Herbal Blend

4 Jenis Masalah Kulit Bayi Dan Cara Mengatasinya Supaya Kulit Lebih Gebu

16:52

Kulit bayi memang sensitif kan? Macam Ainur Hanani bila kena gigitan serangga di bahagian betis terutamanya nampak sangat kesan tu. Pastu Bila dah bengkak surut tetiba tinggal macam berparut pulak. Kulit nampak lain warnanya. Sampai ramai la yang menegur.

Bila baca-baca, baru tau tu mungkin di sebabkan pengeluaran melanin yang tak sekata ketika proses penyembuhan berlaku. Tak mengapalah Ainur, Ibu pakaikan Ainur legging bila pakai skrit dan gaun nanti. Mudah-mudahan kurang orang yang perasan. InsyaAllah nanti bila membesar kulit Ainur makin cantik tapi masa tu jangan kamu nak menyeksi pula ya. Awas!

Selain dari masalah kulit sensitif akibat gigitan serangga, saya kongsikan juga 4 Jenis Masalah Kulit Bayi Dan Cara Mengatasinya Supaya Kulit Lebih Gebu dengan anda.



1. Ruam Panas

Jerawat kecil merah jambu, biasanya ditemui di bahagian badan. Ia terjadi di sebabkan cuaca panas, kelembapan, dan kelenjar peluh yang tidak terbentuk.

Cara Mengatasinya:

Jangan memakaikan bayi baju yang tebal atau duduk di bilik yang panas. Pakaikan pakaian yang longgar, bersih dan pastikan kulitnya kering.


2. Akne bayi

Tanda merah jambu pada muka. Bila bayi lahir, mereka masih menyimpan hormon-hormon ibu dalam jangka masa yang singkat. 

Cara mengatasinya:

Biasanya ia akan hilang dengan sendirinya dalam minggu pertama.

3. Kerak Kepala

Merupakan keringan kering di atas kulit kepala. Kelenjar kulit kepala bayi yang terlalu aktif menyebabkan masalah ini. 

Cara mengatasinya:

Sapu secara lembut denggan minyak bayi, biarkan beberapa minit, cuci dengan syampu bayi kemudian guna berus sikat rambut bayi.

Ainur Hanani dulu pun ada kes macam ni. Tapi selepas cukur rambutnya, saya dapati lebih mudah membersihkan kepingan ini. Dan menariknya ia tidak terbentuk lagi selepas itu. Kepingan ini jika dibiarkan akan mengakibatkan kepala bayi berbau busuk. 

4. Ekzema 

Keadaan kulit yang merah, gatal dan bersisik. Ia paling biasa dialami di bahagian muka dan dan lipatan kulit seperti di bahagian dalam siku dan bahagian belakang lutut.

Cara mengatasi:

Bersih dan keringkan kulit anak. Berjumpalah pakar kanak-kanak jika keadaan berlarutan kerana anda mungkin memerlukan produk penjagaan yang khusus seperti produk organik dan bebas bahan kimia seperti paraben.

Seperti contoh kawan saya ni. Baby beliau, Maryam ada masalah ekzema di kulit muka.  


"Dulu eczema di pipi Maryam teruk sangat. Ada masa kering. Pernah bernanah dan luka. Kesian dia, selalu gari-garu.

Nak pakai krim biasa tapi ada bahan kimia lagi teruk pipi dia. Lagi 1 takut kena tangan dia & dia masuk dalam mulut.

Tekad guna Herbal Blend cream. Yakin sebab bahan dia rosemary, jagung...

Memang ambil masa lama. Kena sabar la kan. Ramai parents tak sabar. Sapu hari ni esok hilang.

Berbulan jugak Ainul konsisten sapu pada Maryam dan hasilnya Alhamdulillah ramai yang tegur pipi Maryam dah comel. Tiada lagi merah merah.

Puas hati. Satu tiub Herbal Blend ni RM29 je tapi hasilnya macam krim beribu ringgit.

Cream WAJIB ada dalam handbag saya". 

Bayi anda juga mempunyai masalah kulit yang serupa dengan Maryam? Jangan tunggu lagi. Cubalah dulu Herbal Blend Cream ni dengan konsisten. InsyaAllah hasilnya memuaskan. Bayi pun bebas dari bergantung kepada krim steroid yang agak merbahayakan. Hubungi saya segera untuk order.

Your Trusted SID

  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts