cara minum air kosong

[Infografik] Tips Minum Air Dalam Pantang Elak Perut Buncit

23:37

Cerita tentang pengambilan air ketika berpantang, saya teringatkan kisah seorang kawan. Beliau bertanyakan saya ada 'trick' tak nak minum air masa pantang sebab Mak beliau yang tolong pakaikan barut sepanjang tempoh itu.

Jadinya Si Mak ni tadi boleh perasan la kenapa perut anaknya macam tak surut-surut walaupun dah pakai bengkung. Kagum betul saya dengan Mak kawan saya ni.

Sejujurnya saya tak tahu la memang betul ke boleh nampak buncit tu, tapi saya kongsikan dengan beliau Tips Minum Air Dalam Pantang Elak Perut Buncit ni. 


5 Tips Mudah Minum Air Elak Perut Buncit


1. Sedikan 2 botol air kosong (1.5 liter setiap satu).

2. Sediakan gelas kosong. Sukat isipadu air setinggi 3 ruas jari.

3. Minum seteguk (agak satu ruas jari) kemudian telan air tersebut.

4. Ambil nafas, kemudian ulangi langkah 3 di atas sehingga air dalam gelas habis.

5. Ulang langkah 1-4 setiap 30-60 minit sehingga 2 botol air tersebut habis. Elakkan minum secara terus dari botol.



cara minum air ketika berpantang

Alhamdulillah lepas tu dia tak ada dah cerita lagi tentang isu minum air ni. Rasanya berkesan la tu kan. Kalau tak mesti beliau mengadu lagi mengenai masalah perut tu. HiHi.

Saya percaya amalan berpantang zaman dulu-dulu sangat menyekat pengambilan air. Tapi sejujurnya saya sangat tak bersetuju atas pelbagai sebab yang telah di buktikan dengan kajian moden.

Bidan-bidan yang mengurut saya pun kebanyakannya sudah buka minda menerima ilmu perbidanan moden. Pada pendapat mereka tak salah minum air kosong banyak ketika pantang, tetapi jangan minum banyak sekaligus. Itu yang menyebabkan perut buncit. 

Bak kata mereka,

"Minum sikit-sikit, tetapi kerapkan pengambilan".

Akibat Dari Kekurangan Air Dalam Badan Ketika Berpantang

1.  Dehidrasi mungkin akan berlaku bila air kurang dari badan, Ibu-ibu mudah pening, mudah pitam dan loya. Kalau ikut kepercayaan keluarga saya keturunan Banjar, lebih di kenali sebagai 'Mauk'. 

Saya pun tak boleh jelaskan panjang lebar tentang kepercayaan ini sebab kurang mahir. Tapi bila bertanya dan dengar simptom-simptom yang di ceritakan, ia lebih kepada kesan dehidrasi tersebut.

2. Sembelit memang kawan baik bagi ibu-ibu berpantang yang tidak cukup pengambilan air sepanjang tempoh itu. Paling ngeri bila sembelit yang teruk mengakibatkan buasir dan luka jahitan terkoyak.

Jom tengok kisah salah seorang kawan saya ni yang sembelit teruk masa berpantang anak pertama. Dia ni sampai serik tau nak menghadapi pantang anak kedua.

Tapi yang menariknya, sepanjang berpantang kali kedua tu beliau tak sembelit langsung. Agak-agaknya apa rahsia beliau ya?

Saksikan video ni, anda akan jumpa jawapannya.


 
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Saya sepanjang tempoh berpantang memang sangat jaga-jaga risau sembelit. Jadi memang tak berani kurang minum air. Jahitan tertetas dan nak jahit balik? Oh My! Ngeri ok.

Baca 7 Cara Cepat Pulihkan Luka Jahitan Bersalin Agar Tak Terbuka Dan Di Jahit Semula.

3. Penghasilan susu ibu yang cukup amat bergantung kepada kekerapan penyusuan dan pengambilan air harian. Ini kerana air amat membantu dalam penghasilan air susu yang banyak dan cukup.

Jadi mana nak datangnya air kalau anda sebagai Ibu tidak minum air yang cukup? Jangan salahkan susu tak ada ya kalau anda tidak minum air. 

Cuba minum sekurang-kurangnya 8 gelas air atau susu atau jus sehari mengikut Tips Minum Air Dalam Pantang di atas. Anda juga boleh ketahui 6 Tips Minum Air Mudah Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar.

4. Jangan anda tak tahu pengambilan air yang cukup, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat perlu untuk memastikan ibu-ibu mendapat zat yang cukup untuk penyembuhan luka dan pembaikpulihan tisu.

Selain itu, zat dan nutrien yang cukup menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi. Oleh itu, bayi anda akan mendapat zat yang cukup dan tidur yang lena. paling penting perkembangannya mengikut standard yang sepatutnya.

Selain dari mengambil air yang cukup, saya juga turut amalkan Set Berpantang atau Set Bersalin Shaklee bagi mecukupkan kekurang zat dari pemakan harian saya. Saya memilih set ini kerana ia selamat untuk penyusuan susu ibu.




Almaklumlah, ada sesetengah makanan je kita boleh makan sepanjang tempoh berpantang ni. Vitamin amat membantu memberikan tenaga dan mencukupkan lohong-lohong kosong nutrien yang tubuh saya perlukan. 

Memang ramai yang datang menziarah mengakui saya nampak cergas dan sihat tak seperti dalam pantang. Terutama minggu-minggu awal saya perlu kerap ke klinik untuk check jaundice bayi.

Saya perlu kuat dan sihat sebab saya berpantang sendiri tanpa ada orang tua di sisi. Dan saya ada 2 orang anak lagi yang memerlukan perhatian walaupun saya dalam pantang. Maka saya tidak mahu mengabaikan mereka.

Oleh itu, saya berharap agar anda juga mengamalkan yang terbaik untuk tubuh badan anda. Ingatlah keluarga anda amat memerlukan perhatian dari anda tidak kira dalam keadaan apa pun.

Jika anda senasib dengan saya perlu berpantang sendiri, saya amat sarankan anda untu mencuba set seperti yang saya amalkan tu. InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya. 

Cepat-cepat hubungi saya ya. Sebolehnya bersedia awal sebelum melahirkan lagi agar tubuh ada bersedia untuk ke fasa baru yang lebih mencabar. Dapatkan lebih penjimatan dengan mendaftar jadi ahli juga ya!


Your Trusted SID

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

Artikel Menarik Untuk Di Baca:

1. 4 Tips Memilih Vitamin C Yang Selamat Untuk Tubuh Badan
2. 4 Do's & Dont's Makanan Ketika Berpantang Untuk Ibu Pertama Kali Melahirkan

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts