Chewable Vitamin C

Cara Rawat Selesema Menggunakan Bahan Semulajadi Tanpa Ubat

02:21

Saat selesema melanda memang merimaskan. Bukan sahaja pada diri sendiri, orang sekeliling pun rasa tak selesa nak berada berhampiran dengan kita. Iya lah, risau berjangkit pulak kan.

Kadang-kadang tu kerap sangat selsema datang menjengah, rasa macam dah tak berapa lalu nak telan ubat. Dah la mengantuk pula tu. Susahnya nak buat kerja. Nah saya kongsikan 2 jenis Cara Rawat Selesema Menggunakan Bahan Semulajadi Tanpa Ubat

selesema

 

Cara A - Gabungan Teh Hijau, Halia, Kulit Kayu Manis & Lemon

Manfaat setiap bahan:

1. Teh hijau: Kepekatan polifenol dan Flavonoid teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Ia juga idea hebat untuk anda yang mahu mempercepatkan pembakaran kalori.

2. Halia: Pengambilan halia membuang kahak dan lendir. Halia turut membantu tubuh membakar lemak selain membuka arteri anda dan melancarkan aliran darah di seluruh tubuh.

3. Kulit kayu manis: Dalam perubatan Ayurveda India, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesema. Perubatan tradisional Cina telah menggunakan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk dan sakit tekak.

4. Lemon: Menurut kajian, lemon membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan berupaya menentang pelbagai jenis penyakit termasuklah selesema kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Air lemon memiliki kemampuan luar biasa untuk membantu melancarkan pencernaan dan membuang racun dari saluran pencernaan.

 

Cara B - Gabungan Madu, Lemon, Kulit Kayu Manis & Daun Pudina.

Manfaat setiap bahan:

1. Madu: Madu juga membantu melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak. Ia juga berupaya memperbaiki sistem pencernaan dan mengawal berat badan berlebihan.

2. Daun pudina: Ramuan herba ini amat membantu mereka yang menderita pelbagai penyakit pernafasan seperti selesema, hidung berair, paru-paru dan sebagainya. Malahan ia juga sebagai perangsang proses penghadaman.

3. Lemon: Rujuk di atas.

4. Kulit kayu manis: Rujuk di atas


Rujukan: iSihat Januari 2015

Selalalunya jika travel atau outstation, agak sukar la kita nak mendapatkan bahan-bahan di atas kan. Bukan kita boleh agak bila selesema akan menyerang kita. Dan selalunya ketika travel saya akan bawa bekalan Sustained-release Vitamin C dan Nutriferon kerana ia amat praktikal. Untuk anak-anak pula saya berikan Chewable Vita-C 100mg sehari sekali sepanjang travel.

Di samping tu bila di tempat orang, kena la amalkan 6 Jenis Makanan Tingkatkan Sistem Imun Agar Jarang Jatuh Sakit. Bukan apa, tubuh kita sedang dalam proses adaptasi kepada keadaan dan suhu baru yang berlainan dari kebiasaan kita.Walaupun masih di Malaysia, suasana persekitaran tetap berbeza kan?

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat. Selamat beramal.


Your Trusted SID

  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

Artikel Menarik Untuk Dibaca:
 

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts