Kanak-kanak memerlukan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi tubuh. Ia membantu mata si anak untuk melihat, mengecutkan otot dan membantu proses pembekuan darah. Ia membolehkan anak-anak menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindungi mereka terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak-anak tidak akan mempunyai struktur. Maka tidak hairanlah bahawa nama 'protein' yang berasal dari perkataan Greek 'Protos' bermaksud 'kepentingan yang utama'.
Peranan Protein
- Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak
- Mengawal proses badan
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
- Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan
- Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem badan
- Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.
- Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda.Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.
- Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk masak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (1 biji atau dalam masakan). Elakkan memberi telur putih kepada anak berumur 1 tahun ke bawah.
- Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, ayam, daging dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau jus lemon untuk menambah perisa kepada hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.
- Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging atau ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.
- Berikan anak anda kekacang setiap hari dan tambah kacang dan bijian dalam dalam dietnya setiap minggu. Pilih pelbagai jenis kekacang dan kacang dal serta produknya seperti tempeh dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang (kacang pea, kacang atau lentil) dalam sup dan hidangan sayur tumis.
Sebagai pelengkap, boleh juga memperkenalkan Mealshake sebagai sumber protein tambahan. Kata kuncinya di sini adalah PELENGKAP bukan PENGGANTI. Kanak-kanak masih perlu diberikan sumber protein sebenar seperti yang disenaraikan di atas dan Mealshake diambil sebagai sumber makanan tambahan. Apa yang terkandung dalam Mealshake?
- Nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak (A,D,E,K)
- Kaya dengan protein (tidak mengadungi laktosa) membantu dalam pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut dll.
- Mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium serta magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel bagi proses tumbesaran.
- Agen antioksida- Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen antioksida yg bertindak melawan jangkitan
- Kaya dengan serat larut untuk membantu proses perkumuhan.
- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum (copper) yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.
- Minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktosa semulajadi, tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa dan pengawet.
Mahu merasa kesedapan Mealshake yang berperisa dan sewangi vanilla ni? Boleh dapatkan satu canister atau dalam set kanak-kanak yang turut mengandungi Omegaguard iaitu sejenis minyak ikan yang kaya dengan DHA untuk perkembangan otak. Mealshake ini sangat sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Tapi perlu ingat ye, ia bukan pengganti untuk tidak makan sumber protein utama. Pada sesetengah pengguna mereka mendapati pengambilan Mealshake sangat membantu untuk menaikkan selera makan Si Manja (baca sini untuk maklumat lanjut) dan menyelesaikan masalah 'picky eaters' dikalangan kanak-kanak. Jadi bila tidak cerewet, kurang makan makanan rapu, tidak memilih sejenis makanan sahaja untuk makan, masalah kekurangan berat badan juga dapat di atasi. Malah, ia juga terbukti berkesan untuk menaikkan berat badan bagi gologan dewasa (baca sini untuk maklumat lanjut). InsyaAllah.
Set Kanak-kanak Shaklee |
Ketahui cara untuk mendapatkan pos dan keahlian PERCUMA!!!
Riza Afzan Asri
ID 868991
nuhasafiya@yahoo.com
012-4637064
Happy to Share, Pleasure to Help!
Riza Afzan Asri
ID 868991
nuhasafiya@yahoo.com
012-4637064
Happy to Share, Pleasure to Help!
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini