ESP

4 Tips Wajib Sambut Kelahiran Bayi Bagi Ibu Bapa Muslim

01:31

Menyambut kelahiran bayi memang mengujakan. Semakin hari semakin seronok. Tapi penuh debaran di dada. Kelengkapan dan keperluan bayi dah cukup, cuma menanti kelahiran si comel itu sahaja.

Betul ke anda dah sedia? Mari buat ulangkaji 4 Tips Wajib Sambut Kelahiran Bayi Bagi Ibu Bapa Muslim. Bagi orang Islam, kelahiran seorang bayi itu harus di sambut dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga ia membantu mengurangkan kegelisahan anda berdua. 


Tip #1 - Azan Dan Iqamat


Selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya biarlah dia mendengar kalimah Allah dahulu. Teringat pengalaman bersalinkan Aqif Hadif pada 2012 di Hospital Pakar Annur. 

Dalam bilik bersalin tu memang sudah di pasangkan ayat-ayat Al-Quran dan ketika mahu menyambut bayi pun semua staf berzikir bersama-sama. Saya yang meneran dan menanggung sakit ni pun 'terpujuk' dengan ayat-ayat Allah yang di dengar.

Sebaik sahaja bayi di lahirkan, ayah segeralah wuduk dan azankan terus bayi. Untuk kes saya, Suami saya datang tepat pada masanya sesudah Aqif dilahirkan dan di bersihkan oleh nurse.

Azankan bayi di telinga kanan dan iqamah di sebelah kiri ya. Lakukan untuk kedua-dua bayi sama ada lelaki ataupun  perempuan.

Tip #2 - Tahnik


Tahnik dilakukan bagi tujuan 'membuka' mulut bayi yang baru dilahirkan dengan sedikit madu/tamar. 

Tamar/Kurma -Pilihlah tamar yang lembut. Lalukan sari tamar yang sudah ni kunyah sedikit pada lelangi bayi. Sedikit sudah memadai.

Madu - calit sikit di jari, kemudian lalukan di lelangit bayi baru lahir.

Selain untuk anak, kurma juga baik untuk ibu mengandung tau. Kandungan gula yang rendah membantu mengurangkan risiko gula dalam darah menjadi tinggi ketika mengandung. Gula yang tinggi dalam darah ketika mengandung mengakibatkan bayi anda menjadi besar.

Sepanjang mengandungkan dulu, saya memang suka makan kurma sebagai snek ketika lapar sementara menunggu waktu makan utama. Kurma bertangkai Safia dari Yusof Taiyob memang pilihan saya sebab strukturnya sedikit kering dan kurang manis.

Selain itu saya juga mengamalkan ESP yang ada dalam Set Hamil Shaklee untuk membantu mengurangkan rasa pedih perut dan mengelakkan masuk angin. 


vitamin mengandung
Vitamin Semulajadi Pilihan Ibu Moden


Sebabnya kalau dah masuk angin, sebarang makanan pun saya dah tak boleh telan tau. Orang sakit gastrik macam saya memang mudah masuk angin kalau terlewat makan.

Ada kawan saya pun turut merasai keberkesanan set ini. Beliau rasa sangat bertenaga, boleh travel sana-sini malah boleh panjat berpuluh-puluh anak tangga di Candi Borobudur. Boleh tengok video di bawah kalau tak percaya.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Panjang pulak cerita pasal kurma ni. Ok, jom masuk ke tip seterusnya.

Tip #3 - Memberikan Nama Yang Baik


Bapa bertanggungjawab memberikan nama yang baik-baik kepada anak. Ini kerana dengan nama itulah mereka akan di panggil pada hari akhirat nanti.

Sebelum 'finalize' nama ketiga-tiga orang A.H kami, mendapat kami mendapatkan khidmat nasihat seorang ustaz yang rapat dengan keluarga. Risau juga dengan nama-nama arab ni. Kadangkala sebutannya sedap, tapi maknanya berbeza.

Rasulullah pernah menukar nama para sahabat yang mempunyai maksud tidak baik pada zaman baginda.

Boleh lihat Himpunan Nama-nama Indah Dalam Islam untuk idea mencari nama bayi anda.

Tip #4 - Melakukan Aqiqah 


Sekiranya mampu, Aqiqah boleh dilakukan pada hari ke 7 kelahiran. Ia merupakan satu budaya Islam yang unik sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah.

Tapi anak-anak saya memang tak pernah dapat buat pada hari ke 7. Kami lakukan selalunya selepas saya tamat tempoh berpantang. Terkini masa Ainur Hanani, kami sibuk ulang-alik ke klinik untuk check-up jaundice. Hari ke 54 baru hilang kuningnya.

Itu la sedikit sebanyak perkongsian saya kali ini. Selamat mempraktikkan 4 tips ini ya. Saya doakan urusan kelahiran bayi anda di permudahkan. Dia menjadi saham anda ke syurga di akhirat kelak. Ameen

Selain in, para bapa juga boleh praktis buat air selusuh sendiri dari Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don. Doa suami lebih mustajab. InsyaAllah.

Last but not least, jika mahu cergas dan bertenaga ketika mengandung seperti kawan saya dalam video tu, hubungi saya cepat-cepat untuk dapatkan set yang beliau amalkan. Bulan ni boleh dapat 5% diskaun tau kalau beli. Jangan tunggu lagi.

Rujukan: Buku Ibu Dibelai Anak Dibuai

Artikel Menarik Untuk Di Baca: 
1. Jadi Ahli Shaklee Percuma Sebotol Vitalea Multivitamin Tertua Di Dunia 
2. Hilangkan Ruam Pada Kulit Bayi Dengan Cepat Dan Selamat 


Your Trusted SID 

Riza Afzan Asri 

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia





~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

1 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts