Jika anda membaca entry ini, sudah pasti anda menghadapi perkara yang sama seperti saya. Anak anda tak mahu makan atau bila anda dah masak, anak anda berkerut muka dan jawab "Tak nak makan". Atau dalam erti kata yang lain, anak anda dan anak saya seorang "picky eater". Betul tak?
Jangan risau. Kerana saya ada rahsia nak dikongsikan dengan anda iaitu 13 Tips Ala Masterchef Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater Yang Cerewet Seperti Chef Gordon Ramsay
Tips Magis Penyediaan Makanan
Tips #1 Hidangan Sayur dan Buah-buahan
Elemen sayur dan buahan lebih elok di campurkan sekali. Sayur-sayuran dan buah-buahan di potong kecil dimasukkan ke dalam sup, sos, puding dan seumpamanya.
Ini dapat mengaburi mata anak-anak saya kerana kebarangkalian mereka perasan kehadiran elemen-elemen ini adalah rendah akhirnya mereka boleh makan sahaja tanpa memilih. Bijak kan kita?
Tips #2 Bijak Bermain Warna dan Bentuk
Satu pendapat mengatakan kita memilih makanan melalui mata dahulu barulah rasa. Saya amat setuju dengan pendapat ini. Sedikit kreativiti ketika menghidang contohnya mempelbagaikan warna dan bentuk boleh menyuntik rasa mahu makan pada anak-anak.
Sebagai contoh, anak-anak saya amat sukakan sesuatu yang unik seperti potongan buah tembikai dalam bentuk bintang, di susun cantik-cantik di dalam pinggan dan di selang-selikan dengan buah-buahan lain yang mempunyai warna dan rasa berbeza.
Acuan dan bekas yang berbeza bentuk ini boleh di perolehi di Daiso atau Mr DIY. Mereka pasti sangat bermotivasi mahu mencuba dan makan makanan tersebut.
Acuan dan bekas yang berbeza bentuk ini boleh di perolehi di Daiso atau Mr DIY. Mereka pasti sangat bermotivasi mahu mencuba dan makan makanan tersebut.
Selain daripada itu, anak-anak bukan sahaja mahu makan, tetapi juga kepelbagaian warna dari bahan segar membekalkan fitonutrien yang kaya khasiat semulajadi bagi melawan penyakit. Anak-anak kita tidak mudah jatuh sakit dan perbelajaan perubatan mereka akan berkurangan.
Tips #3 Potong Kecil Sumber Protein
Saiz yang kecil amat memudahkan anak-anak untuk mengunyah dengan cepat sebelum di telan serta mengurangkan risiko tercekik ketika makan.
Sebaik-baiknya pilih sumber protein yang segar dan sediakan mengikut cita rasa anak-anak. Sebagai contoh, sup ayam amat mudah disediakan dan di variasikan dengan penambahan sayur-sayuran.
Tips #4 Jangan Hentikan Sumber Tenusu
Anak-anak perlu diteruskan dengan pemberian sumber tenusu walaupun sudah 'cerai susu' kerana dari sumber itulah mereka mendapat kalsium. Kalsium amat penting untuk proses tumbesaran mereka dan boleh mempengaruhi saiz dan ketinggian mereka sepanjang proses membesar.
Jika anak-anak mengelak bila di suruh minum susu, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara pengambilan atau dimasukkan ke dalam hidangan lain yang bersesuaian.
Untuk anak-anak saya, saya mencukupkan sumber tenusu mereka dengan cara memberikan mereka susu kotak, membuat sendiri susu kocak (milkshake) atau smooties yang di campur dengan buah-buahan atau sayur-sayuran walaupun mereka tidak menghadapi masalah untuk makan makanan tersebut.
Semestinya saya juga akan masukan sedikit Mealshake Shaklee ke dalamnya bagi memastikan ia memenuhi lohong-lohong kosong zat makanan yang kurang dari proses penyediaan dan masakan.
Saya membuat keputusan untuk konsisten memberikan mealshake selepas menonton video di bawah ini. (Sila 'PLAY' dan Like video ini jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat).
Saya membuat keputusan untuk konsisten memberikan mealshake selepas menonton video di bawah ini. (Sila 'PLAY' dan Like video ini jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat).
Alhamdulillah, syukur pada Allah ikhtiar ini membuahkan hasil. Setelah sabar mengamalkan ke empat-empat jenis tips magis di atas anak saya menunjukkan perkembangan yang baik.
Tiada lagi nurse bising-bising di sebabkan terlalu kurus atau 'underweight'. Berat mereka mencapai berat yang ideal untuk peringkat umur mereka setelah mereka berselera makan dan kurang jatuh sakit.
Tiada lagi nurse bising-bising di sebabkan terlalu kurus atau 'underweight'. Berat mereka mencapai berat yang ideal untuk peringkat umur mereka setelah mereka berselera makan dan kurang jatuh sakit.
Jadikan Waktu Makan Masa Yang Mengembirakan
Waktu makan adalah waktu yang tepat untuk kita membantu meningkatkan nutrisi anak-anak. Waktu ini sepatutnya menjadi waktu yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak untuk berkumpul untuk makan dan berbual dengan kita. Jika sebelah siang anda sibuk bekerja, jadikan waktu makan malam sebagai 'family gathering' anda setiap hari. Saya kongsikan cara-cara yang anda boleh amalkan untuk jadikan sesi makan anda 'happening'.
Tips #5 Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Maknanya jika anda kurang gemar sesuatu makanan, jangan mencemuh makanan tersebut. Makan seadanya.
Tips #6 Jangan jadikan waktu makan seperti zon 'perang'. Be gentle but firm.
Tips #7 Jadi lebih kreatif.
Mahu jadi lebih kreatif? Alhamdulillah setelah join Group Bekal/Bento Malaysia sangat membantu memberi idea menyediakan makanan dari segi menu dan dekorasi. Ibu-ibu pasti rasa penuh inspirasi melihat tahap kerajinan dan kreativiti para ibu dalam group ini.
Hidangan Kreatif Begini Mampu Menarik Minat Anak-anak Untuk Makan |
Tips #8 Libatkan anak-anak seperti dalam memilih makanan di pasar raya dan memilih menu dalam masakan.
Tips #9 Elakkan gangguan seperti televisyen, iPad dan alat permainan sesama waktu makan.
Tips #10 Simpan dan panaskan semula makanan semasa anak-anak lapar. Elakkan menawarkan makanan yang lain.
Tips #11 Jangan abaikan sesetengah makanan, tetapi wujudkan sempadan. Contohnya boleh makan satu scoop aiskrim sekali seminggu sahaja.
Tips #12 Jangan jadikan makanan sebagai 'tanda penghargaan'
Seperti menjanjikan hadiah iPhone 6 untuk mereka jika mereka berjaya habiskan makanan! Mahal tu RM2,749 nak reward anak-anak!
Dapat FREE seronoknya! |
Tips #13 Sentiasa beri galakan.
"Ibu tahu abang suka makan ikan ni. Cuba bang rasa dulu". Galakan sebegini membuatkan anak-anak rasa seronok untuk makan dan rasa di beri perhatian.Ikhtiar Tambah Selera Dengan Suplemen
Seperti perkongsian seorang ibu pada video di atas yang sudah memberikan Mealshake sebagai suplemen tambahan berjaya menunjukkan hasil positif setelah 3 bulan pengambilan.
Saya pasti ramai lagi para ibu yang sudah mendapat kebaikan daripada amalan minum mealshake sebagai salah satu sumber nutrien harian seperti perkongsian pengalaman Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater ALa Masterchef.
Kontroversi "Perlu ke multivitamin' untuk anak-anak?" sering kita dengar. Jawapan mudah, PERLU jika anak-anak masih memandang sepi masakan dan hasil usaha kita. Rasa frust bukan jika anak tak makan tetapi dalam masa yang sama kita terlalu risaukan mereka. Jadi adakah kita perlu risau sahaja tapi TIADA apa-apa tindakan susulan diambil?
Jadi tiada salahnya mengubah kegemaran mereka dengan Mealshake seiring dengan kita masih meneruskan memperkenalkan makanan sebenar yang mereka perlu makan. Anda boleh sahaja terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.
InsyaAllah saya akan kongsikan pelbagai rasa menvariasikan cara pengambilan Mealshake ke dalam menu harian anak-anak anda. Saya pasti anak-anak anda pasti sangat suka dan jatuh cinta mereka boleh ratah begitu sahaja!
Akhir kata, interaksi antara ibubapa dan anak-anak amat penting untuk memastikan keseimbangan nutrisi mereka. Jika boleh, kita cuba luangkan masa bersama mereka contohnya bercerita kepada mereka tentang kepentingan setiap komponen makanan tersebut ketika sesi penyediaan.
Dari situ mereka akan belajar dan menghargai kepentingan mengamalkan pemakanan secara seimbang amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.
Rujukan:
1. Majalah iSihat November 2014
Ingin dapatkan informasi yang lebih mendalam tentang bagaimana suri rumah mengatasi anak picky eater serta produk-produk Shaklee yang sesuai dengannya? Hubungi saya untuk mendapatkan "personalized consultation" PERCUMA untuk para pelanggan saya.
Hubungi saya
Your Trusted SID
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
~Happy to share, pleasure to help!
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini