AJHT

9 Tips tidur lena macam makan Stillnox

01:23

Bagi kebanyakan yang bergelar ibu bapa, rasanya rutin kita semua sama especially yang masih bekerja makan gaji. Balik je kerja, siapkan anak-anak,layan diorg main (ye la, seharian tak jumpe kan?) n bile dorg dah tdo, time nak siapkan kerja ofis plak.


By the time kerja siap, tengok2 jam dah pukul 3 pagi. Isk, lagi 2 jam nak kena bangun dah..mesti dah terbayang badan akan penat esok nyer. N yang pasti, start la pikir nak ngelat ambil MC (jangan amalkan ye.hehehe...)

So nak tak saya kongsikan tips untuk dapatkan tidur lena macam makan Stillnox?.. Bangun je pagi, rasa sangat segar n badan pun tak letih? Best kan?

TIPS #1 Tentukan Gelombang Tidur Anda

Pernah dengar tentang “Ultradian Rhythm”? Ia bermaksud satu tempoh yang berlaku dalam setiap tubuh manusia setiap 90-120 minit dan lebih menonjol ketika tidur.

Menurut Dr David Morawetz, seorang pakar dalam masalah tidur dari Melbourne, apabila anda sudah mengantuk dan menangguhkannya semata-mata untuk menghabiskan satu bab di dalam majalah kesukaan anda, anda akan melewati gelombang tidur ini dan menyebabkan anda tidak mengantuk lagi.




Apabila anda melewati tempoh tersebut, rasa mengantuk akan hilang dan anda perlu menunggu 90-120 minit yang seterusnya untuk melalui tempoh Ultradian Rhythm itu semula.

Oleh yang demikian,apabila rasa mengantuk itu hadir, tinggalkan semua aktiviti anda dan tidurlah. Ini kerana tempoh Ultradian Rhythm hanya akan bertahan selama 5-7 minit sahaja. Jadi manfaatkan ia sebaik-baiknya ye..

TIPS #2 Pilih untuk tidur secara berjadual

Mesti ramai yang tidur ikut suka hati je. So mulai hari ini, tidur dan bangun dari tidur pada masa yang sama setiap hari. TERMASUKLAH HARI MINGGU!!!

Dengan menjadi konsisten, kitaran tidur akan dapat diperkukuhkan  dan akan dapat membantu kea rah tidur yang lebih nyenyak.Masuk tidur dan bangun dari tidur pada masa yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu dan hari cuti!

NOTA : Jika anda tidak dapat tidur dalam masa lebih kurang 15 minit, bangunlah dan lakukan sesuatu yang menenangkan. Pergi masuk tidur semula apabila anda berasa letih. Jangan memaksa diri untuk tidur kerana semakin dipaksa, ia akan menjadi semakin sukar untuk terlelap.

TIPS #3 Beri perhatian terhadap apa yang anda makan dan minum

Jangan masuk tidur dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang. Ketidakselesaan anda mungkin akan menyebabkan ada terus berjaga. Juga hadkan kuantiti minuman yang diminum sebelum tidur, untuk menghindari gangguan tidur tengah malam iaitu sering berulang-alik ke tandas.

Nikotin, kafein dan alkohol perlu juga diberi perhatian. Kesan rangsangan nikotin dan kafein— yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang  — boleh merosakkan tidur yang berkualiti. Dan walaupun alkohol mungkin dapat membuatkan anda berasa mengantuk pada awalnya, ia dapat menggangu tidur pada waktu tengah malam.

TIPS #4 Lengkapkan nutrisi anda dengan supplemen yang sesuai

Anda boleh cuba untuk mengambil kalsium serta vitamin B Complex bagi membantu anda tidur lebih lena.

Pengambilan kalsium sebelum tidur membantu tubuh untuk membaiki struktur tulang dan otot yang mungkin mengalami degradasi sepanjang ia aktiviti harian anda. Bekalan kalsium yang mencukupi membantu otot menjadi lebih relax dan yang pastinya mengelakkan anda mengalami CRAMP pada waktu malam.

NOTA : OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.



Vitamin B Complex yang diambil sebelum tidur juga membantu tubuh mengawal  atur konsentrasi tryptophan, sejenis asid amino yang penting dalam memastikan tidur yang berkualiti. Komponen vitamin B3, B5, B9 dan B12, masing-masing mempunyai peranan untuk mendapatkan tidur yang lena.



Pengambilan produk untuk sendi seperti Advanced Joint Health Tablet juga membantu tubuh membaiki struktur sendi ketika tidur untuk mendapat tidur yang lena. AJHT ini mengandungi ekstrak boswellia yang bertindak pantas, ekstrak jagung, vitamin C, zink, kuprum dan mangan yang membantu mengurangkan ketidak selesaan sendi dan seterusnya mengurangkan gangguan ketika tidur.


TIPS #5 Lakukan aktiviti ritual sebelum tidur

Lakukan perkara yang sama setiap malam untuk memberitahu tubuh anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat. Ini mungkin termasuklah mandi, membaca buku, atau mendengar muzik yang menenangkan  — dengan lampu yang malap atau dipadamkan terus. Aktiviti yang menenangkan boleh membantu tidur yang lebih baik dengan meringankan peralihan diantara terjaga dan mengantuk.

Tetapi, waspada dengan menggunakan TV atau alatan elektronik yang lain sebagai ritual sebelum tidur anda. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa skrin, dan media lain yang digunakan sebelum tidur boleh menggangu tidur.

TIPS #6 Pastikan keselesaan

Cipta bilik tidur yang sesuai untuk tidur. Lazimnya, ini bermakna bilik yang nyaman, senyap dan gelap. Cuba pertimbangkan untuk menggunakan langsir yang boleh menggelapkan bilik, kipas angin dan alatan lain yang dapat mencipta susana yang sesuai dengan keperluan anda.

Tilam dan bantal anda juga dapat membantu ke arah tidur yang lebih baik. Pilih bantal, selimut, tilam, cadar yang dirasakan paling selesa untuk anda. Jika berkongsi katil, pastikan terdapat ruang yang mencukupi bagi kedua-duanya. Jika anda mempunyai anak-anak atau haiwan peliharaan, tetapkan had mengenai seberapa kerap mereka boleh tidur dengan anda atau pun pilih untuk asingkan tempat tidur mereka.

TIPS #7 Hadkan masa tidur siang

Tidur siang yang berpanjangan dapat menggangu tidur malam anda — terutamanya jika anda menghidapi insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk tidur di siang hari, hadkan masanya ke 10 atau 30 minit dan lakukannya semasa tengahari. Dan jangan lupa, tidur sebentar pada waktu tengah hari adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang dikenali sebagai QAILULAH.



Jika anda bekerja pada waktu malam, anda perlu membuat pengecualian terhadap peraturan untuk tidur siang. Dalam kes ini, pastikan tingkap anda ditutup rapat supaya cahaya matahari tidap menggangu tidur anda ketika waktu siang.

TIPS #8 Masukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian

Aktiviti fizikal secara kerap dapat membantu tidur yang lena, membantu anda tidur dengan lepih cepat dan menikmati tidur yang nyenyak. Masa juga mamainkan peranan yang penting. Jika anda bersenam hampir dengan masa tidur, anda mungkin akan berasa terlalu bertenaga untuk tidur. Jika ini menjadi satu permasalahan kepada anda, bersenamlah pada waktu awal hari.

TIPS #9 Uruskan tekanan


Jika anda mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, tidur anda pasti akan terganggu. Untuk membantu mengembalikan semula ketenangan dalam hidup, benarkan diri anda untuk berehat apabila anda memerlukannya. Sebelum tidur, catatkan apa yang berada dalam fikiran anda dan ketepikan ia untuk dilakukan pada  hari esok.

So, itu sahaja yang saya boleh kongsikan buat masa ini.

Jadi tunggu apa lagi? Hubungi kami untuk konsultasi percuma dan servis yang terbaik dari MyHealthVenture.


Pengedar Shaklee Taiping,

Riza Afzan Asri
868991
012-4637064

You Might Also Like

1 respon

  1. Oh baru tahu stillnox tu sejenis ubat tidur,
    Saya suka tips2 yang best terutama tntg qailulah.
    Nak share jugak pengalaman dari petua hilangkan stress yang kami sekeluarga amalkan ni juga terbaik untuk dapatkan tidur yang lena serta berkualiti

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts