Anak picky eater

Anak Memang Jadi Lebih Bijak Bila Bermain Dengan Makanan?

11:00

Pernah tak anda merasakan bahawa masa makan bersama anak adalah waktu yang tersangat menguji kesabaran? Kita dudukkan dia di kerusi dan berikan makanan yang telah di sediakan.

Belum sempat kita menyuap makanan, anak tadi dah mula menaburkan nasi di lantai, kemudian sengaja meletakkan sayur di atas meja dan mengutipnya semula lalu di bawa ke mulut, membaling sudu, menuang secawan air ke dalam pinggang dan bermacam-macam lagi.

Ini sangat menguji kesabaran bukan? Kita sangat mahukan mereka makan elok-elok, tetapi makanan yang bersepah-sepah dan 'bukan-bukan' itu tadi yang mereka kutip semula dan makan dengan penuh berselera. Apa yang kita masak ni tak sedap ke?

Ketahuilah para ibubapa sekalian, dari hasil kajian yang di lakukan di Universiti of Iowa, Anak Memang Jadi Lebih Bijak Bila Bermain Dengan Makanan memang benar! 

main ketika makan
S.M.A.R.T


Ini kerana menurut kajian tersebut mereka mengacah makan, membuat kotoran dan bermain dengan setiap unsur makanan di dalam pinggan adalah satu proses pembelajaran bagi mereka. 

Segala 'kekacauan' yang mereka timbulkan pada masa itu membuatkan mereka tertanya-tanya mengenai teori graviti (menjatuhkan sudu ke lantai) seperti Little Einstein lagaknya.

Selain itu mungkin mereka membayangkan diri mereka seperti Van Gogh, seorang yang amat cintakan seni yang 'melukis' diri mereka dengan kentang putar dan memasukkan yogurt ke dalam telinga!

Tambah penyelidik ini lagi, anak-anak yang kotor akibat bermain dengan makanan ketika makan dan duduk di kerusi makan mereka menjadi lebih bijak dalam mempelajari sesetengah perkataan dan mungkin jadi cepat belajar di kemudian hari.

Kredit: Majalah BabyTalk. Januari 2014. Babytalk.my

Bukan itu sahaja, hasil penulisan dari Sarah Remmer bertajuk 'Can Kids Become Smarter By Playing With Their Food' juga turut membincangkan mengenai kajian ini.  

Dalam artikel beliau di kongsikan bahawa anak-anak yang makan di kerusi mereka dan bermain dengan makanan ketika tempoh itu mampu mengenal pasti makanan tidak pejal (non solid food) yang tidak mampu di kenalpasti oleh kanak-kanak biasa.

Makanan tidak pejal agak sukar untuk di kenalpasti kerana tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti makanan pejal (solid food).

Sesungguhnya kajian ini bukan sahaja memberitahu tentang pengaruh aktiviti harian mereka, tetapi cara makan mereka juga menceritakan tentang bagaimana mereka boleh mengenalpasti apa yang mereka makan setiap hari.

Oleh itu sebagai Ibubapa, mulai hari ini kita perlu memujuk hati kita supaya bersabar dan bertenang dengan sikap anak kita semasa makan. Kena selalu ingatkan diri bahawa " mereka senang belajar untuk jadi pandai". Seperti yang kita selalu doa untuk memperoleh anak yang cerdik pandai kan? 

Ya Allah, bantulah tingkatkan kesabaran kami di dalam mendidik anak-anak kami. Ameen.


Your Trusted SID 
 
ID 868991

Riza Afzan Asri 

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia
 
Artikel Menarik Untuk Di Baca:

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts