Resepi

Resepi Aiskrim Coklat Mudah Paling Berkhasiat Super Sedap Kalah Cornetto

10:30

Sejak adanya rancangan Masterchef kat TV, rasa macam best je macam-macam sebenarnya boleh terhasil dari dapur. Resepi yang peserta masak kadang-kadang nampak simple tapi sangat mampu melelehkan air liur. Saya dan suami amat menggemari hidangan pencuci mulut. Look sooo yummy!

Dan apa yang buat saya lagi tercabar dengan adanya Masterchef Junior tu. Mak Aiiih! Budak 9 tahun boleh masak daging Wellington kau. Kelasss! Aiskrim tu kacang goreng je bagi mereka rasanya. Tercabar makcik Nak!


Tak boleh jadi ni. Saya pula buat aiskrim Malaysia pandai la. Itu je la tahap dari dulu tak ada perkembangan lagsung. Haha. Makanya hari tu ada resepi aiskrim tanpa telur dan ovalette (apo ko bondo ni?) melintas di newsfeed, terus ku cuba. Dengan harapan jadi la kan. HiHi

Di akui resepi tu memang cepat, ringkas dan mudah. Tak payah nak bagi alasan takde icecream maker dah kat En Suami. Pakai hand-blender pun jadi je. Rajinkan diri buat memang puas makan. Anak-anak pun suka bangat! Rich in chocolate flavour macam makan ice cream cornetto tu tapi macam lagi sedap je rasanya. (Ok perasan kejap!)

Resepi Aiskrim Coklat  Mudah Paling Berkhasiat Super Sedap Kalah Cornetto

Anda nak cuba? Resepi aiskrim coklat yang sangat mudah dan pasti jadi. Tapi saya ada buat pengubahsuaian sikit dari resepi asal. Bagi sesiapa yang anak ramai elok la buat sendiri. Makan sampai puas seisi keluarga. Plus kita pun boleh kawal cara penyediaan contohnya amaun gula sambil boleh zikir "Ya Latiff" banyak-banyak biar lembut hati anak-anak dan ahli keluarga ye tak?

Bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan gula perang
3/4 cawan susu full cream
1 setengah cawan whipping cream Anchor
1 setengah sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
1 setengah sudu besar Mealshake Shaklee (optional - saya tambah, resepi asal takde)

Cara-cara Jika Menggunakan Blender


1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend menggunakan high speed hingga sebati. 
*Saya menggunakan hand-blender jenama Phillips dan jug plastik untuk sebatikan bahan-bahan.

2. Tuang dalam bekas. Masukkan dalam freezer. Sejukkan dalam 8 jam. Sedia untuk dinikmati. 
*Saya buat pada sebelah malam. Siang esoknya sudah boleh dimakan.

Kenapa Saya Tambah Mealshake?

Bagi sesetengah ibubapa aiskrim merupakan 'junk food' dan sangat tak sesuai bagi kanak-kanak. Sebahagian dari mereka risaukan kandungan gula yang dengarnya mampu mempuatkan anak-anak jadi superaktif.

Tapi bagi saya tak salah rasanya bagi makan aiskrim pada anak-anak. Sebab tu kena rajinkan diri buat sendiri ikut piawaian yang kita sendiri mahu. Misalnya kurangkan kandungan gula ataupun beli susu rendah lemak bagi yang jaga diet.

Dalam kes saya, saya campurkan mealshake untuk menambahkan khasiat dan nutrien pada anak-anak. Macam trick la lebih kurang sebab mealshake boleh bantu tambah selera anak saya dan tiada lagi masalah sembelit melanda. Tak sampai hati tengok anak-anak menangis time membuang.

Resepi Aiskrim Coklat  Mudah Paling Berkhasiat Super Sedap Kalah Cornetto
Anak-anak Super Excited Makan Aiskrim Homemade


Mealshake merupakan sejenis protein yang dilengkapi dengan asid amino yang perlu yang sangat peting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia juga dilengkapi dengan vitamin C untuk tingkatkan imuniti badan. 

Disamping itu terdapat juga kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat serta arabic gum yang sangat membantu untuk masalah sembelit. Ramai Ibu-ibu di luar sana mengakui kesan positif Mealshake terhadap perkembangan selera makan dan tahap kesihatan anak-anak.

Oleh sebab itu saya sangat senang hati memberikan aiskrim yang saya buat sendiri ni kepada anak-anak saya kerana saya tahu ia lebih berkhasiat. Tak sama macam aiskrim komersil yang di jual di luar. Lega sangat dapat sediakan hidangan pencuci mulut sendiri dan dapat berjimat tentunya.


Nota Tambahan

Menurut pemilik asal resepi ini, untuk dapatkan aiskrim yang lebih terasa lemaknya, anda boleh dapatkan krim yang kandungan lemaknya 35% ke atas.

Saya suka versi aiskrim ni sebab rasanya cukup berkrim dan tak terlalu manis. Sesedap rasa tekak gitu. Boleh taburkan coklat cip dan hirisan badam untuk lebih rasa crunchy!

Kredit

Terima kasih Cik Puan Ara Atan kerana sudi berkongsi resepi aiskrim yang yummylicious ni.

Mahu rasa lebih umphhh dengan campuran mealshake seperti aiskrim yang saya buat untuk anak-anak? Dapatkan setin mealshake dan cuba sendiri resepi yang super duper mudah ini. Di jamin lebih mengandungi khasiat vitamin dan fiber untu si manja.

Pelbagai lagi resepi menarik bakal dikongsikan dengan setiap pembelian Mealshake ni dari saya. InsyaAllah.

Enjoyzzz! 



Your Taiping's Trusted SID


SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia



~Happy to share, pleasure to help!

Artikel Menarik Untuk Dibaca:
1. 13 Tips Mengatasi Anak Picky Eater Yang Cerewet Seperti Gordon Ramsay
2.  Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater Ala Masterchef
3. Peranan Protein Untuk Kanak-kanak

You Might Also Like

6 respon

  1. Kalau letak oreo, boleh blend sekali ke dgn bahan lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oreo lebih sesuai dgn vanilla rasanya. kalo choclate takut muak je

      Delete
  2. Kala letak bahan makanan lain macam chocolate tu boleh ke??

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts