Batu Karang

Sakit Di Kanan Perut: Appendiks Atau Batu Karang?

11:00

Pernah alami sakit yang teramat sangat dari belakang hingga ke bahagian kemaluan ketika nak kencing? Dan yang paling menakutkan, tiba-tiba anda perasan air kencing anda berwarna merah bercampur darah? 

Anda bergegas ke hospital, menunggu berjam-jam menahan sakit dan akhirnya doktor mengesahkan anda ada batu karang di dalam salur kencing anda.

Menakutkan tak? Bagi yang pernah alaminya, pasti anda sangat panik kan? Sakit Di  Kanan Perut: Appendiks Atau Batu Karang ni?

 
Sakit perut bahagian kanan
Orang Lelaki Memang Cenderung Menghidapi Batu Karang


Teringat perbincangan rakan pejabat tentangnya. Sambil menahan sakit anda masih terpaksa memandu ke hospital seorang diri. Tapi tahukah anda kenapa anda mengalaminya?

Apa Itu Batu Karang

Batu karang atau juga dikenali dengan nama renal lithiasis atau nephrolithiasis adalah garam halus dan keras yang terbentuk di dalam buah pinggang anda. Ia terbentuk daripada mineral dan acidic salts.







Batu karang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam salur kencing anda iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing anda. 

Kerapkali ia berlaku apabila garam atau kristal ini terbentuk akibat air kencing yang terlalu pekat atau concentrated sehingga membolehkan garam-garam ini melekat/ bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk kristal.

Macam Mana Rasanya Bila Kena Batu Karang?

Batu karang tidak akan mengakibatkan sebarang simptom sehinggalah ia mula bergerak di dalam buah pinggang anda atau ia melalui ureter - salur yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing. 

Apabila ia terjadi, anda mungkin akan mengalami gejala-gejala berikut :

  • Sakit yang teramat sangat di sebelah belakang dan tepi badan, di bawah tulang rusuk

  • Sakit yang merebak ke abdomen bawah dan di bahagian kemaluan

  • Sakit yang on off dan bertukar dari sangat sakit kepada kurang sakit

  • Sakit semasa kencing

  • Air kencing berwarna merah jambu, merah atau coklat

  • Air kencing yang tidak jernih dan berbau

  • Loya dan muntah

  • Kencing lebih kerap dari biasa

  • Jumlah air kencing yang sedikit

  • Demam dan menggigil jika berlaku jangkitan







Sakit akibat batu karang ini akan berubah - berubah tempat atau tahap kesakitan yang semakin kuat - apabila batu karang ini bergerak melalui salur kencing anda.

Bagaimana Batu Karang Terbentuk?

Batu karang terbentuk daripada garam-garam terlarut. Kalsium oksalat (calcium oxalate) merupakan jenis yang paling kerap ditemui di kalangan pesakit dan ia boleh hadir dalam bentuk terlarut atau dalam bentuk kristal.



Persoalan yang selalu ditanya adalah 

"Macam mana batu karang terbentuk?" 

Cukup mudah, batu karang terbentuk apabila berlaku ketidakseimbangan dalam elemen-elemen di bawah.


  • Air
  • Garam terlarut
  • Kidney stone inhibitor seperti citrate, Tamm-Horsfall protein dan nephrocalcin
  • Jumlah urin yang dihasilkan
  • Kadar pengeluaran urin

Apabila berlaku ketidakseimbangan bagi elemen-elemen di atas, kecenderungan untuk batu karang yang terhasil akan meningkat. 

Ia terhasil melalui proses dipanggil "nucleation" dan ia akan terus membesar selagi ketidakseimbangan ini dibetulkan.




Kredit : KidneyStoners.org
 


Jadi, mahukah anda merasai sakit yang sama sekali lagi? Anda yang pernah menghubungi saya untuk mendapatkan vitamin bagi mengurangkan kesakitan yang di alami. 

Kami mencadangkan pengambilan tiga jenis produk; B complex, Ostematrix dan Performance drink. Kenapa? Ikuti penjelasannya dalam next entry ya.

Tapi jika anda mahukan info segera, boleh sahaja hubungi kami. Anda boleh endapatkan tips-tips istimewa serta konsultasi yang lebih menyeluruh berkenaan batu karang yang HANYA kami kongsikan bersama pelanggan-pelanggan MYHealthVenture. 

Ingatlah, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.


Your Trusted SID 
Riza Afzan Asri 
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts