ikan

5 Menu Mengembalikan Berat Badan Ideal Setelah Terlajak Makan

21:23

Setelah mula mengamalkan diet sihat dan berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan, kadangkala ada masanya kita tersasar daripada sasaran. Contohnya di musim perayaan beginilah kan.

Jangan bimbang. Anda boleh mulakan semula makan secara sihat dan seimbang sebanyak 90 peratus dan tinggalkan 10%  untuk jamuan makan sebagai 'cheat day'. Di sini ada 5 Menu Mengembalikan Berat badan Ideal Setelah Terlajak Makan



1. Sarapan Pagi

Kombinasi serat dengan protein akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Cubalah 2 keping roti mil penuh dengan putih telur atau salmon salai.

2. Minum Petang

Slot ini penting bagi mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan lapar. Anda boleh memilih keju rendah lemak, biskut tawar mil penuh atau setengah cawan Greek yogurt.

3. Minum Air

Dehidrasi (kekurangan air) boleh meniru rasa lapar dan dengan minum banyak air akan membuatkan anda kenyang. Mudah kan?


4. Makan Malam Yang Ringan

Nikmati hidangan makan malam yang ringan dan berkhasiat dengan kombinasi serat dan protein seperti ikan stim dengan sayur-sayuran seperti brokoli atau bayam.


5. Makan Lebih Serat

Untungnya makan serat kerana ia tidak mengandungi kalori. Apa kata anda kunyah epal, pear, brokoli, bayam, rasberi dan banyak lagi.

Jom sahut cabaran!


Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts