checklist

7 Checklist Pilih Multivitamin Terbaik Untuk Dipertimbangkan Sebelum Beli Agar Tak Rugi

04:04

Di kedai farmasi anda ke rak makanan tambahan. Bersusun botol pelbagai jenis keluaran syarikat di depan mata. Tapi lama-lama jadi berpinar dan berserabut sebab macam banyak sangat tulisan pada label.

Bukan tu sahaja, belum lagi istilah-istilah yang memang tak faham pun nak di cerna. Harga satu hal pulak. Tertekan punya pasal, tak jadi lah beli. Terus keluar kedai.

Anda pernah mengalami situasi serupa? Mari saya bantu anda dengan 7 Checklist Pilih Multivitamin Terbaik Untuk Dipertimbangkan Sebelum Beli Agar Tak Rugi supaya anda mendapat khasiat - khasiat optimum setanding wang yang anda keluarkan.


vitalea shaklee

1. Jangan pedulikan nama-nama keluaran yang berlebih-lebihan

Istilah yang berlebih-lebihan seperti "lebih kekuatan tambahan" atau "meganutrition power" di gunakan untuk melariskan keluaran dan ia biasanya hanya merupakan omong kosong sahaja. Biarkan nama-nama demikian tetapi sebaliknya kaji labelnya.

2. Perhatikan amaun nutriennya

Sesetengah syarikat akan menyenaraikan sumber tertentu, umpamanya hati desikat, tetapi tidak pula membekalkan kandungan nutriennya. Bagaimana anda boleh memilih dengan bijak jika anda tidak tahu apa yang anda peroleh?

3. Pastikan amaunnya tersenarai menurut USRDA

MDR adalah lebih rendah berbanding USRDA. MDR telah di berhentikan pada tahun 1973, tetapi sesetengan syarikat pengeluar masih menggunakannya sebab ia menjadikan keluaran berkenaan kelihatan amat kuat pada hal hakikatnya tidak begitu.

4. Menentukan kesemua 19 nutrien dengan kepastian USRDA tersenarai pada label

 

Jika sesuatu keluaran tidak mengandungi amaun secukupnya bagi 19 nutrien, selalunya si pengeluar tidak akan memasukkan nutrien-nutrien ini ke dalam labelnya.

Sebagai contoh, jika multivitamin tertentu tidak mengandungi zinkk, angka kosong tidak di siarkan (tidak baik untuk penjualan) dan sebaliknya si pengeluar akan menanggalkan zink pada labelnya.

Anda boleh pastikan kesemua 19 nutrien yang di bekal dengan mengira bilangan nutrien yang di senaraikan mengikut garis panduan USRDA.

Nota: Terkini terdapat 28 jenis vitamin dan mineral yang terdapat dalam Multivamin Vitalea Shaklee

5. Pastikan peratusan USRDA tepat di beri, bukan sekadar amaun nutrien sahaja

Hanya sebilangan pengguna yang mengingati amaun USRDA bagi kesemua 19 nutrien. 

Label-label harus memberitahu para pengguna mengenai peratusan setiap nutrien yang di bekalkan dalam makanan tambahan berkenaan.

Ini membolehkan pembeli yang bijak supaya anda boleh:
  • membandingkan amaun yang di bekalkan oleh syarikat pengeluaran yang bersaingan
  • menentukan sama ada makanan tambahan berkenaan membekalkan nutrien-nutrien dalam nisbah yang betul 

28 Jenis Vitamin Dan Mineral Di Dalam Vitalea

6. Jangan terpedaya dengan label-label yang diperbesar-besarkan

Sesetengah label menyenaraikan sebilangan nutrien yang tidak terkandung dalam garis panduan USRDA. 

Meskipun tiada kesalahan mengenai hal ini, tetapi jangan pula anda terpedaya dan memikirkan nutrien-nutrien tambahan ini lebih kuat atau lebih lengkap.

7. Menghalusi setiap risalah yang mengiringi keluaran berkenaan

Kadangkala tiada ruang pada label untuk memberi segala maklumat yang perlu. Risalah yang di sertakan boleh menjelaskan label berkenaan.

Mahukan sebotol multivitamin PERCUMA?


Hubungi saya ya!


Your Trusted SID 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!


You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts