Kalsium

Pengambilan Vitamin Semasa Berpantang: Pentingkah Kalsium dan Zat Lain Selain Makanan?

10:07



Menurut Pakar Pemakanan, Profesor Dr Norimah A Karim menyatakan bahawa amat penting untuk memenuhi keperluan pemakanan sepanjang proses berpantang. Jumlah nutrisi yang secukupnya  sangat perlu  bagi memulihkan badan selepas melahirkan anak dan membantu menghasilkan susu badan yang BERKUALITI untuk menyusukan bayi.



Pantang larang cara tradisional BOLEH diamalkan selagi keperluan pemakanan dipenuhi. Diet pemakanan secara tradisional sebenarnya selamat asalkan tidak mengambil mana-mana kumpulan nutrient secara berlebihan atau mengikut proses berpantang secara ekstrim dan melampau. Ia penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Penting bagi kita sebagai ibu-ibu dalam pantang (atau mereka yang menjaga orang berpantang) untuk memberi perhatian terhadap kekurangan vitamin, mineral serta serat kerana banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran adalah dilarang untuk dimakan. 



Secara amnya, diet semasa proses berpantang menumpukan kepada pemulihan keseimbangan badan. Ia boleh dicapai dengan memakan jenis makanan tertentu sementara mengelakkan jenis makanan yang lain. Terdapat persamaan diet berpantang bagi pelbagai budaya di Malaysia:

  • Menggalakkan pengambilan makanan yang “memanaskan” badan yang dipercayai boleh meningkatkan peredaran darah dan menguatkan sendi

  • Makanan yang “menyejukkan” tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan reumatisme, arthritis dan melemahkan sendi badan.
  •  

Setakat hari ini tiada Sarananan Pengambilan Nutrien (RNI) yang khusus bagi wanita dalam pantang. Maka RNI bagi wanita yang menyusu dijadikan rujukan dalam tempoh enam bulan pertama selepas melahirkan. Ini merujuk kembali kepada kepentingan proses penghasilan susu badan yang BERKUALITI untuk menjayakan penyusuan secara EKSKLUSIF dalam tempoh enam bulan.



Keperluan Nutrien Setiap Hari Selama 6 Bulan


TENAGA


  • 2000 (umur < daripada 30 tahun) atau 2180 (umur 30-59 tahun) + 500 kcal

  • Tambahan 500 kcal ke dalam diet dengan memakan 3 ½ hidangan tambahan bijirin (nasi, oat, bijirin penuh) atau produk bijirin (roti, mee)




PROTEIN


  • 55 + 20g

  • Makan lebih banyak protein untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. 
  • Tambah 20g protein dengan menambahkan satu ekor ikan yang bersaiz sederhana besar (contohnya ikan kembong), sebiji telur atau seketul ayam tanpa kulit
Saranan saya: Amalkan ESP Shaklee 3 sudu besar sehari bagi memenuhi keperluan protein yang lengkap dengan asid amino perlu dan serat.





KALSIUM


  • 1000 mg 

  • Tingkatkan pengambilan kalsium kebiasaan sebelum mengandung dengan menambahkan segelas susu. Sumber kalsium lain adalah seperti yogurt, keju, sardine, ikan bilis, tofu, susu soya, sawi dan brokoli.

Saranan saya: Alternatif kepada yang kurang gemarkan susu, empat tablet Ostematrix Shaklee memenuhi 1000 mg keperluan kalsium harian. Ostematrix lengakap dengan magnesium dan vitamin D bagi membantu penyerapan yang efisyen. Selain itu, pengambilan ESP sebagai sumber susu soya sangat digalakkan kerana ia terhasil dari sumber soya non-GMO (non Genetic Modified Organism)



ZAT BESI


  • 10mg

  • Pastikan jumlah zat besi mencukupi dengan menambahkan makanan yang kaya dengan zat besi ke dalam diet seperti daging, ayam, telur, kekacang, dhal dan sayur-sayuran berdaun hijau (contohnya bayam, kangkung)


Saranan saya: Sebiji Vitalea (Multivitamin) Shaklee mengandungi zat besi dan penting memenuhi lohong-lohong kosong kekurangan nutrient sepanjang tempoh berpantang.




ASID FOLIK


  • 500µg

  • Sumber asid folik termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang ginjal, bendi, edamame dan buah betik. Sesetengah produk bijian seperti bijirin juga diperkaya dengan asid folik.


Saranan saya: Sebiji B-kompleks Shaklee mengandungi 200 µg asid folik. Begitu juga dengan sebiji Vitalea mengandungi amoun asid folik yang sama. Pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini mampu membekalkan keperluan asid folik yang secukupnya sepanjang proses berpantang.



BONUS!!!


Tenaga dan nutrient lain yang dihasilkan dalam susu ibu setiap hari sering melebihi pengambilan makanan yang disyorkan. Namun ada BERITA BAIK bagi mereka yang menyusukan kerana boleh menggunakan simpanan lemak yang terkumpul semasa kehamilan bagi membantu dalam penghasilan susu. Jadi penurunan berat badan secara beransur-ansur akan berlaku disebabkan oleh aspek penyusuan ini.

Kesimpulannya tidak kiralah diet berpantang yang mana pun di ikuti sepanjang proses berpantang, asalkan kita makan setiap kumpulan makanan (bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran, daging/ayam dan susu) dalam jumlah yang seimbang. Makanlah secara sederhana dan mempelbagaikan pengambilan makanan untuk mendapat semua nutrient yang diperlukan.


Positive Parenting, Volume 4 (2012)- Child Development

Berminat untuk mencuba vitamin-vitamin dalam Set berpantang Shaklee? Klik sini untuk maklumat lanjut. Set ini sesuai dan selamat digunakan untuk ibu menyusukan bermula dari hari pertama kelahiran lagi. Bagus untuk memulihkan tenaga, mencukupkan nutrien dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk si Manja.


Ketahui cara untuk mendapatkan pos dan keahlian PERCUMA!!!

 
Happy to Share, Pleasure to Help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts