21 Tips Sukses Menyusu Ibu Bekerjaya

14 Tips Penyusuan Susu Ibu: Peranan Suami Supaya Susu ibu Melimpah Ruah Stok Penuh Peti Ais

10:30

Suami anda macam tak tahu apa-apa tentang penyusuan susu ibu atau breastbeeding? Dan anda betul-betul nak dia sokong anda untuk berjaya "exclusive breastfeeding" bayi comel anda. Tapi setiap kali berbincang, suami anda cuma cakap "hmmmm" atau "OK" sahaja.  Sedikit pun tak excited. 

Jom saya kongsikan 14 Tips Bagaimana Suami Bantu Isteri Dalam Penyusuan Susu Ibu Supaya Susu Melimpah Ruah. Jangan risau, anda bukan keseorangan. Malah, saya sebagai seorang suami selalu jumpa lelaki seperti ini. 

Tiada masalah, just S.H.A.R.E sahaja artikel ini ke page dia. Katakan padanya ini perkongsian dari seorang suami kepada seorang suami yang lain :) 


1) Aktifkan Diri Anda!

Wahai para suami, jangan ingat anda tidak penting. Tahukah anda hampir 57% daripada responden kaji selidik BBIC menamakan suami sebagai pengaruh yang paling penting dalam kehidupan si isteri ibu yang breastfeed. 

Hanya lebih 21% memilih ibu mereka. Jadi jangan malu. Libatkan diri anda kerana anda penting buat isteri anda.


2) Beri Galakan Pada Isteri Anda

Jangan lupa untuk beri pujian pada isteri anda setiap kali si isteri breastfeed. Ini anak ketiga kami dan saya sangat tahu bukan mudah untuk breastfeed ni terutamanya yang bekerja. 

Ini akan dapat memastikan motivasi isteri anda sentiasa tinggi dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan perkara yang mulia ni.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 

(Surah Luqman: ayat 14)

Peranan Suami Sangat Menyumbang Kepada Kejaayan Penyusuan


Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud,

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.

 Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


3) Sentiasa Sokong Isteri Anda Untuk Teruskan Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda. Ini adalah FAKTA!!! Sehinggakan Nabi Muhammad pun dihantar kepada Ibu Susuan bagi memenuhi tuntutan ini. Kajian amat menyokong penyusuan susu ibu sebagai pilihan yang terbaik untuk majoriti bayi. 

Malangnya masyarakat boleh mengenakan tekanan ke atas wanita untuk meninggalkan ia, terutamanya apabila cabaran breastfeeding timbul. Percayalah, ini selalunya akan berlaku. 

"If loved ones question your wife's decision to breastfeed, gently but firmly remind them that – although you know they're just trying to help – their comments are counterproductive."


4) Jangan Sekali-kali Cadangkan Susu Formula!

Ini memang pantang paling besar! Tolong ye para ayah/abah/daddy/papa sekalian. Jangan sekali-kali suggest perkara ini. Jangan sekali kali sebut perkataan huruf F ni.

Setiap kali ada masalah, ingatkan isteri anda tentang kebaikan breastfeeding dan encourage isteri utk teruskan. Sama-sama cari solusi permasaalahan. Caiyok!


5) Jadilah Pendengar Yang Baik

Breastfeeding adalah semulajadi. Tetapi ia tidak sentiasa datang secara semulajadi. Ramai ibu baru memerlukan bantuan untuk mewujudkan aliran susu, dan ada ramai juga bayi yang perlu diajar utk “latch on”. Logiknya semasa di dalam perut bayi mendapat nutrisi secara terus melalui tali pusat bukan?

Jika anda takk tahu banyak pun, pinjamkan telinga anda untuk mendengar segala luahan hati isteri anda..then lps wife dh OK senyap2 pergi internet dan cari info untuk tangani masalah ni. InsyaAllah.

"Abang tahu Sayang mampu lakukan".



6) Lakukan Lebih Banyak Kerja-kerja Rumah

Isteri anda dah cukup penat. Tak salah untuk hulurkan bantuan untuk buat keje2 rumah. Jika anda pun penat, maybe cara yang saya saya ingin kongsikan ini berkesan. 

Setiap kali rase penat or malas, saya akan ingat balik kenangan mase wife bersalin Aryan Haziq dan Aqif Hadif. Paling terbaru Ainur Hanani. Ya, saya memang menemani isteri saya untuk ketiga-tiga proses kelahiran di labour room.

Betapa sakitnya dia ketika mengahdapi proses bersalin dan betapa sikitnya contribution saya ketika tu. Sob sob. Pengalaman itu sememangnya sangat memberi keinsafan kepada saya.

So, saya kuatkan diri untuk pastikan semuanya kemas. Alaaa, bukannya susah pun. Mula-mula basuh baju. Sementara siap, kemas umah sikit-sikit, sapu sampah, basuh pingaan etc. InsyaAllah siap punya. 

Sekarang ni pun Aryan yang banyak tolong.  Tapi tolong main air je laaa. HeHe


7) Bangun Malam Bersama Isteri Jika Anak Anda Menangis

Walaupun jadual kerja anda boleh membuatkan ia mustahil untuk dilakukan pada setiap malam (tapi xde yang mustahil ye? ;) ), cuba bangun dengan isteri anda untuk beberapa penyusuan pada waktu malam atau semasa wife buat power pumping. 

Tengok jika wife perlukan ape-apa untuk minum atau makan, selimut, atau hanya nak ditemankan. Kadang perkara sekecil itu mampu memberikan dia semangat! Bila dia positif, susu yang banyak dan melimpah ruah akan terhasil. Menarik bukan?

Ini baru sebahagian. Nantikan episod 2 selepas ini di mana saya akan kongsikan lagi tips-tips buat mereka yang bergelar bapa seperti saya.

Pada yang rasakan penyusuan susu ibu itu sukar, cuba bayangkan jika anda berada di dalam kedudukan yang sama seperti rakan di dalam video di bawah yang menyusukan anaknya yang lahir pra-matang. Jika nak dibandingkan, apa yang kita rasa mungkin hanya sekelumit daripada apa yang berlaku padanya.


Jom kita saksikan...





Macam mana? Mencabar kan? Jangan lupa nantikan sambungan tips-tips buat para suami di luar sana. Perkongsian daripada pengalaman yang saya sendiri lalui. InsyaAllah. 

Jika ada pertanyaan atau berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kepentingan nutrisi tambahan bagi ibu-ibu yang breastfeeding serta teknik-teknik untuk menambah susu badan, jangan segan silu untuk menghubungi kami di:


Your Trusted SID 
Riza Afzan Asri 
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

1 respon

  1. thank u sharing kak

    sharing

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/05/makanan-minuman-buah-buahan-sayur.html

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts