami oleh jiran seberang katil saya semasa di wad dulu. Boleh balik hari ini, esoknya masuk semula. 

Tengok mukanya pun pucat dan jalan pun perlahan sahaja. Mana nak jaga bayi dan dalam masa yang sama kena pulihkan diri juga kan? 

Tapi kawan saya yang seorang ni hebat. Mampu berulang alik ke wad melawat anak setiap hari ketika dalam pantang. Macam mana ye dia boleh jadi 'Superwoman' begitu?

Jom saksikan video ini,


 
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Macam mana? Hebat tak kawan saya ni? Saya pun turut teruja mendengar sendiri perkongsian ini. Itu yang bila bersalin je terus saya konsisten makan vitamin dari Set Berpantang Shaklee saja seperti yang kawan saya makan ni.

Ternyata ia sangat membantu semasa saya perlu kerap menyusukan bayi di wad dan di rumah. Pada pendapat saya orang yang dah pernah merasa anak tidak sihat memang boleh feel rasa penatnya tu macam mana.

Jadi jika anda pun mahu kekal cergas dan mahu memberikan susu terbaik buat si manja, saya sangat sarankan anda cuba apa yang kami telah cuba ni. Cepat-cepat hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi masalah anda. Saya menunggu anda dengan hati yang terbuka.

 
Your Trusted SID

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help! 

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts