Resepi

Resepi Udang Galah Masak Sambal Special

17:27

Assalamualaikum

Resepi ni dah lama. Zaman mengidam masa mengandung Ainur dulu. Sekarang Cik Kak ni dah umur 9 bulan, baru jumpa balik gambarnya.

Jadinya cadang nak kongsi Resepi Udang Galah Masak Sambal Special ni dengan anda semua. Ye lah, senang lepas ni tak de nak hilang lagi resepinya. Buka je balik entry ni kan. Hihi



Bahan-bahan

Bahan A

1 kg udang galah (dibersihkan - potong hujung kepala, buang usus dan kotoran di kepala tu)
Sedikit garam
Serbuk kunyit

Nota: Kesemua bahan di gaul sebati.

Bahan B

10 tangkai cili kering di rebus dan di kisar
1 batang serai di titik

Bahan C

Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Nota: Kesemua bahan ini di kisar

Bahan D

Bawang besar - di potong bulat
Air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1. Goreng Bahan A separuh masak (nampak sedikit perubahan warna pada kulit udang. Angkat dan ketepikan)
2. Menggunakan minyak gorengan tadi, tumis Bahan C sehingga naik bau.
3. Masukkan Bahan B. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kemudian didihkan. 
5. Masukkan udang galah dan bawang besar yang di potong bulat. Biarkan kuah mengering sedikit.
6. Sedia untuk di hidang. boleh taburkan daun sup daun bawang untuk hiasan.

Udang galah ni stok terhad. Jadinya bila ada memang kena beli cepat-cepat lah ye kalau mengidam. 

Selamat mencuba!

Your Trusted SID

 

  ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

10 respon

  1. Sedapnya..saya memang suka makan udang..terliur tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya udang besar je layan.. ungkin sebab manis isi udang tu rasa lebih sedap

      Delete
  2. wow sedapnya, dah tertelan air lio ,, nak cuba la nanti ..

    ReplyDelete
  3. INi memang favorite saya, baru sahaja makan di rompin hari itu. boleh dah ambil resepi ini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rompin memag terkenal dengan udang galah. udang sungai kan?

      Delete
  4. tergugat iman saya tengok resepi ni pada bulan puasa ni. hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts