Anak picky eater

Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater Ala Masterchef

10:00

Cepat betul masa berlalu. Semenjak si comel dilahirkan 5 bulan lalu, anda memberikan makanan terbaik kepadanya secara "exclusive breastfeeding". Dan sebulan lagi, anda sudah boleh mula berikan makanan pejal buat si manja. Mesti tak sabar, kan?


Buat yang berpengalaman, sudah tentu ibu-ibu melalui fasa anak-anak menjadi picky eater. Percayalah, memang anda garu kepala punya melayan kerenah mereka sepanjang tempoh ini. 

Jadi para ibu sekalian, jom saya kongsikan tips dari pengalaman saya sendiri tentang Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater Ala Masterchef. Semua ini saya lakukan demi anak-anak syurga yang saya sayangi iaitu Aryan Haziq dan Aqif Hadif.




Anak picky eater, Mealshake Shaklee
Anak-anak Yang Suka Menikmati Sup




PERSEDIAAN AWAL

Adakah anda ada checklist macam di bawah? Macam saya dulu, beberapa minggu sebelum menyambut hari lahir anak yang ke 6 bulan:
  • mangkuk-sudu-bib dan alatan pemproses makanan bayi sudah dibeli
  • resepi untuk makanan tersebut sudah di survey
  • buku penyediaan makanan yang sesuai untuk si manja dah dibeli dan dikhatam dah pun
Ada persamaan tak?


INVENTION TEST ALA MASTERCHEF BERMULA

Dari umur 6 bulan sehingga setahun, semuanya mudah. Sap Sap Sui!!! Tempoh 6 bulan yang amat menyeronokkan bagi saya dan anak-anak. Mana taknya, mereka amat menyukai bubur nasi yang saya masak setiap hari dan tiada masalah langsung menikmati sumber protein dan sayur-sayuran yang saya masukkan ke dalamnya. 

Bila
 blend atau lenyekkan saja, mereka makan dengan penuh berselera. Macam Gary juri Masterchef Australia apabila diberikan makanan yang sedap dan berlemak. He He


APABILA ANAK-ANAK DAH BERTUKAR SEPERTI CHEF GORDON RAMSAY

Cabaran pertama bermula di usia mereka setahun. Macam pakatan pula adik beradik ni. Anak-anak ini mula jadi picky eater secerewet Gordon Ramsay sehingga mula jadi kurus dan mudah jatuh sakit. 

Jika dahulu mereka amat gemarkan bubur ayam di campur brokoli, ikan di campur lobak merah, daging di campur sawi diselang seli setiap tiga hari - tetapi apabila berumur setahun semua itu mereka tolak tepi.


Kalau dengan Aqif, dia akan jawab "Amau" (tak mahu) sambil peluk tubuh dan mulut yang muncung sedepa. Bukan main lagi mereka kan!


Wah! Wah! Wah!  Memang masa tu rasa sangat tercabar la kan disebabkan sebelum ni anak-anak boleh makan sampai tak cukup, tapi kali ni mereka makan sesuap pun dah cukup. Kecik hati sungguh rasa. Siap cakap-cakap lagi dengan mereka "Ibu masak tak sedap dah ke? Sensitif betul Ibu masa ni tau. Hu Hu..

Mengurus Anak Yang Cerewet Memang Menuntut Kesabaran

ANAK-ANAK JEMU?


"Mungkin mereka dah jemu kot" komen suami saya.

Dalam hati saya mengiyakan juga. Ye la kan, asyik makan benda yang sama bubur-nasi lenyek-bubur-nasi lenyek. Budak-budak pun pandai demand hokey! HaHa. Itu la, kan selalu berdoa nak anak cerdik kan? So kena berlapang dada terima la ye. 


Itu baru satu pening bab menu makanan. Memang jenuh jugak la studi buka buku dan tanya kawan-kawan yang mempunyai anak-anak seusia yang seusia untuk pastikan 'kenormalan' perangai anak sendiri masa tu.


TABLE MANNERS FOR KIDS



Bab kedua dengan makanan adalah melatih mereka makan di meja dengan cara duduk baik-baik atas 'baby chair'. Bagi saya dan suami, cara makan begini penting sebab kami mahu melatih anak-anak konsep makan berjemaah dalam keluarga. 

Alhamdulillah anak-anak mudah faham. Sebelum makan mereka akan menjemput semua orang dalam rumah untuk makan. Mereka akan makan bila semua orang sudah ada di meja makan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya bukan?


Tambahan pula kami selalu travel dan menghadiri program jadi amat penting untuk biasakan anak-anak dengan cara makan begini. Biar mereka faham "Oh begini rupanya orang dewasa menikmati makanan." Makanan bersepah-sepah tu kira bab lain. 
"BAGI JE BUDAK-BUDAK NI NAK MAKAN APA PUN. MEREKA KAN BUDAK LAGI"
Pernah tak para ibu dengar dialog seperti diatas ni? Kami suami isteri dah nekad, it's a "No,No,No!!!!" (sila sebut macam Talking Tom cakap ye).

Jadi cabaran ketiga adalah memperkenalkan zat makanan seperti yang dicadangkan oleh piramid makanan kepada anak-anak. 




TAHUKAH ANDA?
 Satu kajian penyelidik UKM tahun 2007/2008 terhadap kanak-kanak sekolah rendah menunjukkan hanya 28.5 peratus makan secara seimbang.


Rendahnya! Padan lah ramai kanak-kanak sekarang mudah jatuh sakit. Kesedaran dan pendedahan untuk makan secara seimbang masih kurang di kalangan kita. Sebagai ibubapa kita kah penyebabnya anak-anak jadi tak cukup zat?


Ibubapa mana yang tega membiarkan anak selalu jatuh sakit kan. Kita seboleh-bolehnya cuba memberikan mereka yang terbaik dan menyediakan bekalan yang secukupnya kepada anak-anak. 

Tetapi apabila di fikirkan, ada logiknya fakta ini. Anak-anak saya sendiri amat susah untuk di ajak makan dan automatik menjadi
 'picky-eater' pada usia setahun. Malah mereka pula yang mengarahkan kepada kita apa-yang-mereka-mahu-makan berbanding kita yang mengaturkan kepada mereka apa-yang-mereka-perlu-makan. 

Siapa yang dah mumayiz sekarang ni? Kita atau anak kita yang lebih tahu apa yang baik atau buruk? Jadi siapa yang layak membuat keputusan? Fikir-fikirkan.


Kenalan saya pula bercerita anak beliau hanya mahu makan nasi berlaukan telur setiap hari dan setiap waktu makan!  Memang sah la kan anak sering tak sihat. Tambahan pula bila dah masuk sekolah atau ke taska jangkitan penyakit itu menjadi lebih mudah.


Sama jugak dengan pengalaman yang terjadi pada ibu-ibu dalam video ini menghadapi anak-anak yang makan nasi pun berlauk keropok sahaja! Nak tahu macam mana mereka mengatasinya? 


Play video dan tengok sampai habis tau. Jangan mengelat kalau anda mahu tahu. Kalau ibu-ibu suka perkongsian mereka jangan lupa klik LIKE ok? Sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka yang sudi berkongsi pengalaman.




Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Kalau fikir betul-betul memang ikut celah mana nak cukup nutrien kan? Makan nasi dengan keropok je? Setiap hari dan setiap masa? Nak makan ikan atau ayam pun susah, sudah semestinya sangat mencabar bila menyuruh anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan juga. Sampai kurus kering jadinya.

Memang la mudah mereka jatuh sakit sebab zat kurang dan imuniti badan dah tak kuat. Analoginya askar-askar dalam badan sangat lemah sebab tak cukup makanan berkhasiat dan perisai nak melawan kuman-kuman yang menyerang.

INVENTION TEST ALA MASTERCHEF

Hasil eksperimen tersebut baru saya mengetahui yang anak-anak saya begitu gemarkan brokoli, lobak merah, kentang, timun jepun - malah sebahagian darinya mereka suka makan begitu sahaja, mentah tanpa perlu masak dahulu. 

Dari pengalaman saya, hasil 'troubleshoot' dari anak sulung yang sekarang sudah berusia 4 tahun dan si adik 2 tahun untuk memenuhi keperluan nutrisi yang mengikut cadangan piramid makanan, pelbagai jenis sayur-sayuran saya perlu buat eksperimen dahulu. 

Jadi sebagai ibubapa jangan mudah menyerah kalah dan cepat putus asa ok? Jangan berhenti mencuba. Kita Ibubapa sudah semestinya lagi bijak dari anak-anak kita. Syaratnya jiwa mesti kental dan nekad. We can do it!



Keperluan Makanan Harian Anak-anak


Manakala bahagian protein seperti ayam, daging, ikan, udang, sotong memang anak-anak saya tak terlalu memilih. Janji ada. Tetapi selalunya saya lebih suka bertanya kepada mereka esok mereka mahu makan ayam atau ikan? Sotong atau daging? 

Saya dapati dengan cara melibatkan mereka saya nampak mereka lebih teruja mahu makan keesokkan harinya. Siap bertanya "Ibu, bila nak masak ni? Aryan lapar la". Lebih rasa bermotivasi nak masak bila anak-anak bertanya tau. Serius!


Begitu juga dengan buah-buahan. Masam, manis, berbiji atau tidak kebanyakkannya mereka layan. Cuma dari sumber karbohidrat, si abang lebih gemarkan mee, bihun dan kueyteow berbanding nasi. 


Dari invention test ini menunjukkan minat dan cara makan setiap anak itu tidak sama. Jangan kita pukul rata kesemua anak-anak kita sama. Sebagai contoh kita abaikan anak yang kurang gemar makan ayam dan terus-menerus menumpukan perhatian pada yang suka. Kita kena pandai menvariasikan makanan. Kena rajin!


Secara logiknya, sudah semestinya mereka tidak akan makan jika merek tidak berminat untuk makan. Jadi kita perlu jadi extra rajin untuk bongkar minat anak ini untuk kebaikan dan pertumbuhan yang optimum. 


Jika mereka tak makan, dari mana mereka memperoleh tenaga? Tanpa tenaga mereka tidak akan aktif, lemah dan malas berfikir. Mahu ke kita tengok anak kita begitu dan membantutkan potensi mereka? Mestilah tak mahu kan. 





TAHUKAH ANDA?


BERAPA KALORI YANG ANAK-ANAK KITA PERLUKAN SEHARI?
Dari hasil pembacaan saya, 
Kanak-kanak 2-3 tahun - 1000 kalori sehari
Kanak-kanak 4-8 tahun - 1200 kalori sehari




Kalori?


  • adalah unit yang di gunakan untuk mengukur tenaga
  • peningkatan keperluan tenaga seiring dengan pertambahan usia kanak-kanak


Pening juga ye jadi ibubapa ni. Boleh buntu dibuatnya setiap kali tiba waktu makan bagi memastikan anak-anak mendapat keperluan kalori mengikut sukatan yang betul menepati keperluan umur mereka. 

Itu belum terpaksa pejam mata terpaksa masak makanan sejuk beku semasa hari bekerja disebabkan hambatan waktu. Bersalah sungguh rasanya bagi anak-anak makan makanan yang kurang khasiat. Masa tu tak tahu nak rasa apa tapi pujuk-pujuk diri " Tidak mengapalah, sekali sekala je".


Tapi masih rasa tak boleh nak menipu diri dan rasa lega lepas pujuk-pujuk tu. Akhirnya saya jumpa tips rahsia yang saya yakin bukan semua orang tahu ni. Memang bersyukur sangat-sangat ia banyak membantu saya menjadi lebih kreatif berhadapan dengan kerenah selera anak-anak.


Anda berminat nak tahu apakah tips rahsia tersebut? Baca episod seterusnya di mana saya mendedahkan
 13 Tips Mengatasi Anak Picky Eater Yang Cerewet Seperti Gordon  Ramsay


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Semestinya dengan konsultasi PERCUMA. Ketahui juga cara mahu mendapatkan pos dan keahlian PERCUMA.

Hubungi saya

Your Trusted SID 
Riza Afzan Asri 
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts