Anak picky eater

Resepi Ikan Stim Siam Paling Mudah Senang Di Cuba Sedap Rasanya

07:42

Assalamualaikum

Memandangkan hari ini hujung minggu, saya nak kongsikan resepi yang paling mudah tapi nampak mewah. Saya suka masak resepi ni bila anak-anak 'menuntut lebih perhatian'.

Resepi ni sangat simple. Sediakan bahan. Masukkan semua sekali di dalam bekas. Lepas tu boleh tinggalkan sementara ia masak sambil layan anak-anak.

Berikut Resepi Ikan Stim Paling Mudah Senang Di Cuba Sedap Rasanya dengan menggunakan perencah Sup Siam Adabi saya kongsikan untuk anda. Cubalah, mesti anak-anak menghirup mangkuk nanti. 

resepi ikan kukus


Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerisi/kerapu/siakap/merah (saya suka ikan besar banyak isi bagi anak-anak makan dan nampak tulangnya)
1 biji bawang besar - potong 6
1 inci halia - di hiring nipis
10 ulas bawang putih - di potong dua
2 batang serai di hiris menyerong
1 keping asam keping
1 paket perencah Sup Siam Adabi
Air untuk kuah 
Sedikit garam

Tambahan: Sediakan periuk pengukus yang telah di letakkan air pada bahagian bawah periuk. Pasang api sederhana untuk menghasilkan stim kukusan.

Cara Memasak:

1. Masukkan ikan ke dalam bekas kaserol atau loyang.
2. Satukan semua bahan ke dalam bekas kaserol atau loyang tersebut. Anda boleh menanbahkan sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak merah jika mahu. 
3. Masukkan ikan ke dalam periuk mengukus bahagian atas (yang ada lubang tu). Tutup dengan penutup yang dikhaskan agar wap tidak hilang. Wap ini penting untuk proses memasakan ikan tersebut.
4. Stim/kukus ikan selama 15-20 minit. Mata ikan yang bertukar menjadi warna putih menandakan ikan sudah masak. Boleh tambahkan masa jika perlu.

Taaaadaaa... Siap makanan tengahari sambil anda sedang melayan anak-anak. Mudahkan resepi ni?

Selamat mencuba.


Your Trusted SID 

Riza Afzan Asri 

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts