Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsikan Resepi Ayam Masak Hijau Unik Untuk Di Cuba. Kenapa unik? Sebab biasanya kita makan ayam masak merah, ayam masak kicap, sup ayam dan lain-lain lagi.
Bagi yang baru pertama kali dengar, ayam masak hijau ni pun sedap tau. Saya ubah sikit menu sebab boring je masak lauk yang serupa berulang-ulang.
Berikut saya kongsikan bahan-bahan dan cara memasaknya:
Bahan A
1 ekor ayam di potong biasa (bersihkan, basuh dengan tepung dan asam). Rendam seketika kemudian toskan.
Perisakan dengan garam halus dan serbuk kunyit.
Bahan B
Sebiji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji cili hijau
3-5 biji cili padi
Kesemua bahan ini di kisar halus.
Lain-lain bahan
2 batang serai di titik
3 helai daun limau putut
1 biji bawang besar di potong bulat.
2 keping asam keping
Sedikit air bertapis
Garam
Gula
Cara Memasak
1. Goreng bahan A separuh masak. Kemudian ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama (boleh juga gunakan kuali lain untuk jimat masa, masak serentak), tinggalkan sedikit minyak dari goreng ayam tadi dan tumis bahan B dan serai sehingga pecah minyak.
3. Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air (agak-agak untuk kuah), asam keping, sedikit garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan kuah sedikit pekat.
4. Masukkan bawang besar yang di potong bulat dan ayam yang sudah di goreng.
5. Kacau sehingga kuah sedikit kering dan masukkan daun limau purut. Kacau sehingga bau limau purut tadi dapat di hidu.
6. Tutup api dan hidangkan dalam mangkuk hidangan.
7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi ataupun roti.
Masa mula-mula saya mencuba resepi ni, mujur suami suka. katanya lain dari yang lain. Anak-anak pun semangat nak cuba sebab nampak macam lauk baru.
Anda boleh gunakan resepi yang sama untuk ikan atau burung puyuh juga. Tiada pantang larang. Hihi..
Selamat mencuba ya!
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help~
2 respon
yummy ... tak pernah lagi buat masak hijau, nanti boleh cuba :)
ReplyDeleteKalau mahu pedas, lebihkan cili padi.
DeleteTinggalkan Komen Anda Di Sini