Amalan Doa

4 Kunci Amalan Doa Dr Azizan Osman Bangkit Dari Kejatuhan

00:49

Rasanya bila sebut sahaja nama Dr Azizan Osman (DAO) mesti ramai yang dah kenal. Kalau anda tak kenal tu mesti ada something wrong somewhere la orang kampung saya cakap.

Sebelum terkenal sebagai Jurulatih dan Mentor Kejayaan No 1 Asia, beliau telah pun berjaya dalam bidang pengiklanan sekitar tahun 2008. Tapi di sebalik kejayaan dalam karier, beliau mengalami kejatuhan dari aspek kekeluargaan dan kerohanian. 

Maka di sebabkan itu, DAO membuat keputusan berhenti dari bidang pengiklanan mula mencari keberkatan yang hilang melalui mencari alim ulama untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam.

Saya kongsikan 4 Kunci Amalan Doa Dr Azizan Osman Bangkit Dari Kejatuhan yang di kongsikan dalam rancangan Semanis Kurma. Selama 4 bulan beliau mengamalkannya di samping solat Taubat, solat Tahajud dan solat Hajat serta zikir-zikir yang sentiasa membasahi lidah.

4 Kunci Amalan Doa DAO (saya tulis ayat direct dari apa yang DAO sebut)


1. Serah diri. KAU uruskan diriku. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pengurus. Semoga Allah bagi saya perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat.


2. Ya Allah, bagilah aku kekayaan yang melimpah ruah supaya aku dapat bagi manfaat kepada semua orang, untuk orang lain juga. Bukan kepada diri sendiri sahaja.


3. Ya Allah, berikan aku masa yang banyak agar aku boleh jaga diriku melalui membanyakkan amalan dan perbuatan baik. Dan juga banyak masa dengan keluarga dan mempunyai kesempatan untuk luangkan masa bersama mak dan ayah.


4. Bagi peluang untuk aku mendekatiMu Allah kerana mahu merasai Kasih Sayang Allah. Sesungguhnya apa sahaja yang aku buat selepas ini KAU bagi PETUNJUK, SOKONGAN, BANTUAN dan PIMPINAN. Semoga aku makin kuat, makin jelas, makin faham dan mudahkan aku berkongsi dengan orang lain.


Semoga kita sama-sama jadikan 4 kunci amalan doa ini sebagai doa kita juga. Nak berjaya, kena ikut jejak orang berjaya. Nak jadi jutawan follow teknik dan amalan jutawan rapat-rapat.

Semoga bermanfaat. 

Your Trusted SID


  ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

2 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts