11 Kategori Makanan dan Minuman Penyebab Angin Dalam Badan Yang Ramai Orang Tak Sedar
10:30Angin terbentuk dari bahan yang dimakan. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap makanan yang diambil.
Maka anda harus perhatikan makanan apakah yang buatkan badan anda rasa panas/ tidak selesa/ sebu dan tanda-tanda lain yang menyerang jika anda ‘salah makan’. Ramai yang tak sedar tentang kewwujudan angin dalam sesetengah makanan ini.
Jadi saya dengan besar hati berkongsi 11 Kategori Makanan Dan Minuman Penyebab Angin Dalam Badan adalah seperti berikut:
1. Sayur: yang berair di dalamnya seperti mentimun, petola, terung. Segala jenis sayur kacang- kacang panjang, buncis, taugeh, soya
![]() | |
Kredit: Google Image - Ratah Timun Jepun Lagi Enak |
2. Buah: Cempedak, nangka, petai, jering
![]() |
Kredit: Google Image - Cempedak Goreng Memang Mengancam! |
3. Minuman: Berkafein seperti kopi, teh, air soda
![]() |
Kredit: Google Image - Secawan Hatiku Buatmu |
4. Makanan yang diproses berkali-kali sebelum di makan seperti bihun goreng, mee goreng, kuey tiau goreng, laksa
![]() |
Kredit: Google Image - Laksa Utara Menjilat Mangkuk |
5. Makanan bersantan - kebanyakan menyerang orang sakit gastrik seperti nasi lemak, nasi dagang, pulut dikukus dgn santan
![]() |
Kredit: Google Image - Ada Yang Mengidam Nasi Lemak Daun Pisang? |
Selain dari itu, makanan yang kaya dengan gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan juga turut menyumbang kepada pembentukan angin.
6. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.
![]() |
Kredit: Googel Image - Asparagus Pujaan Hatiku |
7. Laktos: sejenis gula semulajadi (disakarida) yang terdapat dalam produk tenusu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
![]() |
Kredit: Google Image |
8. Fruktos: sejenis ‘gula buah’ terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
![]() |
Kredit: Google Image - Say Good Bye! |
9. Sorbitol: di dapati secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.
![]() |
Kredit: Google Images - I Love Fruits |
10.Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.
![]() |
Kredit: Google Image |
BERITA BAIK: Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
11.Seserat (soluble-fiber): mudah larut dalam air kemudia bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus.Boleh di jumpai dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.
Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan.
Manakala seserat tidak larut (insoluble-fiber) melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin. Maka orang yang banyak angin dalam badan di saran lebih banyak mengambil serat dari jenis ini.
![]() |
Kredit: Nak Pilih Mana Satu? |
Angin dalam badan bukan masalah ringan dan tidak boleh di biarkan. Lama kelamaan ia mampu mengganggu urusan seharian seperti Masalah Angin Dalam Badan Terlalu Banyak Sampai Susah Nak Solat Sebab Mudah Terkentut. Memang susah kan? Silap hari bulan memang boleh menangis sebab tak keluar-keluar dari bilik air.
Itu merupakan salah satu contoh sahaja. Mungkin ada kesukaran lain juga yang di akibatkan oleh masalah angin dalam badan ni. Sesiapa yang ada masalah begini, cepat-cepat la cari penawarnya.
Kalau anda ada cara nak kongsi tips kurangkan angin dalam badan, jangan malu-malu tinggalkan cadangan di ruang komen ya!
Semoga ia memberi manfaat buat kita semua.
Terima kasih daun keladi.
Kredit:
1. Utusan malaysia - Masalah Angin Dalam Perut
2. FB - Urut Warisan Putrajaya
2 respon
Ini mah gak usah makan apa2 jadinya :(
ReplyDeleteSemua tak boleh makan macam mana?hari-masak bubur letak garam la.. 😥😥😥
ReplyDeleteTinggalkan Komen Anda Di Sini