Jenis Rahim Wanita

5 Jenis Rahim Wanita Yang Ramai Tak Tahu Walaupun Dah Anak Ramai

10:00

Baru-baru ni saya ada baca sebuah buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang di tulis oleh Anisah Barakbah. Saya selak-selak helaian dan nampak tajuk "Mengenali Bentuk-Bentuk Merian'.

Saya rasa terpanggil nak berkongsi ilmu 5 Jenis Rahim Wanita Yang Ramai Tak Tahu Walaupun Dah Anak Ramai. Dengan mengetahui jenis-jenis rahim ini secara tepat, ia dapat membantu proses pemulihan selepas bersalin yang terbaik buat kita.

uterus


Definisi Rahim/Merian

Secara ringkasnya, pelbagai istilah digunakan untuk merujuk kepada organ yang penting bagi wanita ini. Biasanya di kenali sebagai rahim, merian, peranakan, peranak dalam bahasa perubatan dikenali sebagai uterus.

Menurut buku yang saya baca ni, penting sangat untuk kita kenal pasti jenis rahim kita supaya kita dapat memulihkan kembali peranakan kita selepas bersalin. 

Ada yang tanya macam mana nak tahu jenis rahim tu kan? Of course setiap bidan yang mahir yang boleh tentukan. Kalau tanya saya saya pun tak tahu.

Bagaimana Mahu Kenal Pasti Jenis Rahim?

Perkongsian dari bidan yang mengurut saya semasa bersalinkan Aqif 3 tahun lepas sangat memberi ilmu baru buat saya. 

Kata beliau penting sangat sebelum mengurut dan bertungku, bidan yang menguruskan kita mesti tentukan jenis peranakan kita dahulu. Saya dah tau saya mempunyai rahim jenis mana melalui sesi urutan tersebut.

So dari situ baru la beliau tahu apa yang perlu di rawat dan di betulkan. Sebabnya semasa mengandung rahim kita berkembang berkali-kali ganda dan amat penting untuk kembalikan semula pada bentuk dan kedudukan asal.

Jenis-jenis Rahim Wanita

Jenis 1: Rahim Batu

  • Berbentuk bulat serta cembul (yang ni saya tak berapa faham) apabila di sentuh dan menonjol ke atas.
  • Mudah dikecutkan dalam masa 2 minggu berpantang dan kembali ke bentuk yang sempurna.
  • Kesilapan rawatan (tersilap bertungku atau berurut) mengakibatkan rahim ini tertolak naik sehingga ke ulu hati. Ia boleh mengakibatkan para ibu merasa sengkak serta sesak nafas. Jika di biarkan berterusan, mungkin boleh membawa maut.
  • Jika terlebih tolak ke bawah boleh mengakibatkan penghentian pengaliran darah nifas dan sukar untuk membuang air kecil atau mengeluarkan angin.

Jenis 2: Rahim Jantung

  • Berbentuk seperti jantung pisang dan memerlukan lebih ketelitian ketika merawatnya.
  • Kesilapan merawat (bertungku dan mengurut) rahim jenis ini boleh mengakibatkan rahim terkeluar dari pintu faraj. Contohnya Keluluran rahim (prolaps) ataupun merian terpatah atau terkehel. 

Jenis 3: Rahim Perca

  • Jenis ini mengembang tanpa sebarang bentuk dan memerlukan kemahiran untuk merawatnya.
  • Biasanya rahim jenis ini tidak boleh di asak dari ari-ari.
  • Bidan yang mahir akan 'mengumpul' perlahan-lahan seperti mengumpul minyak dan menguaknya ke tengah-tengah perut.
  • Minyak berubat biasanya di gunakan semasa proses mengurut bagi memecahkan angin di dalam rahim yang selama ini berkumpul dan berkembang bersama-sama.
  • Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai rahim jenis ini jika tidak di rawat dengan sempurna akan menghadapi masalah seperti perut memboyot walaupun selepas tamat tempoh pantang atau mungkin seumur hidup. 

Jenis 4: Rahim Buyong

  • Bentuknya antara rahim jantung dan rahim batu.
  • Rahim jenis ini mudah menakung air, menyebabkan rahim serta mulut rahim mengembang.
  • Ibu mudah mengalami masalah lelehan faraj.
  • Sekiranya tidak di rawat dengan sempurna, ibu akan mengeluarkan lebihan semasa berjimak, umpama keluar air kencing dan apabila hamil lagi mendapat masalah lelehan faraj.

Jenis 5: Rahim Besi

  • Berbentuk seperti rahim batu.
  • Memiliki rahim jenis ini mendatangkan kesakitan rengat atau senak semasa dalam pantang bersalin.
  • Rahim jenis ini juga mudah mendapat bentan urat dan sekiranya tidak di jaga rapi, boleh menjadi tumpah darah.

Sebagai tambahan saya nak 'recall' balik perkongsian bidan yang mengurut saya hari tu (3 tahun dah! Hihi).

  • Biasanya mereka yang memiliki rahim batu ni adalah masyarakat peribumi: seperti orang asli, wanita-wanita di Sabah dan Sarawak. Kata beliau sebab tu kita tengok mereka ni lepas 2 minggu je jadi sangat aktif buat kerja seperti berkebun dan memanjat bukit.

  • Mereka yang memiliki rahim jantung mudah lekat dan mudah gugur kalau tidak di jaga dengan betul.

  • Kebanyakan wanita memiliki rahim buyong. Rahim jenis ini jenisnya tak tetap mudah bergerak ke kiri dan ke kanan. Bila fikir balik mungkin sebab ni lah masa mengandung Aryan (tahun 2010) dulu perut lebih memberat ke kiri. Bila doktor nak scan pun mereka perasan perut senget sebelah. 

  • Memiliki rahim perca menandakan anda mudah 'lekat'. jadi amalkan langkah keselamatan ya jika mahu menjarakkan anak.

  • Rahim batu adalah bagi yang susah nak lekat setelah pelbagai usaha moden di buat dan di sahkan tiada masalah kesuburan. Kongsi bidan saya tu, kalau memiliki rahim jenis ini perlukan kesabaran yang tinggi untuk terus berikhtiar dengan mengurut pula.


Jadi itu la sedikit sebanyak tentang apa yang saya dah baca. Saya memang bukan pakar. Mengaku siap-siap ni. Jangan ada yang tanya saya mengenai urutan tradisional atau masalah rahim dan seangkatan dengannya. Saya memang tak tahu nak bagi jawapan.

Tapi saya kongsikan contact details bidan dan tukang urut yang pernah mengurut saya dan saya sangat selesa berurusan dengan mereka ni. Anda boleh tanya mereka direct tau.

1. Kak Ina (Kuala Lumpur)
Confinement Malay (Kak Ina)
*Inilah bidan yang memperkenalkan pada saya tentang ilmu rahim di atas
Boleh datang rumah
No phone: 0196665216
Email: inaurut68@gmail.com / bariahhamid@yahoo.com  

www.inaurut.blogspot.com

2. Ayue Ismail (Putrajaya, Lembah Klang dan Selangor)
*Tukang urut yang sangat komitedurut badan kita sampai puas hati. Saya mengurut dengan beliau 3 jam masa kali pertama jumpa untuk buang angin dalam badan dan selesaikan masalah Sciatic Nerve Vein (sakit tulang pinggul dan belakang)
Urut Warisan Putrajaya
FB: Urut Warisan Putrajaya 

3. Kak Roha (Taiping, Perak)
*Bidan yang menguruskan saya berpantang semasa kelahiran anak ke tiga. Sehingga kini dah 8 bulan saya masih mengurut dengan beliau.
Belajar ilmu saraf di Jepun
Membuka Pusat Penjagaan Berpantang Di Rumah
No phone: 017-5702443

Semoga bermanfaat!


Your Trusted SID 

ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help~


Artikel Menarik Untuk Di Baca:
1. 11 Tanda Hamil Yang Wanita Patut Tahu Dan Bersedia Awal
2. 11 Kategori Makanan Dan Minuman Penyebab Angin Dalam Badan Yang Ramai Orang Tak Sedar

You Might Also Like

3 respon

  1. Seriau je baca tang kalo salah urut tu. Adoii.. Sy 3x beranak semuanya kena rengat. Tp masa gugur (20w) xde plak rengatnya.

    Tq riza. Info yg sgt berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa gugur tu rahim tak membesar banyak sangat lagi

      Delete
  2. Assalamualaikum...saya Ada menyediakan perkhidmatan urutan untuk IBU2 bersalin/ berpantang area sentul Dan sekitar Kuala lumpur. Sebarang pertanyaan boleh call 013-2096836.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts