Air Selusuh

Cara Mendaftar Kelahiran Anak Panduan Penting Untuk Si Ayah

23:06

Setelah anak di lahirkan, si Ayah sepatutnya mengambil peranan untuk mendaftarkan kelahiran anak di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan kediaman.

Dua orang anak saya mendaftar di JPN Putrajaya kerana ketika itu kami tinggal di Bangi manakala anak ketiga mendaftar di Taiping. Alhamdulillah urusan lancar dan mudah kerana dokumen-dokumen yang diperlukan sudah di persiapkan lebih awal. 

Berikut adalah senarai Cara Mendaftar Kelahiran Anak Panduan Penting Untuk Si Ayah. Maklumlah buat yang pertama kali selalunya agak 'blur' juga kan. Tanya orang ni cakap A, tanya orang ni cakap B. Jadi saya berkongsi panduan ini bagi memudahkan anda.

cara mendaftar kelahiran bayi
 

1. Tempoh Pendaftaran

Mengikut undang-undang yang telah di tetapkan oleh kerajaan Malaysia, pendaftaran ini mesti dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran bayi.

2. Siapa Yang Layak Memohon Mendaftarkan Nama?

  • Bapa bayi

  • Ibu bayi

  • Penjaga bayi

  • Individu yang mengetahui mengenai kelahiran itu

3. Denda Yang Dikenakan Jika Terlewat

  • RM5.00 jika mendaftar antara hari ke 15-42 hari dari tarikh kelahiran

  • Kompoun tidak melebihi RM65 dikenakan selepas melebihi tempoh itu.

4. Senarai Semak Keperluan yang WAJIB Dibawa Ketika Mendaftar Kelahiran

  • Borang pendaftaran kelahiran/kematian JPN.LM01 yang diisi lengkap (Disediakan oleh pihak hospital yang mempunyai cop atau pengesahan kelahiran oleh pihak hospital) - Suami saya selalunya akan isi borang ni dengan pensil dulu sebelum 'finalized' menggunakan pen.

  • Buku rekod semasa hamil oleh hospital. 

  • MyKad ibu bapa (asal dan salinan) atau dokumen pengenalan pemaklum jika pemaklum bukan ibu bapa kandung bayi (asal dan salinan) yang mengetahui mengenai kelahiran itu.

  • Sijil nikah atau perkahwinan ibu bapa (asal dan salinan). 

Kebiasaannya suami saya yang menguruskan hal borang dan pendaftaran ni semua. Beliau sediakan satu fail khas (clear file) macam bentuk briefcase tu sejak dari kami menenyambut kelahiran anak sulung lagi supaya senang di bawa ke sana sini. 

Bagus juga sebenarnya supaya borang tak renyuk dan segala alatan menulis yang diperlukan beliau letak dalam fail tu. Jadinya bila keluar je anak baru, usung je la fail yang sama. Semua dokumen kami seperti surat beranak yang siap di cetak memang kami letak dalam fail tu juga.

Akhir kata, saya harapkan semoga perkongsian kisah kami mendaftarkan anak ini dapat membantu anda. Semoga ia memberi manfaat buat anda memudahkan anda untuk bertindak.

Welcome to parenthood journey! 


Your Trusted SID



  ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!
Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

2 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts