Air Selusuh

6 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Harapkan Orang Lain

23:07

Air selusuh amat sinonim dengan proses bersalin masyarakat Melayu. Bila semakin dekat tarikh bersalin, mesti orang tua kita dah bertanya tentang persediaan air selusuh ni.

Umum yang melahirkan mesti mengatakan kesakitan bersalin itu tak boleh di ungkap dengan kata-kata. Jadi dengan adanya air selusuh secara psikologinya mampu menjadi penenang buat si ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan insan hebat ke dunia. Berikut 6 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Harapkan Orang Lain.


 

Cara 1:

Mengikut petua Melayu, air atau minyak selusuh merupakan satu daripada ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Terdapat pelbagai jenis  air selusuh yang di amalkan oleh masyarakat Melayu tradisional.

Petua paling mudah dan cepat yang saya pernah dengar adalah dengan menelan titisan air dari hujung rambut yang di lurut turun ke dahi setiap kali mandi.

Cara 2:

Petua lain bagi memudahkan kelahiran adalah dengan dengan merebus bulu pokok mengkarung yang di hiris tipis sebesar duit syiling 20 sen sebanyak 15-20 keping. Air rebusan itu dijadikan air selusuh.

Sejujurnya saya tak pernah dengar petua ini. 

Cara 3:

Selain itu air selusuh di buat dari air hujan pada petang atau malam jumaat yang di baca Yassin 7x, Basmallah 7x dan dimulai dengan 

Bismillahissamiilbasir
Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat

Cara 4:

Bagi ganti air hujan itu, air zam-zam juga boleh di buat air selusuh. Air selusuh juga di buat daripada air yang di bacakan Yassin secara beramai-ramai dalam majlis tahlil.

Cara 5:

Mengikut ilmu Melayu, di sediakan air dari mata air, iaitu yang keluar dari tanah atau celahan batu, memadai air masak biasa.

Cara 6:

Cara ini paling mudah dan sangat meyakinkan bagi saya. Perkongsian seorang alim dan sangat tinggi ilmu agamanya memang tidak perlu di ragukan lagi. Anda dan suami boleh cuba sendiri Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don sebagai ikhtiar menyambut kelahiran cahayamata bersama-sama. 

Berikut serba sedikit perkongsian tentang air selusuh yang anda boleh cuba. Sewajarnya kita dan pasangan cuba yang terbaik untuk menyambut kelahiran zuriat kita. Pastikan jika anda mahu meminta orang lain yang membuatkan air selusuh, anda faham dan jelas bacaan dan doanya. Kalau boleh jauhkan dari perkara yang ragu-ragu dan bercampur syirik yang boleh membuatkan akidah kita tersasar. 

Selamat beramal!


Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

Rujukan:
1. Ensiklopedia Perbidanan Melayu
2. Majalah Wanita Jun 2014

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

1 respon

  1. tak pernah lagi buat air selusuh sendiri.
    TQ atas info ini.
    sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts