Family

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Paling Mudah Nak Masak

11:49

Assalamualaikum

Semalam saja-saja share gambar sotong goreng tepung rangup homemade di group whatsapp. Sejak berpindah dari Bangi ni amat rindukan sotong goreng tepung di Ana Ikan Bakar Petai tak pun di Bagan Lalang. 

Dua-dua ni port best makan sotong goreng tepung sebab sini je yang sotongnya tak macam cucur. Tak sangka pula sahabat-sahabat di group terliur sampai ada yang minta resepi. 

sotong goreng tepung mudah


Berikut saya kongsikan Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Paling Mudah Nak Masak.

Bahan-bahan:


Bahan A 

1 kg sotong - di bersihkan dan di potong bulat

Bahan B

1 biji telur (whole egg)  - dipukul biasa guna garfu
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Garam halus - secukup rasa
Serbuk kunyit - kalau suka

Bahan C

3 -5 cawan tepung gandum
1 susu besar baking powder
2 sudu besar tepung jagung (optinal - kalau guna serbuk kunyit, tak nak letak pun takpe)

Note: Gaul sebati biar ketiga-tiga bahan ini bercampur sekata.

Cara-caranya:


1. Campurkan sotong (Bahan A) ke dalam campuran Bahan B. Gaul sebati. Dan biarkan seketika (dalam 5-15 minit) untuk mesrakan bahan-bahan dan keluarkan sebanyak mungkin air dari sotong.

2. Selepas itu asingkan sotong dari bekas asal dan masukkan ke bekas baru. Buang air sotong dari bekas asal. Langkah ini penting untuk mengurangkan sikit kelembapan yang boleh mengakibatkan sotong meletup ketika di goreng nanti.

3. Panaskan minyak secukupnya (deep fried). Anda boleh menggunakan periuk atau kuali yang dasarnya dalam supaya bila di masukkan nanti, sotong masak dengan sekata pada suhu yang sama. 

Dan yang paling best, anda boleh kurangkan risiko sotong meletup kerana kurang di balik-balikkan.

4. Masukkan segenggam sotong ke dalam bekas yang ada Bahan C. Pastikan anda salut tepung sepenuhnya pada kesemua sotong tadi. 

Biar nampak lebih putih pun tak mengapa, sebab salutan yang sebegini menghasilkan lebih kerak (kerangupan) dan mengurangkan luas permukaan basah (isi sotong tanpa salutan) yang mengakibatkan sotong mudah meletup.

Goreng sehingga sedikit kekuningan dalam 5-8 minit (perhatikan perubahan warnanya). Jangan lama sangat sebab sotong akan jadi liat bila terdedah lama pada suhu tinggi.

5. Angkat dan toskan pada tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. Boleh teruskan menggoreng dengan mengulang step 4 di atas. 

Jika anda dapati Bahan C telah berkurangan, boleh tambah lagi ya. 

Mudah sahaja bukan? 

Kat rumah ni kalau masak sekilo sotong memang sekali hadap. Sambil masak sambil ratah. LOL!

Makan dengan juadah tengahari seperti ikan stim memang boleh feeling habis. Boleh dapatkan Resepi Ikan Stim Siam Paling Mudah Senang Di Cuba Sedap Rasanya kegemaran kami sekeluarga.

Dan paling baru, saya cuba makan dengan campuran salad, timun, tomato, sos cili serta mayonis di balut dengan roti tortilla. 

Ya Allah, memang heaven. Anda cubalah. Tak ada lah kena makan dengan nasi je. Anak-anak pun suka sebab boleh balut sendiri tortilla mereka.

Ok lah. Setakat ini sahaja perkongsian resepi kali ini.

Nak pergi masak asam pedas rebus ikan kembung untuk makan tengahari. 

Jumpa lagi nanti.

Selamat mencuba.


Your Trusted SID 

Riza Afzan Asri 

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

1 respon

  1. Thanks share resipi ni. Dok cari cara buat sotong tepung guna tepung gandum je sbb tepung lain takde kat rumah. Jap lagi nak try...:)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts