Hmmm, breastfeeding?.. Keje kt Unit TCM HPJ nie banyak bagi aku input psl breastfeeding. Tapi terlalu byk info utk si ibu.
Pernah terfikir tak aper peranan untuk sang suami yek? Untuk makluman, ader satu kajian yang menyatakan 70% para ibu yang membuat keputusan untuk breastfeed, sebenarnya hasil daripada input si bapa..Kenapa ye?
Ini kerana kajian yang sama mendapati 70% daripada responden menganggap suami mereka / sokongan rakan-rakan sangat penting dalam membina keyakinan mereka sebagai seorang ibu baru terutamanya dalam breastfeeding.
Ingat lagi biler wife decide from the very 1st day confirm mengandung yang dier nak breastfeed, kitorg dah mula cari n membaca pasal breastfeeding. Tambah plak sokongan daripada group Shaklee yang sgt supportive dan juga daripada specialist O&G yang kitorg jmpe tiap2 bulan, memang sangat-sangat excited!
Tapi, nothing come simple. Banyak perkara yang perlu dilalui. At first, aku sendiri ingat breastfeed ni senang.Tapi byk benda yang kena tau. Dan yg paling penting, preparation sangat la penting. If not, breastfeed nie mmg boleh gagal. So kat sini adalah 15 cara anda boleh membantu isteri anda dalam breastfeeding.
1) Step up
Jangan menganggap isteri anda memerlukan sokongan ibunya lebih daripada anda. Hampir 57% daripada responden kaji selidik BBIC menamakan suami sebagai pengaruh yang paling penting dalam kehidupan mereka sebagai ibu yang breastfeed. Hanya lebih 21% memilih ibu mereka. Jadi jangan malu; aktifkan diri anda!!! hehehehe...
2) Encourage her
Jangan lupa untuk beri pujian pada isteri anda setiap kali si isteri breastfeed. Tak mudah tau untuk breastfeed ni. Ini akan dapat memastikan motivasi isteri anda sentiasa tinggi dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan perkara yang mulia ni.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud,
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.
Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
3) Support her with family and friends
Walaupun kajian menyokong penyusuan susu ibu sebagai pilihan yang terbaik untuk majoriti bayi, masyarakat boleh mengenakan tekanan ke atas wanita untuk meninggalkan ia, terutamanya apabila cabaran breastfeeding timbul. If loved ones question your wife's decision to breastfeed, gently but firmly remind them that – although you know they're just trying to help – their comments are counterproductive.
4) Never ever suggest formula feeding!!!!!
Tolong ye para ayah/abah/daddy/papa etc.. Jangan sekali-kali suggest perkara ini. Jangan sekali kali sebut perkataan huruf F nih... Setiap kali ada masalah, ingatkan isteri anda tentang kebaikan breastfeeding n encourage dier utk teruskan. Caiyok!!!!!
5) Listen
Breastfeeding adalah semulajadi .... Tetapi ia tidak sentiasa datang secara semulajadi. Ramai ibu baru memerlukan bantuan utk mewujudkan aliran susu, dan ada ramai juga bayi yang perlu diajar utk “latch on”. Jika anda xtau byk pun, just lend your ears n dengar segala luahan hati isteri anda..then lps wife dh ok, senyap2 gi internet n cari info utk tangani masalah ni.. Tibe2 jek anda leh jadi expert dlm breastfeeding.. hehehe
6) Lakukan lebih banyak kerja-kerja
Isteri anda dah cukup penat la. Tak salah untuk hulurkan bantuan untuk buat keje2 rumah.. If anda penat, maybe cara saya berkesan.. Setiap kali rase penat or malas, saya akn ingat balik kenangan mase wife bersalin aryan n aqif..betapa sakitnya ketika bersalin n betapa sikitnya contribution saya ketika tu.. So,saya kuatkan diri utk pastikan semuanya kemas.. Alaaa, bukan nyer susah pun.. Mule2 basuh baju.. Sementara siap, kemas umah skit2, sapu sampah, basuh pingaan etc.. InsyaAllah siap nyer... Skrg nie pun Aryan yang byk tolong... Tapi tolong main air je laaa.. hehehehe
7) Get up with her at night
Walaupun jadual kerja anda boleh membuatkan ia mustahil untuk dilakukan pada setiap malam (tapi xde yang mustahil yek? ;) ), cuba bangun dengan isteri anda untuk beberapa penyusuan pada waktu malam atau semasa wife buat power pumping. Tengok if wife nak ape2 untuk minum atau makan, selimut, atau hanya nak ditemankan
Untuk sambungan,sila ke[Entry #8 Sang Suami] Peranan Suami dalam Breastfeeding (Part 2) plak ye :)
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini