berapa banyak air perlu minum

6 Tips Minum Air Mudah Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar

17:44

Setiap kali saya menasihatkan pelanggan saya untuk minum banyak air kosong, mereka pasti berat hati. Alasan kerap ke tandas membuatkan kebanyakan mereka liat mahu berdisiplin minum air kosong.


Tapi tahukan anda kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kita mengalami dehidrasi? Mula-mula ia akan mengakibatkan dehidrasi ringan seperti kekurangan air liur, air kencing kurang, warna air kencing yang lebih gelap dan berbau dan jarang membuang air kencing. 
 
Hari ini saya ingin berkongsi 6 Tips Minum Air Mudah Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar.


tips minum air kosong

 

Tips #1

Kira dulu berapa sebenarnya keperluan air yang tubuh anda perlukan. Dari situ baru akan timbul kesedaran berapa banyak air sepatutnya anda minum untuk sehari.


Tips #2

Bila dah tahu isipadu air yang badan anda perlukan, beli botol minuman yang mempunyai isipadu dan sukatan bagi membantu anda mendapat jumlah air yang tepat.

Sesetengah orang gemarkan botol kecil, contohnya botol berisipadu 500ml kerana beliau lebih bermotivasi untuk habiskan dan tambahkan kekerapan mengisi semula.
berapa banyak air perlu di minum


Sesetengah pula lebih cenderung memilih botol besar sebagai contoh 2 liter terus untuk di minum sepanjang 8 jam di tempat kerja tanpa perlu risau untuk mengisi semula.

Sebenarnya tak kisah yang mana-mana pun. Janji anda berjaya minum mengikut sukatan yang badan anda perlukan. 

Tepuk dada, tanya selera.

Tips #3

Disiplinkan diri minum setiap sejam sekali walaupun sesibuk mana pun anda pada hari itu atau ke planet mana pun anda 'travel'. Anda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan diri anda.

Ketahui 6 Kepentingan Minum Air Kosong Bagi Pastikan Organ Badan Tak Rosak.

Tips #4

Pilih sumber air kosong yang bersih, mengandungi mineral, selamat dan sedap bagi membekalkan elektrolit yang secukupnya.

Kadang-kadang kelemahan sistem penapisan yang membuatkan air kosong anda masih mengeluarkan bau klorin dan rasanya payau.

Saya sekeluarga memilih Get Clean Water Filter yang mudah alih dan boleh di bawa kemana-mana. Bila perlu air kosong, kami hanya tadah sahaja air paip di RNR contohnya, tunggu sekejap dan boleh terus minum. Airnya ternyata lebih sedap dan lebih bersih.


Tips #5

Bagi yang tetap mahukan sedikit 'rasa' dalam air, bolehlah cuba infused water yang mempunyai banyak manfaat juga dalam kesihatan kerana kaya dengan vitamin dan nutrien.

infused water

Secara ringkasnya ia adalah campuran air kosong bersama potongan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Tips #6

Selain daripada air kosong sahaja, ada alternatif lain yang boleh di gunakan untuk menggantikan air agar anda menerima jumlah air yang banyak dan cukup memenuhi keperluan badan anda.

Menurut Pakar Pemakanan Indra Balaratnam, caranya adalah dengan minum jus buah-buahan (tanpa tambahan gula). Selain itu anda boleh makan buah-buahan seperti strawberi dan tembikai yang mempunyai 92 peratus air.

Timun dan salad juga boleh di amalkan kerana ia membekalkan kandungan air sebanyak 96 peratus. 

Tetapi bagi sesetengah orang cuba mengelaknya kerana ia termasuk dalam 11 Kategori Makanan Dan Minuman Penyebab Angin Dalam Badan Yang Ramai Orang Tak Sedar.

Oleh sebab itu, air kosong merupakan pilihan terbaik untuk setiap individu bagi mencukupkan bendalir dalam badan secara amnya.

Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini. Di harapkan anda dapat mengamalkan 6 Tips Minum Air Mudah ini supaya badan anda sihat dan kulit anda sentiasa cantik.

Get Clean Water Pitcher - Mobile Water Filter Pertama Di Dunia


 

Satu set lengkap berharga RM460 di bekalkan dengan 1 jug tapisan, 1 unit housing kit dan 4 unit filter. Setiap satu filter mampu menapis sebanyak 80 gallon air bersih (lebih kurang 4 bulan kegunaan bergantung kepada tahap kebersihan air).

Terdapat meter yang boleh memberikan anda petunjuk supaya bersedia menukar kepada filter baru.


Kelebihan Get Clean Water Pitcer

  • Mudah Alih
  • Boleh di gunakan untuk semua contohnya di rumah, asrama, pejabat, rumah bujang, majlis makan kecilan, wad dan hospital dan lain-lain lagi.
  • Jimat 
  • Bernilai pada wang
  • Penjagaan dan selenggaraan yang mudah dan murah
  • Menapis sebanyak hampir 99% bendasing dan logam merbahaya
  • Mengekalkan pH neutral
 Kredit Info: ipohtaiping.blogsot.com

Testimonial Pengguna


Klik gambar untuk besarkan

Klik gambar untuk besarkan

Klik gambar untuk besarkan

Kalau berminat dengan penapis air yang saya gunakan tu, cepat-cepat hubungi saya ye. Dengan kos di bawah RM500 anda boleh dapatkan set penapis air terbaik. 

Tiada lagi alasan untuk anda mendapatkan air minum yang bersih, sedap dan yang penting selamat untuk anda seisi keluarga.


Your Trusted SID 


Riza Afzan Asri 


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar  

 

Pos: Seluruh Malaysia

You Might Also Like

3 respon

  1. betul.

    rajin-rajin la minum air ye.

    benda basic aje tu.

    ReplyDelete
  2. Menarik sgt tips ni :) Rasa nak terus g minum air :)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts