Set Berpantang Shaklee

7 Cara Cepat Pulihkan Luka Jahitan Bersalin Agar Tak Terbuka Dan Di Jahit Semula

05:25

"Apa? Jahit semula?"

Itulah reaksi saya masa pertama kali mendengarnya dari seorang ibu yang sama-sama menunggu giliran untuk berjumpa doktor di Hospital Pakar Annur pada 2012.

Sakit ketika bersalin pun masih rasa, ini pula jahitan terbuka dan terpaksa di jahit semula. MEMANG NGERI!

Saya dengan jujurnya bertanya macam mana beliau tahu jahitan terbuka sebab kalau saya nak tengok atau belek-belek yang di bawah tu pun tak berani. Ngilu sangat rasanya. 

Cerita kenalan ni beliau sedar jahitan terbuka bila terasa sangat pedih ketika mencuci 'private part' tu dan rasa benangnya seakan tertetas! Ok, ini memang macam nak pengsan dengar.

Baru-baru ini ada saya baca perkongsian ilmu dari Dr Hana yang berkongsi 7 Cara Cepat Pulihkan Luka Jahitan Bersalin Agar Tak Terbuka Dan Di Jahit Semula di FB. 

7 Cara Cepat Pulihkan Luka Jahitan Bersalin Agar Tak Terbuka Dan Di Jahit Semula

Berikut adalah langkah mudah penjagaan luka episiotomi/luka jahitan di wall beliau:

episiotomi
Kawasan Episiotomi

1. Pastikan Hygiene Yang Terjaga

Bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas dan tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan dengan air bersih kepada luka, 'dap' dengan tisu bersih untuk keringkan TETAPI jangan 'rub' luka tersebut)

2. Keringkan Dengan Udara

Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka mengalami pengudaraan (ventilation) yang baik. 

Caranya dengan baring di bilik tertutup dan bukakan kaki menghadap kipas meja. Atau selalunya di galakkan untuk menggunakan pengering rambut dengan kepanasan sederhana. 

Pengalaman saya bersalin anak ketiga di Hospital Columbia saya berpeluang melakukan ini tetapi  menggunakan lampu Infra-red selama 10-15 minit. 

Menurut nurse yang bertugas, ia membantu darah nifas keluar dengan lancar, mengeringkan darah dengan cepat dan mempercepatkan baik pulih luka jahitan.

3. Sitz Bath

Iaitu rendaman air garam. Ambil segenggam garam kasar dan larutkan di dalam satu jag air panas. Kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15 minit.

pulihkan luka bersalin
Sitz Bath

4. Elakkan Sembelit

Minum banyak air dan makanan yang kaya dengan fiber. Sembelit adalah tidak bagus ketika berpantang kerana kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka.

Jom tengok bagaimana Puan Khadeeja yang sembelit teruk semasa berpantang anak pertama tetapi berjaya mengatasi rasa fobia beliau semasa berpantangkan anak ke dua. 

InsyaAllah beliau bakal melahirkan anak ketiga tak lama lagi. Tak serik ke? InsyaAllah dengan mengamalkan tip-tips yang di kongsikan dalam video ini anda berjaya mengharungi proses berpantang BEBAS SEMBELIT.

 
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


5. Cukupkan Nutrien Membantu Penyembuhan Luka

Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan nutrien penting untuk penyembuhan luka. Ketahui jumlah nutrisi yang betul semasa berpantang dapat membantu penyembuhan luka yang cepat dan elok.

6. Senaman Kegel

Senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis.

7. Elakkan Bau dan Cecair Bernanah

Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan. Jahitan tersebut mungkin sudah di jangkiti kuman dan sangat berbahaya jika di biarkan.

Mesti anda tertanya-tanya kan bagaimana jahitan ini boleh terbuka? Ada ke tidak cara yang boleh di praktikkan agar dapat mengurangkan risiko jahitan terbuka?

Mengikut pengalaman Dr Hana merawat pesakitnya, ada beberapa point yang boleh di simpulkan supaya jahitan luka bersalin sembuh elok. Berikut nasihat beliau:

1. Elakkan mencuci luka dengan DETTOL. Ada pesakit beliau yang mengalami luka tertetas selepas menggunakan cecair antiseptik ini. 

Ia mungkin tidak serasi atau tidak di larutkan dahulu sehingga menghakis benang jahitannya sebelum luka benar-benar bercantum.

2. Benang yang di gunakan adalah 'absorbable sutures' yang akan larut sendiri tanpa perlu di buka apabila luka sembuh. Proses penyembuhan ini mengambil masa selama 2-4 minggu. Jadi penggunaan sebarang bahan pencuci yang sembarangan tidak digalakkan.

Besar sungguh pengorbanan isteri melahirkan anak-anak syurga kan? Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan kesabaran puan-puan melahirkan dengan ganjaran berlipat kali ganda.

InsyaAllah.

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keizinan Dr Hana memberikan kebenaran kepada saya untuk berkongsi ilmu ini. Semoga doktor terus sukses dalam karier dan ilmu ini menjadi saham akhirat yang bermakna di sana nanti. Ameen.


Your Trusted SID 


SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!


Artikel Menarik Untuk Di Baca
1. 8 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin Yang Harus Anda Tahu
2. 4 Tips Sambut Kelahiran Bayi Bagi Ibu Bapa Muslim 

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts