21 Tips Sukses Menyusu Ibu Bekerjaya

Air Susu Tidak Ada? Fahami Proses Penghasilannya Agar Penyusuan Susuibu Berjaya

22:44

Saya dulu masa bersalinkan anak sulung memang fikir air susu tak ada. Sebabnya saya tak nampak pun susu tu meleleh-leleh keluar. Bila pam pun dapat 1 oz. Sikitnya! Sebab kesian kat baby kononnya terus campur susu formula. 

Rupanya saya salah! Tidak mungkin Allah yang Maha Baik tak hasilkan susu untuk baby kan? Mana Mungkin. Sejauh mana benarnya Air Susu Tidak Ada? Fahami Proses Penghasilannya Agar Penyusuan Susuibu Berjaya. Jangan jadi macam saya ya.

peringkat penghasilan susu ibu
Add caption

Jadi hari ini saya nak kongsikan tiga jenis air susu ibu berdasarkan masa ia di hasilkan. Ini penting supaya ibu selalu positif dan fikir susu memang ada mengikut kehendak dan umur bayi.

Kolostrum

Kolostrum merupakan cairan pertama susuibu yang keluar berwarna kekuning-kuningan (lebih kuning berbanding susu matang). Ia agak kental dan kasar. Muncul segera selepas bersalin. Saya suka memanggilnya sebagai cecair emas.

Strukturnya yang kasar di sebabkan mengandungi lemak, sel epitelium, leukosit, dan limfosit.

Ia juga boleh di definisikan sebagai cairan pelancar dan pembersih saluran-saluran susu ibu.

Ini yang paling penting untuk ibu-ibu tahu. Kolostrum keluar pada hari pertama sehingga hari ke empat dengan komposisi yang selalu berubah dari hari ke hari.

Jumlah kolostrum yang di keluarkan sangat pelbagai iaitu sekitar 10-100 ml/hari dengan rata-rata berjumlah 30 ml atau 3 sudu besar.

Jumlah ini bersesuaianlah dengan saiz perut bayi yang sebesar buah ceri dan dia baru belajar melekap, menghisap dan menelan susu. 

Cuba bayangkan tetiba susu keluar dengan laju? Mesti bayi kelemasan bukan? SubhanaAllah, Allah itu sebaik-baik pengatur.


Kredit: Sumber dari Google

Air Susu Masa Peralihan (Masa Transisi)

Susu ibu yang di hasilkan pada masa ini merupakan peralihan dari susu ibu kolostrum sehingga menjadi susu ibu matang.

Air susu ibu transisi di hasilkan pada hari keempat sehingga hari keempat belas. 

Pada masa ini, kadar protein berkurang. Manakala karbohidrat dan lemak, serta jumlahnya semakin meningkat. Ia sangat membantu dalam pertumbuhan pesat bayi. 

Air Susu Ibu Matang

Air Susu Ibu Matang ialah susu ibu yang dihasilkan sejak hari kelima belas dan seterusnya.

kebiasaannya pada umur ini bayi sudah pandai menghisap dan cekap mengawal pernafasan walaupun kadangkala dia mungkin tersedak kerana pengaliran air susu yang sedikit laju dari biasa.

Air susu ibu matang merupakan nutrisi bayi yang terus berubah di sesuaikan dengan perkembangan bayi samapai usia 6 bulan. 

Dalam erti kata lain badan kita ni seumpama ada 'signal' yang memahami zat apa yang bayi perlukan lebih dalam satu-satu masa. 

Contohnya ketika demam mereka perlukan lebih limfosit yang membantu sistem imu bayi berlawan dengan patogen. 

Namun selepas 6 bulan susu ibu tidak lagi dapat memenuhi keperluan gizi bayi. Jadi masa inilah sebenarnya bayi telah bersedia menerima makanan pejal dan separa pejal. 

Sistem badannya telah bersedia dan ususnya telah matang untuk melakukan proses penghadaman yang lebih kompleks.

Semoga dengan penerangan ini ibu-ibu mendapat gambaran yang jelas mengenai proses penghasilan susu ibu ya. Jangan rasa air susu tidak ada sehari selepas melahirkan.

Susu ada, yang penting berikan payudara anda secara kerap (sekerap 30 minit sekalipun) agar bayi boleh membantu melakukan proses stimulasi dan menghasilkan lebih banyak susu. 

Ingat, konsep penting dalam penyusuan yang anda harus faham adalah "permintaan dan penghasilan'. Jika anda penuhi konsep ini, InsyaAllah anda berjaya mengharungi cabaran penyusan sehingga 2 tahun penuh.

Saya doakan anda berjaya memberikan susu yang termahal di dunia buat si manja anda. Semoga dia menjadi saham anda di akhirat kelak.

Selamat menyusukan!


Your Trusted SID
 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!


You Might Also Like

2 respon

  1. Tula... kadang-kadang kita jadi ragu2 bila baby asyik merengek-rengek atau menangis-nangis... terutamanya pada hari pertama atau kedua... menyebabkan akhirnya kita supplemen dengan susu formula... macam mana ekkk nak handle keadaan ini? Bila dipicit2 pun takde kelihatan susu.... Jadi ramai yang memberi fm buat sementara.... cer advice riza :)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts