Jaundis

Pengalaman Berhadapan Dengan Jaundis Berpanjangan Prolonged Jaundice Ketika Berpantang

22:21

Saya melahirkan anak ketiga dua hari sebelum Hari Raya Aidil Adha tahun lepas pada minggu ke 37 kehamilan. Kalau di ikutkan seminggu awal dari tempoh bayi benar-benar matang iaitu pada minggu 38.
 
Alhamdulillah, di permudahkan urusan melahirkan Ainur dengan kehadiran suami di sisi menyokong perjuangan saya melahirkan srikandi hebat ini.
Ainur keluar secara SVD dengan berat 2.38 kg.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi Pengalaman Berhadapan Dengan Jaundis Berpanjangan Prolonged Jaundice Ketika Berpantang. Memang sangat berharga untuk saya kerana untuk kelahiran sebelum ini tiada sebarang masalah.

prolonged jaundice


Hari Ke-5 Yang Mendebarkan Lagi Huru Hara


Tiga hari cuti umum mengakibatkan nurse klinik kesihatan datang melawat kelahiran kali ini agak lewat. Hari ke-5 tak salah saya baru ada lawatan. 
 
Di pendekkan cerita, sebab nampak kulit bayi saya agak kuning semasa pemeriksaan mereka terus menggesa saya ke klinik kesihatan untuk 'check' paras bilirubin dalam darah.

Setelah doktor melihat keputusan darah, terus beliau beri kami surat masuk wad kerana bacaan ketika itu dah 17 (ada cara convertionnya). 

Secara normalnya,  bacaan ini tidak boleh lebih dari 15. Bila lebih dari bacaan ini memang automatik kena masuk wad untuk mudahkan rawatan fototerapi. Ala, rawatan yang duduk bawah lampu biru tu.

Sampai sahaja di wad doktor pun ambil serba sedikit maklumat,  bayi saya terus di bawa pergi dari saya untuk rawatan fototerapi tu. 
 
Perasaan saya sebak sangat ketika itu kerana saya tidak pernah berjauhan dari anak-anak walaupun sekejap. Dan yang paling sedih saya tak boleh susukan bayi saya secara 'direct' kerana dia perlu di letakkan di bawah lampu sepanjang masa
kerana bacaan bilirubinnya meningkat naik ke 19.

Memang pecah juga kolam air mata saya dan menahan sendu di wad. Sedih sangat rasanya masa tu. Tapi saya cuba positifkan diri. Suami terus memujuk supaya mood saya kembali ok. Biasalah, wanita dalam pantang memang mudah mood swing kan.

Saya tak mahu dengan mood sedih-sedih ni menyebabkan penghasilan susu saya merundum. Saya perlu bekalkan susu badan kepada bayi saya maka saya harus mengepam setiap 2 jam untuk tujuan itu. Saya mahu baby saya sihat.


Jadi nasihat saya pada ibu-ibu yang berhasrat menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan agar membeli pam susu dan segala kelengkapan sebelum bersalin lagi ya. 

Supaya bila timbul kes kecemasan begini, anda dah ada peralatannya. Tak kan nak harap pada suami, memang dia lagi tak tahu nak beli pam apa pun. Silap-silap karang dia beli pam basikal pulak (ok, lawak je!).

Susu perahan yang saya perolehi tu saya berikan pada nurse yang bertugas. Mereka akan menyuapkan bayi saya  dengan picagari kerana dia tidak boleh di alihkan langsung dari lampu (untuk kes lampu double beam) tu.

Sebelah malamnya, kira-kira pukul 11 baru bayi saya kembali ke pangkuan saya setelah bacaan turun ke 14. Syukur alhamdulillah. Tetapi dia masih perlu meneruskan fototerapi untuk single beam pula sehingga bacaan turun ke 11. 

Maka sepanjang malam itu setiap setengah jam saya susukan dia dan tukar pampersnya sebab dia memang kerap berak. Kulit pun dah bertukar jadi gelap masa tu. Kesian betul anak Ibu.

Dua malam di hospital, kami di benarkan pulang setelah bacaan konsisten. Kata doktor, selagi tidak melepasi 15 tak perlu masuk wad semula. 
 
Tetapi kami masih perlu ke klinik kesihatan setiap 2 hari sekali untuk ujian darah. Memang penat. Tapi mujurlah pengambilan vitamin amat membantu saya kekal bertenaga untuk berulang alik hampir setiap hari untuk tujuan ini. 

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang...


Ujian datang lagi apabila selepas 3 minggu bacaan bilirubin tu masih kekal dalam julat 12-14. Naik turun sekitar bacaan tu sahaja. Susah hati betul di buatnya. Takkan nak kena masuk wad lagi? Tak sanggup dah!
 
Mujur dengan mengamalkan B complex amat membantu buat saya sedikit bertenang dan berfikir secara rasional. Sudahnya doktor putuskan untuk buat ujian darah secara lengakap. Tiga tiub darah di ambil pada tumit kaki bayi untuk ujian tiroid, hati dan satu lagi saya lupa.

Balik rumah, kami perlu dapatkan sampel urin Ainur pula. Ok, ini pengalaman yang sangat mencabar tau jika anak anda perempuan. Kalau anak lelaki senang boleh sangkut 'urine bag' tu kat 'anu' dia. Anak perempuan nak sangkut kat mana?

Sudahnya memang kena buka je pampers tu sepanjang masa
dan letak botol sampel tu dekat kemaluan dia beralaskan pampers. Menunggu lah kami di situ tunggu Ainur kencing. 

Terima kasih pada kawan saya yang berkongsi tips untuk kumpul sampel urin tu. Beliau suruh kami tunggu semasa lepas mandikan bayi kerana selalunya bayi mesti kencing selepas mandi. Ya, memang betul. Akhirnya berjaya dapat sample urin. Yeay!

Alhamdulillah keempat-empat keputusan ujian darah dan urin menunjukkan bacaan normal dan bebas sebarang jangkitan. Leganya rasa masa tu Allah sahaja yang tahu.

Akhirnya selepas meneliti sebarang faktor berkemungkinan tidak memainkan peranan atas kenaikan bacaan bilirubin, doktor membuat keputusan yang kes anak kami adalah jenis Jaundis Berpanjangan (Prolonged jaundice).

 

Penyebab-penyebab Jaundis Yang Boleh Membawa Kepada Jaundis Berpanjangan (Prolonged jaundice)


Selepas kes Ainur ni, baru saya banyak buat pembacaan tentang jaundis. Sebabnya kami agak pelik jugak kenapa dulu kedua-dua orang abangnya tiada masalah jaundis tetapi bila giliran dia punyalah lama. 

Berikut saya kongsikan info hasil pembacaan saya untuk menjawab teka-teki kes jaundis Ainur ni:


1. Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep atau vakum - VOID sebab Ainur lahir SVD (Spontaneous Vaginal Delivery)

2. Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis) - Void sebab ujian darah selepas minggu ke 3 clear.

3. Jangkitan virus seperti rubela atau taxoplasma - Void juga

4. Tidak serasi dengan darah Ibu (coombs positif) - Void juga sebab kumpulan darah kami sama

5. Masalah dengan enzim darah merah (G6PD) - Keputusan ujian G6PD adalah normal

6. Hormon tiroid yang rendah (hypothyrodism) - Void sebab ujian darah menunjukkan normal

7. Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, dubin johnson) - Void sebab ujian darah menunjukkan normal

8. Jaundice di sebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah di kenalpasti negatif - Ya, ini sama dengan apa yang doktor simpulkan untuk kes Ainur.


Adakah Saya Berhenti Memberikan Susu Ibu Pada Ainur?


Jawapannya TIDAK!

Saya tetap memberikan susu ibu pada Ainur atas nasihat Pakar Kanak-kanak. Menurut mereka bayi yang menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya (Note: tanpa tambahan susu formula dan air kosong) boleh meneruskan rutin memberi susu ibu sekerap mungkin pada bayi.

Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan pada bayi selagi anda tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya. 

Sebab itulah saya memilih Set Berpantang Shaklee untuk rawatan dalaman saya kerana saya yakin ia selamat untuk bayi dan mengandungi nutrisi yang sempurna untuk ibu-ibu yang menyusukan. 



Kalau saya tak larat, tak sihat siapa yang nak jaga baby andaikata di takdirkan kena masuk wad semula? Itulah yang sering berlegar-legar di kepala saya.

Ada kawan saya ni pun terpaksa ulang-alik setiap hari ke hospital menghantar susu perahan pada anak. Anaknya di tempatkan di NICU di sebabkan lahir pra-matang. 

Jom dengar perkongsian beliau macam mana dia kekal positif mengepam susu untuk anak tersayang dan bertenaga untuk berjumpa anaknya setiap hari.

Saksikan video ini,


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Jika anda senasib dengan kami dan berminat ingin mencuba Set Berpantang dan Set Menyusu ni, cepat-cepat hubungi saya ya. Jangan biarkan keadaan kesihatan anda merundum teruk dan susu anda terjejas kerana anda mampu mengubahnya.

InsyaAllah tip-tips istimewa menanti anda yang menjadi pelanggan saya. Hubungi saya seperti keterangan di bawah.


Your Trusted SID


ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


You Might Also Like

1 respon

  1. visit www.hometherapyy.com

    facebook.com/phototherapyy
    &
    instaram.com/hometherapyy

    Rent Charges:
    RM400 for 3D2N (60hors)

    Additional Charges:
    RM50 for Jaundice Meter Rents
    RM70/day for extended days

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts