breastfeeding

Lagi isu tentang breastfeeding :)

14:26

Betul ke penyusuan susu ibu itu senang? Kalau susah, kenapa tak cuba belajar untuk 'menyenangkannya?' Terasa sedih & 'kurang buat kerja' bila dapat mesej sebegini dari ibu baru:

"Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Susu saya tak sikit ...sangat & terpaksa top-up dgn susu formula. Saya nak ambil set penyusuan Shaklee ni supaya susu saya jadi banyak"

(1) Pengetahuan tentang --> kolostrum -> transitional milk -> mature milk ; tidak meluas. masih ramai yang ingat lahir2 baby je terus susu memancut macam air pancut Geneva

(2) Pengetahuan tentang saiz perut bayi baru lahir yang sebesar biji guli sahaja

(3) Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu secara amnya

Yang popular ialah - PENGAMBILAN MILK BOOSTER UTK BANYAKKAN SUSU.

Kenapakah benda tu yg jadi sangat famous? Ramai yang nak beli set macam2 tanpa pengetahuan asas tentang penyusuan susu ibu. Sedangkan penyusuan susu ibu dah sangat popular skg ni, ramai IBCLC, LC, MBFPC dan sebagainya. Sayangnya masih ramai yg mungkin belum 'nampak' benda2 ni.

Sama2 kita berusaha memartabatkan penyusuan susu ibu.






Kredit : Mommy Lyna

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts